Daily Archives: February 12, 2019
APAKAH BEZA ANTARA SOLAT DAN IBADAH?
“SESUNGGUHNYA SEMBAHYANGKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM”
SOLAT- Adalah satu ibadah yang sangat besar dan agung, yang diberi kepada Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril AS, iaitu ketika Isra’ dan Mi’raj, daripada solat itulah akan terbentuknya diri yang model, keluarga yang model, masyarakat yang model dan yang paling besar ialah negara yang model.
IBADAH- Adalah segala pekerjaan atau perbuatan seperti tidur, baring, makan, minum dan sebagainya, kemudian diniat menjadi sebagai ibadah dan pekerjaan atau perbuatan itu tidak melanggar 5 syarat ibadah iaitu:
- NIAT MESTI BETUL
- PERLAKSANAAN MESTI TEPAT
- PEKERJAAN ATAU PERBUATAN TIDAK MELANGGAR SYARIAT
- NATIJAH PERLU TEPAT
- TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS