Daily Archives: September 30, 2017
PERBEZAAN DI ANTARA EKONOMI KAPITALIS DAN EKONOMI TUHAN
Banyak beza ekonomi kapitalis dan ekonomi Tuhan. Saya tak sebut ekonomi Islam sebab dah banyak versi orang
sebut tentang ekonomi Islam. Jadi untuk kelainan, saya katalah ekonomi Tuhan. Satu perbezaan yang nyata adalah seperti berikut:
Ekonomi kapitalis berorientasikan kekayaan. Kenapa disebut kekayaan? Sebab biasanya orang terlibat dengan ekonomi itu, targetnya nak kaya. Mereka inject duit dalam company untuk dapatkan pulangan. Objektif CEO/CFO company pula tak ada lain hanya nak maximising shareholders wealth. Ini boleh dicapai dengan cara utamanya melalui profit maximisation. Jadi apapun dalam company, the end objective ialah kekayaan atau dalam istilah perniagaan disebut untung. Pendek cerita nak berniaga untuk untung. Dengan untung, dapat banyak duit. Banyak duit, bolehlah kaya. Begitulah ceritanya.
Ekonomi Tuhan lain ceritanya. Berekonomi bukan matlamatnya nak cari untung. Bukan untuk dapat banyak duit dan jadi kaya. Walaupun dalam ekonomi, akan ada keuntungan dan boleh mendapat kaya, tapi untung tidak dijadikan matlamat. Kaya itu bukan targetnya. Yang penting dalam ekonomi Tuhan, tujuan berekonomi nak
tegakkan syariat Tuhan. Ini boleh terlaksana dengan berbagai cara. Umpamanya dengan ekonomi, kita dapat
tegakkan fardhu kifayah, kita dapat menyediakan produk halal kepada orang Islam, kita dapat khidmat pada orang, kita dapat berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan orang yang terlibat secara langsung dalam ekonomi kita. Jelas dalam ekonomi Tuhan, ekonomi itu hanya wadah untuk dapat Tuhan. Untuk besarkan dan agungkan Tuhan. Ringkasnya, bila kita tegakkan ekonomi, kita dapat tegakkan syariat Tuhan. Bila syariat dapat ditegakkan, itulah jalan untuk kita sampai kepada Tuhan.
Kalaulah ekonomi kapitalis begitu popular dengan istilah maximising profit, ekonomi Tuhan pula gunakan istilah maximising khidmat. Yang biasa kita dengar dalam ekonomi kapitalis. Peniaga dok pulun untuk maximise profit. Siang malam kepala pengusaha-pengusaha ekonomi ini akan memikirkan untung. Untung!Untung!Untung! Pernah seseorang bertanya kepada Towkey kedai Cina. Macam mana bisnes ini hari Tokey? Towkey itu menjawab dengan nada selamba. ini hari tarak untung laa. Begitulah kita lihat akauntan-akauntan syarikat selalu kena press
tentang untung ini. Yang biasa kita dengar dari bos-bos mereka ialah Kita kena make profit. Jika tak company akan rugi dan pelabur pun lari. Akhirnya, company tutup dan pekerja kena cari kerja lain.
Sedikit nak diceritakan juga, secara straightforward bagaimana pengusaha ekonomi ini memaksimakan untung.
Mudah sahaja, bagi mereka, nak maksimakan untung, jawabnya kenalah maksimakan jualan. RM untuk jualan
kena tinggi. Itu yang kadang-kadang kita lihat harga barang naik. Baru naik 2-3 bulan lepas, tiba-tiba naik lagi. Ini berlaku samada mereka nak tingkatkan jualan supaya dapat untung lebih atau nak cover kos supaya dapat maintain untung dan tak rugi. Satu lagi, kalaulah jualan tetap atau statik, mereka masih boleh maksimakan untung. Bagaimana? Mereka kurangkan kos beli barang atau kos operasi. Mana-mana yang boleh dikurangkan. Sehinggakan ada yang sanggup menipu dengan berbagai cara supaya mereka dapat beli dengan kos murah dan jual dengan harga tinggi. Ataupun mereka jimat kos dengan tidak membayar sewa premis atau tidak membayar lesen. Itulah sehingga berlakunya cetak rompak VCD. Sebabnya mungkin banyak tapi yang jelas ialah mereka nak untung tanpa nak bebankan diri mereka dengan kos.
Tapi saya tak mahu perpanjangkan bab maksimakan untung. Sebab target saya nak highlightkan ekonomi Tuhan yang guna konsep maksimakan khidmat. Dengan ekonomi Tuhan, peniaga-peniaga hari-hari akan memikirkan bagaimana cara nak maksimakan khidmat kepada pelanggan. Supaya pelanggan terhibur dan layak mereka menjadi penghibur. Kenapa?
Kerana Rasulullah ada menyebut begini. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat (khidmat) kepada manusia lain. Peluang nak jadi sebaik-baik manusia boleh dicapai bila kita berniaga. Bila berniaga, katakan di situ tiada kedai makan minum untuk orang Islam. Jadi kita buka kedai makan. Ini memberi kita peluang untuk berkhidmat kepada orang Islam setempat. Kita lepaskan mereka dari dosa atas tuntutan fardhu kifayah untuk menyediakan makan-minum yang halal. Kita dapat bantu mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk masak di rumah. Kita dapat sediakan tempat untuk mereka bertemu dan berkenal-kenalan. Secara tak langsung merapatkan ukhuwwah dan berkasih sayang. Kepada orang yang susah, kita boleh memberi mereka makan percuma. Takpun, makan dahulu, bayar kemudian. Atau makanlah sepuas hati, bayar ikut rasa hati. Atau berapa yang mampu. Seperti orang-orang yang angkat sampah, kita boleh hiburkan mereka dengan memberi minuman percuma pada waktu pagi untuk mereka hilangkan dahaga. Jadi itu baru satu contoh. Hanya dengan menjadi pengusaha kedai makan, bilamana kita ikut kaedah ekonomi Tuhan, terbuka luas peluang untuk kita khidmat kepada manusia. Betapa besar peluang untuk kita hiburkan manusia. Bila kita hiburkan manusia yang mana mereka ini semua makhluk Tuhan, secara tak langsung kita sudah hiburkan Tuhan.
Kesannya, Tuhan akan melimpahkan rahmatNya. Itulah cara kita khidmat dengan Tuhan. Iaitu dengan berkhidmat kepada hamba-hambaNya.
Lihat betapa besarnya nilai ekonomi Tuhan berbanding ekonomi kapitalis. Saya bawa contoh ini sebab orang dah tak nampak ekonomi Tuhan. Yang orang nampak cara kapitalis tadi. Sebab yang itu yang mereka belajar. Saya pun belajar yang itu juga. Tetapi kapitalis ini dibuat kerana nak tenggelamkan yang Tuhan punya. Sudah sampai masa kita guna yang Tuhan punya. Ia selamat dan menyelamatkan.
Perlu ditekan disini, ekonomi Tuhan bukan tak boleh dapat untung. Memang untung itu perlu juga.Kalau tak
untung, tak boleh nak cover kos. Tapi ia bukan jadi matlamat. Maksudnya kita berniaga atau berekonomi, memang niat untuk Tuhan. Berniaga kerana Tuhan. Kalau perlu dilafazkan, dilafazkan begini: Aku berniaga ini kerana Tuhan (Lillahitaala).
Kalau kita berniaga niat nak untung sahaja, kita akan lafaz begini: Aku berniaga kerana nak untung. Jadi ada beza antara kedua-duanya. Kalau kita berniaga kerana Tuhan,secara tak langsung ia dapat menjaga amal kita agar ikhlas.
