Daily Archives: January 25, 2019

5 Nasihat Yang Tidak Merugikan!

#Kalau kita orang yang mewah janganlah kita berbanggaAllah boleh ambil sekelip mata. Kalau kita orang yang susah janganlah bersedih, Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.

#Setiap nikmat yang kita terimahendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,hingga terasa malu memilikinya. Tapi anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya. Dengan itu kita akan selamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak, dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.

#Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain. Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah, tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama.

#Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat, walaupun sedikit dia akan menjadi berkat. Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang masalah akan menimpa-nimpa datang, yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi. Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.

#Sebenarnya rezeki dan keperluan yang Allah untukkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia, cukup sebanyak mana bilangan hamba-hamba-Nya setiap masa. Tapi ada golongan yang mengambil lebih daripada keperluan maka dia telah mengurangkan habuan orang lain. Justeru itulah ada orang yang tidak cukup.

#SUSAH ORANG, SUSAH KITA. SENANG KITA DIKONGSI BERSAMA#

Call Now
Directions