Daily Archives: March 10, 2019

Ada 13 Perkara Yang Boleh Kita Pelajari Dari Anak-anak Yatim…

(١) Bersyukur

Belajar untuk bersyukur…

Hal ini dapat di lihat dari segi sudut yang utama, bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa, ataupun sanak saudara yang menjaga kita.

Tapi anak-anak yatim?

Mereka hanya berbahagia sesama sendiri sahaja.

Bagi yang masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ada ibu bapa untuk kita bermanja, meluahkan perasaan dan berbahagia.

(٢) Menginsafi Diri

Apabila melihat anak-anak yatim, kebanyakannya mereka terjaga adab tertibnya kerana mungkin mereka sedar dari kecil, sudah tiada lagi ibu bapa.

Ini sangat menginsafkan terutama bagi sesiapa yang masih ada ibu bapa, tetapi tetap suka melawan, dan memarahi ibu bapa, padahal yang melahirkan dan menjaga kita adalah ibu bapa kita.

(٣) Hargai

Kita boleh belajar menghargai apabila melihat anak-anak yatim.

Anak-anak yatim juga sangat bergembira jika ada yang sudi melawat dan meraikan mereka.

Kerana mereka dapat menumpang kasih, inilah yang membuatkan mereka menghargai setiap pelawat dan setiap orang yang memeriahkan hari mereka.

Jadi, kita juga akan sedar untuk menghargai setiap detik kita bersama yang tersayang.

Hargai masa, dan hargai mereka yang berbuat baik kepada kita.

(٤) Semangat

Semangat mereka sangat tinggi untuk terus hidup walaupun mereka sudah tiada ibu bapa, itulah yang harus dipelajari.

Mereka tidak dapat semangat dari ibu bapa, tapi mereka mendorong diri sendiri, mereka mengatakan bahawa jika ibu bapa mereka masih hidup, mesti ibu bapanya hendak melihat kejayaan mereka.

Oleh sebab itu, kita seharusnya bersemangat untuk terus hidup… dan Berjaya dunia dan akhirat lebih-lebih lagi.

(٥) Bertambah Kepujian Kepada ALLAH

Apa maksudnya?

Ok, ini adalah dari kesan kesan yang baik, kedamaian terasa..

Maka kita akan terus teringat kepada Allah.

Allah mengetahui segala baik buruk dan Allah jugalah yang menjaga takdir kita.

Betapa hebatnya Allah mengatur kehidupan kita.

Mungkin di beri kurang yang sebelah sini, tapi ada kelebihan serta perkara baik di sebelah lagi.

(٦) Berkongsi Rezeki

Apabila sebut anak-anak yatim, ramai orang akan terfikir mengenai sedekah…

Dari situ, kita belajar untuk berkongsi rezeki dengan mereka.

Betapa bersyukurnya mereka dapat rezeki yang pelbagai.

Dan kita terdetik untuk menggembirakan mereka, maka rezeki yang kita miliki seperti, wang, atau barangan, automatik disediakan untuk di beri kepada mereka.

Sesungguhnya, berkongsi rezeki itu ada banyak kebaikannya dan Allah akan mengembalikannya semula dari pelbagai bentuk.

(٧) Menanam Rasa Ikhlas

Sedekah tanpa ikhlas, hanya sia-sia…

Jika di lihat wajah anak yatim, kita akan merasa sedih dan secara tak sengaja, keikhlasan itu akan wujud.

Walau tak banyak, tapi hati kita ikhlas, kita akan terasa damai. Betul tak?

(٨) Redha

Jika di lihat nasib mereka, kita akan faham erti redha.

Mereka yang masih kecil, baru belajar nak sekolah, tapi dah faham bahawa mereka adalah anak yatim dan harus kuat.

Tapi kita? dimanakah sikap redha kita?

Ujian yang datang, kita memaki hamun terus, di mana redha kita?

Jadi belajarlah untuk redha…

(٩) Silaturahim

Bagi anak yatin keluarga mereka adalah mereka sesama sendiri.

Silaturahim antara mereka memang kukuh kerana mereka saling memberi sokongan.

Di sini memupuk kita untuk menjaga silaturahim walaupun mungkin ada pergaduhan dalam kehidupan, tapi kita tidak boleh memutuskan silaturahim.

Jaga hubungan dengan manusia untuk mendapat keredhaan-NYA..

(١٠) Tanggungjawab

Kita dapat belajar erti tanggungjawab daripada anak-anak yatim..

Hal ini adalah kerana apabila melakukan aktiviti bersama mereka, kita sendiri merasa bertanggungjawab untuk menggembirakan mereka dan menjalankan tugas sebagai muslim.

Orang Islam digalakkan memuliakan anak-anak yatim, jangan di hina atau memakan harta anak yatim sesuka hati.

Kita juga bertanggungjawab untuk perjalanan hidup kita sebelum dikembalikan kepada-NYA.

(١١) Positif

Bagaimana mereka beraya tanpa balik ke kampung ibu bapa atau sanak saudara?

Tapi mereka tenang dan cuba membiasakan diri walaupun ada kelainan dalam rutin raya mereka.

Fikiran mereka sudah tentu sedih tapi kekal positif, tiada yang terlalu sedih sehingga nak buat perkara yang bukan-bukan.

Manusia seharusnya berfikiran positif dan bersangka baik kepada ALLAH kerana di setiap kejadian ada sebab musabab tertentu.

(١٢) Menanam Rasa Rendah Diri

Rasa rendah diri itu akan wujud apabila melihat ada insan yang lebih tabah dan meyakini Allah lebih daripada kita sendiri.

Terasa rendah diri kerana baya sekecil mereka lebih positif dan bersemangat daripada diri ini yang mudah tertekan dengan banyak perkara walaupun hal remeh.

Kenapa perlu sombong dalam kehidupan sedangkan nasib kita, Allah jua yang tentukan…

(١٣) Meningkatkan Keimanan

Kasih sayang yang kita hulurkan kepada mereka bererti kita ada iman dalam diri…

Hal ini kerana, apabila berhadapan dengan mereka, kita merasa kasihan, ingin menyampaikan berita gembira kepada mereka, sabar dan ingin berbuat baik.

Mensyukuri nikmatNYA itu bererti kita mengingati Allah…

Begitulah perkara yang boleh di pelajari jika benar-benar di fahami dan dihayati.

Call Now
Directions