Berniaga itu ibadah umum. Jadi dalam ibadah, kena ikhlas. Baru diterima Tuhan. Kalau kita niat untung, takut-takut cacat ibadah kita dengan Tuhan. Satu lagi, kalau kita ibadah kerana Tuhan semata-mata,kita dah tak fikir tentang fadhilat. Kalau kita niat kerana untung, itu fadhilat. Samalah macam kita solat. Solat kerana nak pahala. Pahala itu fadhilat. Jadi dalam berniaga, kalau nak untung, itu seperti solat kerana nak pahala. Sedangkan pahala itu fadhilat. Di mana kita nak letakkan Tuhan. Kalau kerana Tuhan, insyaAllah kita akan dapat Tuhan. Terserahlah pada Tuhan, nak bagi pahala. Yang penting dapat Tuhan. Tapi kalau dapat pahala, tak dapat Tuhan, bukankah berat?
Kalau kita berniaga dapat untung, tapi tak dapat Tuhan, apalah ertinya. Yang penting Tuhan itu, kasih sayangNya, rahmatNya dan redhaNya. Apakah ada yang lebih besar dan lebih bernilai dari rahmat dan kasih sayang Tuhan? Bila dapat Tuhan, insyaAllah, untung itu Tuhan akan beri.
Kalaupun tak untung, tak menjadi persoalan. Kerana tak semua berniaga kita itu dapat untung. Contohnya katakan dalam satu kawasan kita ada ramai orang Islam. Tapi tak ada satu pun kedai runcit yang jual makan minum yang halal. Takkan kita nak fikir-fikir lagi. Ini dah jadi fardhu kifayah untuk penduduk Islam setempat buka kedai runcit. Takkan nak kaji dulu viable atau tak viable. Takkan nak kaji dulu samada boleh untung tak boleh untung. Yang penting kita buka dulu dan penuhi tuntutan fardhu kifayah. Kalau tidak, semua kita dalam kawasan itu akan berdosa. Jadi kalau dah buka, masih tak untung. Itu tak untung dari segi untung material. Kita masih dapat untung yang disebut untung maknawi. Bagaimana? Sebab kita sudah dapat penuhi tuntutan fardhu kifayah. Kita dapat berkhidmat pada penduduk dengan menyediakan barang-barang makan minum yang halal. Begitulah cara ekonomi Tuhan.
Ada juga orang bertanya, sudah tak untung macam mana nak teruskan operasi? Bukankah untung itu penentu jatuh bangun operasi ekonomi? Tadi saya beri contoh ekonomi fardhu kifayah. Dalam ekonomi itu sebenarnya tanggungjawab bersama penduduk Islam setempat. Katakan ada seorang pengusaha yang mengusahakannya, bila akhir bulan, dia check tak ada untung. Sekadar break-even. Itu masih boleh teruskan. Sebab ini bukan soal untung
rugi, tapi soal kita dengan Tuhan. Tapi kalau rugi, bagaimana? Akan ada penyelesaiannya. Jangan jadikan projek itu projek individu. Jadikan ia projek jemaah atau projek masyarakat. Biar masyarakat rasa memiliki kedai itu. Di waktu itu, mereka akan sama-sama turun tangan dan melabur untuk kedai dan pastikan ia benar-benar dapat beroperasi. Tapi masyarakat kena diberi faham hal-hal ini agar ia dapat berjalan dengan baik.
Dalam ekonomi kapitalis, sumber perniagaan dah boleh dikenal pasti dari jualan. Dengan adanya jualan, masuklah duit. Kalau pandai, dapat cover kos, dan bolehlah untung. Dengan untung yang ada, boleh dimanfaatkan untuk company, untuk pelabur dan untuk berbagai lagi.
Berbeza dengan ekonomi Tuhan, sumber perniagaan atau sumber rezeki peniaga-peniaga ini boleh dikategorikan
kepada dua. 1.Sumber yang diduga, 2. Sumber yang tidak diduga.
Yang diduga, seperti biasa, bila berniaga kita dah boleh agak sedikit sebanyak berapa barang yang akan terjual dan duit yang akan masuk. Kalau barang seunit harga RM40, terjual 3 unit, maka kita akan dapat RM120. Begitulah seterusnya. Tapi tak semua barang boleh terjual dengan harga yang sebegitu.
Dalam ekonomi Tuhan, kita kena amal lapang dada, terutama bila ada orang minta kurang. Lebih-lebih lagi kalau barang asas, seperti beras. Katakan ada orang miskin yang datang membeli beras. Patut sekilo kita jual, RM2.00, tapi si miskin perlu 2 kilo dan dia beri kita RM2. Kita terimalah dengan lapang dada, dengan niat nak bantu si miskin. Takpun kita letak dulu dalam buku hutang. Moga-moga ada pula orang lain yang bayarkan hutangnya. Ikut sebeginilah konsep ekonomi Tuhan, logik akal akan mula memikir bahawa sukar menampung kos. Dah banyak yang keluar, tapi kurang RM yang masuk. Maklumlah kalau datang seorang miskin tak apa juga. Kalau dalam sehari dalam 3 hingga 4 orang miskin. Macam mana? Itu tak masuk lagi orang minta hutang barang. Ambil barang dulu, bayarnya kemudian.
Dalam soal-soal ini, memang ekonomi Tuhan menuntut kita untuk bertolak ansur, berlapang dada dan menggembirakan pelanggan kita.
Tadi kita sebut sumber ada dua. Yang diduga, itu yang sudah kita pasti atau dah boleh dicongak-congak. Sedangkan ada satu lagi sumber unlimited yang patut kita raih. Sumber itu nantilah yang nak tampung kekurangan nilai barang yang dah kita baik hati memberi kepada orang miskin. Sebenarnya dengan pemurahnya kita kepada orang miskin, itu sudah memberi laluan untuk sumber tidak diduga datang kepada kita. Ianya sebagai satu ketukan atau goncangan untuk sumber tidak diduga datang kepada kita. Sebab Tuhan sudah janjikan kalau kita buat satu kebaikan, Tuhan akan balas dengan 10 kebaikan. Dan boleh sampai kepada 70 kebaikan.
Selain dengan menjadi pemurah seperti contoh di atas, kalau kita sungguh-sungguh lagi buat kebaikan seperti
dengan bersembahyang tahajjud di malam hari, bertaubat dan berkasih sayang dengan pekerja atau dengan sesama
insan, insyaAllah, ia akan membuka ruang untuk Tuhan beri kita sumber rezeki yang tidak diduga. Memang itu
sudah janji Tuhan seperti dalam firmanNya: Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan beri
dia jalan keluar dan sumber rezeki yang tidak diduga ( tidak disangka-sangka). Walaupun kita belum bertaqwa,
tetapi setidak-tidaknya jalan-jalan yang kita tempuh untuk menuju Taqwa dinilai Allah juga.
Ia boleh berlaku berbagai cara dalam perniagaan kita dan memang ianya sudah terjadi kepad orang-orang yang
benar-benar bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa. Sebagai contoh bila orang beli barang, harga sepatutnya RM30, tetapi dibayarnya RM50. Bila nak dipulangkan lebihnya RM20, orang itu menolak. Keep the change, katanya. Ada juga kisah di mana supplier yang sepatutnya memberi hutang barang kepada peniaga selama 1 bulan, tetapi tiba-tiba datang rasa simpati kepada peniaga itu dan melanjutkan tempoh kepada 2 bulan. Selain itu, datang seorang kaya dengan tiba-tiba bertanyakan buku hutang. Adakah orang-orang miskin yang berhutang. Jadi bila dilihatnya buku hutang itu, maka tergerak hati orang kaya itu untuk membayarkan hutang orang-orang miskin, maka langsailah hutang orang miskin dan dapatlah peniaga duit tunai untuk keperluan peniagaannya.
Begitu sekali yang dapat kita lihat keindahan berniaga mengikut ekonomi Tuhan, dan begitulah juga sepatutnya
berlaku dalam sebuah masyarakat Islam. Bila mana kuat hubungan kita dengan Tuhan, akan Tuhan selesaikan
keperluan kita dan Tuhan mudahkan kerja kita.