Monthly Archives: February 2019

4 AMALAN YANG MENGUNDANG TERBUKANYA PINTU REZEKI !!!

  • SOLAT TAHAJJUD
    Solat Tahajjud boleh dilakukan pada 1/3 malam, boleh juga ditengah malam atau pada malam yang terakhir, dengan syarat sudah tidur terlebih dahulu. Namun yang lebih utama dan lebih afdhal mengundang rezeki adalah solat tahajud yang dilakukan pada 1/3 malam yang terakhir. Jadi, tahajud itu juga menjadi sarana bangun pagi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:

 “Ketika kalian tidur, syetan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, “Malam masih panjang, tidurlah!” Jika ia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mengerjakan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas.” (HR. Al Bukhari)

  • BERDOA DIPAGI HARI Setelah shalat tahajud, seorang muslim perlu memanfaatkan waktu 1/3 malamnya untuk berdoa. Doa juga adalah senjata bagi orang yang beriman. Apatah lagi doa diwaktu 1/3 malam yang terakhir, insya Allah ia lebih mustajabah. Lebih didengar dan dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:

“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

  • BERSEDEKAH Sedekah boleh dilakukan bila-bila saja dan salah satu keutamaannya adalah dilipat gandakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun, sedekah di waktu pagi lebih istimewa lagi. Sebab setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang bersedekah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:

“Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang berinfak” Sedangkan malaikat yang satunya berdoa, “Ya Allah, berikanlah kesusahan bagi yang enggan bersedekah” (HR. Al Bukhari dan Musli

  • SOLAT DHUHA Solat Dhuha adalah salah satu amalan pagi yang boleh mengundang rezeki. Waktu solat dhuha dimulai sejak matahari sepenggelahan naik (kira-kira satu tombak) hingga menjelang ke tengah di atas kepala (kira-kira 15 menit sebelum Dzuhur).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan habuk yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

1 MATLAMAT DAN CITA-CITA

SEKOLAH MENENGAH ISLAM ZADUT TAQWA

Bersatu dalam Islam ialah bersatu dalam menuju matlamat yang sama.

Jalannya luas dan banyak. Selagi dalam syariat maka ia dibenarkan. Sepertilah mazhab-mazhab yang membantu menyelesaikan masalah umat.

Yang rasa susah bila tak dapat terima dan berlapang dada dengan kelebihan atau kekurangan yang lain. Lagi merosakkan, jika tidak mengikut cara dan fahamannya, itu salah dan silap. Caranya dan fahamannya sahaja yang betul.

SEMBAHYANG ITU TIANG AGAMA

Matlamat kita ialah negeri Akhirat, dan kita diminta persiapkan bekalan. Dan sebaik-baik bekalan ialah Taqwa. Jika bekalan ini betul dan matlamatnya sama, tiada masalah di mana pun kita berada…

MEMBERI…. UNTUK MENEMPAH TIKET DI SANA!!!

APAKAH BEZA ANTARA SOLAT DAN IBADAH?

MENDAPATKAN ALLAH ITULAH KEJAYAAN DAN KEMENANGAN

“SESUNGGUHNYA SEMBAHYANGKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM”

SOLAT- Adalah satu ibadah yang sangat besar dan agung, yang diberi kepada Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril AS, iaitu ketika Isra’ dan Mi’raj, daripada solat itulah akan terbentuknya diri yang model, keluarga yang model, masyarakat yang model dan yang paling besar ialah negara yang model.

-RALK PRODUCTION-

IBADAH- Adalah segala pekerjaan atau perbuatan seperti tidur, baring, makan, minum dan sebagainya, kemudian diniat menjadi sebagai ibadah dan pekerjaan atau perbuatan itu tidak melanggar 5 syarat ibadah iaitu:

  • NIAT MESTI BETUL
  • PERLAKSANAAN MESTI TEPAT
  • PEKERJAAN ATAU PERBUATAN TIDAK MELANGGAR SYARIAT
  • NATIJAH PERLU TEPAT
  • TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS
-BUTIK HUMAIRA’ BY RALK PRODUCTION-

”Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa”

#MOTIVASI SOLAT DI RALK BERSAMA GURU-GURU DISINI YANG SUDAH BERPENGALAMAN#

“Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa”

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
tidak terasa bertuhan,
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama,
tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan 
Jiwanya tidak terasa bertuhan

Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan
tidak berlaku atau tidak ada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan Al-Quran
Atas alasan ilmu semata-semata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan itu
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

#PERIBADI ATAU AKHLAK YANG MULIA HASIL DARI SOLAT YANG AGONG#

Call Now
Directions