Monthly Archives: October 2018
MULIANYA ANAK YATIM DIHADAPAN ALLAH SWT
Antara hadits-hadits Nabi saw yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim diantaranya sabda beliau :
“Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya”
Diriwayatkan dari Abu Hurairoh r.a. hadits yang berbunyi : seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata: “Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin”
Demikianlah, ajaran Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada anak yatim dengan memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat baik dan memuliakan mereka. . Kemudian memberi balasan pahala yang besar bagi org yang benar-benar menjalankannya. Bahkan pada jaman Nabi saw dan para Sahabatnya, anak-anak yatim diperlakukan sangat istimewa, kepentingan mereka diutamakan dari pada kepentingan pribadi atau keluarga sendiri.
“Takutilah Perosak Amalan”
Takutilah RIYAK, ia adalah pemusnah amal
Takutilah KIBIR kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah PEMARAH, ia merosakkan amal soleh
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah SYIRIK kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan
Hindarkanlah NAMA dan GLAMOUR di dalam beramal
Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan
Semuanya sekali rosak
Menjaga amal lebih susah daripada beramal
Periksalah hati, adakah di dalamnya MAZMUMAH?
Ia adalah ibarat racun MAKNAWI di dalam kebaikan
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi
Kebaikan dianggap kejahatan
Awasilah MAZMUMAH….
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal
-Edaran makanan “JUMAAAT BERKAT”-
KOMPLEKS PENDIDIKAN & LATIHAN VOKASIONAL MLVK ” LIMPAHAN KASIH LIL BANAT “
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera , pada semua para dermawan-derdawan yang dikasihi Allah S.W.T.
” CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS LATIHAN LIMPAHAN KASIH “ Rumah Amal Limpahan Kasih ingin mengajak anda bersama-sama mengambil saham menyumbang dana untuk membangunkan kompleks latihan limpahan kasih semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T.
HAK-HAK ANAK YATIM
Hak-hak Anak Yatim
Anak yatim memiliki hak yang sama dengan anak-anak lain seusianya. Mereka adalah “rijâl al-mustaqbal” yaitu generasi masa depan yang berkualiti. Masa depan umat dan bangsa kita semuanya bergantung pada mereka.
Apabila lahirnya seorang anak ke dunia, dia sudah memiliki hak asasi, yakni hak untuk memperoleh kasih sayang, kesehatan, pendidikan, serta bimbingan yang sepenuhnya dari ibubapa mereka. Allah swt menyatakan hal ini dalam firman-Nya:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaran karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian…” (Q. s., al-Baqarah [2]: 233)
Hak anak yang juga harus diperhatikan adalah tentang perawatan dirinya yang tentunya tidak hanya sekadar memenuhi keperluan asasnya saja, tetapi juga harus memenuhi keperluan hidup lainnya, seperti tempat tinggal, ubat-ubatan, kesehatan, hiburan dan lain-lain.Keperluan jasmani harus dipenuhi, demikian juga keperluan rohani. Dalam hal ini, anak yatim yang telah kehilangan ayah atau ibu yang bertanggung jawab atas dirinya, sehingga ia menjadi tanggung jawab seluruh umat Islam dan yang menjadi pengasuhnya.
Hak anak untuk mendapatkan pendidikan juga merupakan hal yang amat penting dalam Islam, terutama bagi anak yatim. Mendidik anak yatim dengan baik adalah membimbing dan memandu mereka ke arah kebaikan yang memberi banyak manfaat terhadap diri mereka, dan menjaga serta memelihara mereka agar tidak terjerumus kepada kerosakan.
Pendidikan dan agama anak yatim ini termasuk perkara yang wajib mendapatkan perhatian khusus dari para pemikir dan ulil amri di dalam umat. Diharapkan mereka tidak menjadi perosak atau akar kesengsaraan dalam umat dengan menularkan benih-benih kerosakan akhlak mereka dalam pergaulan dengan umat lainnya.
” Marilah perjuangkan Tuhan Dan Kasih sayang “
Marilah kita perjuangkan Tuhan
Tuhan telah dilupakan oleh kebanyakkan orang
Perjuangkan semula Tuhan
Hingga Tuhan menjadi kawan di dalam kehidupan
Kita jadikan Tuhan kawan yang setia
Tuhan sangat diperlukan oleh setiap insan
Marilah juga kita perjuangkan kasih sayang dikalangan manusia
Kini kasih sayang telah hilang
Pada hal kasih sayang semua manusia memerlukan
Tidak ada kasih sayang, tidak adalah perpaduan
Tidak ada kasih sayang, hilang satu kekuatan
Tidak ada kasih sayang, mudah sahaja timbul perbalahan
Marilah kita perjuangkan kedua-duanya
Perjuangkan Tuhan dan kasih sayang di dalam kehidupan
Kedua-duanya sangat diperlukan oleh setiap insan
Kehilangan Tuhan dan kasih sayang manusia menderita…..