Daily Archives: November 13, 2018
Kisah Teladan Untuk Dijadikan Panduan!
Pada suatu hari ketika Abdullah Bin Mubarak sedang mengerjakan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram.Dia bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit.Lalu malaikat yang pertama berkata kepada maalikat yang kedua, “Berapa ramaikah orang yang menunaikan haji pada tahun ini?”
“Enam ratus ribu” jawab malaikat yang kedua
“Berapa ramaikah yang diterima hajinya?”tanya malaikat yang pertama
“Tidak seorang pun yang diterima hajinya melainkan hanya seorang tukang jahit kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq.Dia tidak dapat berhaji pada tahun ini ,tetapi hajinya diterima sehingga semua yang mengerjakan haji pada tahun itu diterima hajinya disebabkan haji Muwaffaq itu…”
Ketika itu Abdullah Bin Mubarak terjaga dari tidurnya.Kemudian dia pun bergegas menuju ke damsyik untuk mencari orang yang bernama Muwaffaq itu.
Setelah mengetahui tempat tinggal Muwaffaq,Abdullah Bin Mubaraq segera ke rumahnya.Dia mengetuk pintu rumah itu, kemudian keluarlah seorang lelaki,Abdullah pun bertanyakan tentang nama lelaki itu,orang itu menjawab “Ya, saya Muwaffaq”
Lalu Abdullah Bin Mubaraq berkata “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan wahai Muwaffaq,sehingga engkau dapat menyelamatkan haji seluruh para haji pada tahun ini, sedangkan engkau tidak mengerjakan haji?”
“Sebenarnya aku ingin mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana sekarang aku tidak ada duit, Suatu ketika aku mendapat duit tiga ratus dirham hasil dari pekerjaanku iaitu menampal dan menjahit kasut, aku pun berniat untuk mengerjakan haji sedangkan isteriku sedang hamil, Suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan mengidam makanan itu,Aku segera pergi ke rumah jiranku untuk menyampaikan hasratku itu.
Jiranku menjawab “Aku terpaksa membuka rahsiaku,anak-anak yatimku sudah tiga hari tidak makan.Akhirnya aku keluar mencari makanan untuk anak-anak yatimku itu.Tiba-tiba aku terjumpa bangkai seekor keldai di suatu tempat,Lalu aku potong sebahagian dan bawa pulang untuk dimasak.Makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagi kamu…”
Mendengar hal tersebut aku segera pulang ke rumah untuk mengambil duit tiga ratus dirham itu, Aku berikan semuanya kepada jiranku untuk membelanja keperluan anak-anak yatimnya itu
“Sebenarnya hajiku hanya didepan pintu rumahku” kata Muwaffaq
#Renung-renungkanlah kisah ini untuk dijadikan pengajaran kite bersama