Daily Archives: March 30, 2019
JIWA AKAN MENJADI LIAR APABILA TIDAK KENAL TUHAN!
Jika lemah iman atau tidak kenal Tuhan dengan sempurna jiwa kita menjadi liar.
Liarnya jiwa itu satu penderitaan.
Penderitaan jiwa menjadikan hilang kebahagiaan.
Apa maksud jiwa kita yang liar?
Apabila mendapat sedikit ujian seperti kesusahan jiwa menderita hingga tidak sabar.
Apabila mendapat kesenangan berbunga pula jiwa, lupa daratan.
Dinasihat atau dikata orang jiwa rasa berang, mungkin sampai menyerang.
Jika orang lebih sedikit sakit pula hati, menimbul hasad dengki.
Apabila orang mendapat penderitaan jiwa rasa senang.
Jika kehendak tidak dikabul aduh jiwa keluh-kesah dan gelisah.
Jika hajat dapat berbunga pula jiwa mungkin menghina orang.
Begitulah jika iman lemah atau tidak kenal Tuhan, jiwa tidak stabil.
Berubah keadaan yang menimpa berubah pula jiwa.
Berlainan suasana berlainan pula perasaannya.
Jiwa sentiasa berombak dan bergelombang.
Macam lautan yang tidak pernah rehat dari gelora.
Kalau begitu mana hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
Kerana jiwa mudah saja tergugat oleh kejadian.
Padahal peristiwa ada dalam kehidupan mana ada renti-rentinya.
Dia datang silih berganti berbagai-bagai keadaan.
Orang mukmin jiwanya sentiasa tenang.