Monthly Archives: February 2019
KATA-KATA KESEDARAN TENTANG KEBAIKAN
~ Berlumba-lumba membuat kebaikan disuruh tidak senang dengan orang yang membuat baik ditegah tidak peka dengan orang yang membuat kebaikan menunjukkan hati sudah mati…..
~ Kebaikan yang ditegakkan dengan beramai-ramai itu dapat mengelakkan daripada rasa ujub…….
~ Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi daripada itu……
~ Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberian Allah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu……
Hanya Kerana Sedekah Sekupang
“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.
“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen kepadanya.
“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.
“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
- Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat.
RENUNG-RENUNGKANLAH…
Ketahanan Jiwa
Ketahanan diri adalah hatinya bukan kekuatan fizikalnya.
Jati diri itu adalah kekuatan jiwanya bukan besar badannya.
Keteguhan hati itulah kekuatan seseorang bukan anggota lahirnya.
Kekuatan jiwa bukan dengan harta benda.
Adakalanya ia melemahkan jiwa.
Keteguhan hati bukan dengan sebab banyak ilmunya.
Jati diri itu tidak juga pangkatnya.
Hati yang teguh, jiwa yang kuat itulah kekuatan manusia.
Itulah juga jati diri manusia.
Tidak ada jati diri, ketahanan diri tidak ada.
Ketahanan diri tidak ada,bermacam-macam sifat yang negatif akan masuk di hatinya.
Yang baik atau yang buruk datang, semuanya jadi buruk.
Bagaimana membangunkan jati diri?
Jati diri dibangunkan dengan ilmu, iman dan taqwa.
Tidak ada ketiga-tiga itu, tidak ada jati diri.
Tidak ada jati diri, pertahanan diri tidak ada.
Dengan kata-kata yang lain, jati diri dibangunkan dengan takut dan cintakan Allah.
Syariat diamalkan dan dihayati hingga berkesan pada jiwa.
Apabila jati diri tidak ada, terdedah kepada segala yang negatif.
Dibawa beberapa contoh di sini jika jati diri tidak ada.
Dapat pangkat, ada ilmu sombong pula.
Ada harta dan kekayaan, megah dan bakhil tiba.
Jika miskin meminta-minta dan mencuri pula.
Dapat kesusahan dan ujian bala, tidak sabar menerimanya.
Ada untung peribadi, sanggup langgar agama.
Apa yang dapat tidak seperti yang dicita-cita, tidak redha pula.
Apabila disogok, rasuah pula.
Apabila orang senang, hasad dengki datang.
Pantang dicabar, jiwa meradang.
Inilah di antara tanda-tanda ketahanan diri tidak ada.
Apa yang datang semuanya merosakkan jiwa.
Datang yang baik, rosak, tiba yang buruk, juga rosak jiwa.
Kerana pertahanan diri sudah tidak ada.
Jati diri telah rapuh dan reput.
Terasnya tidak ada.
Jiwa terdedah dengan bahaya.
Itulah yang sedang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia.
Ketahanan diri sudah tidak ada.
Sebab itulah perpaduan sudah tidak ada.
Hidup mementingkan diri sendiri jadi budaya.
Kerana jati diri sudah tidak ada.
Disebabkan jiwa sudah tidak ada pertahanannya.
Maka cinta dunia pun menguasai jiwa.
Kerana cinta dunia, jual agama, jual negara.
Bagaimanalah negara hendak kuat.
BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN DENGAN MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA
Kepada, Yang Berbahagia Tuan/Puan, # BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN # Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal.Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarangialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK. |
Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.
Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.
- TAJAAN MAJLIS BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
- JEMPUTAN BERBUKA PUASA
- TAJAAN PAKAIAN, KASUT, TUDUNG, SONGKOK
- SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAK
- SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA
*Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian:
- 03-80523814 / 03-80618050
- 018-9191658 Puan Yani / 011-37037672 Puan Aiman
*Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:
- Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
- Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
PENGURUS RALK: Rashidah binti Abdullah
-Sekian,terima kasih-