Monthly Archives: January 2020

Butir Mutiara ๐Ÿ’ž XXVI

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN RAMADAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

JOM BERAMAL !!!
RAMADHAN AL MUBARAK 1441 HIJRAH / 2020

Sila Klik Disini

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN RAMADAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

Assalamualaikum,

Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Datoโ€™/Datin/Tuan/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK RAMADHAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

Dengan ini dimaklumkan bahawa โ€ RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)โ€ mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2.         Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.

3.         Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.

  • Tajaan majlis berbuka dan tajaan sahur / Jemputan berbuka puasa @ sahur
  • Tajaan pakaian (JUBAH L & P) , kasut, tudung, songkok dan kelengkapannya
  • Sumbangan duit raya untuk anak-anak dan staf & kelengkapan raya (biskut dan lain-lain)
  • Zakat : zakat simpanan, zakat emas / kenderaan baru @ terpakai
  • Alatan media baru @ terpakai / peralatan elektrik

4.         Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian :- 
* 03-80523814 / 011-69889829 (Pejabat RALK)
* 018-6645973 (Pn Fatimah) / 011-37037672 (Pn Aiman)

5.         Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kami sama ada dalam bentuk tunai mahupun Cek atas nama (MBB) : 

  • Pusat Pendidikan Limpahan Kasih      : 5627 7720 0627
  • Limpahan Kasih Solutions                    : 5627 7722 0661     

Sekian,terim kasih.

โ€œGembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kitaโ€ 

SENJATA PALING AMPUH

Umat Islam hari ini sudah tidak pandai lagi hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu
Dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal
Fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang yang bertaqwa setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam
Yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam
Seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh
Untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam
Sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh
Umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
Lantaran itu hingga hari ini
Kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh, hendak melawan musuh
Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi
Itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan kita dapat pembelaan dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja boleh mengalahkan musuh-musuh

#MADAH HATI#

Butir Mutiara ๐Ÿ’ž XXV

MEMOHON PERUNTUKAN DANA KOMPLEKS KEMAHIRAN KAFE LIMPAHAN KASIH

Assalamualaikum.

Kepada,
Tuan/Puan.

Dengan ini di maklumkan bahawa โ€ RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)โ€ mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 120 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan buat masa ini, kami masih memerlukan sumbangan untuk melengkapkan keperluan kompleks kemahiran kafe limpahan kasih.

3. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.(Sila lihat lampiran di bawah)

Pejabat :
03-8061 8050/ 03-80523814
018 โ€“ 6645973 (Puan Fatimah)
011 -37037672  (Puan Aiman)
011 – 69889829 (WhatsApp RALK)

Cek atas nama (MayBank) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih :  5627 77200627
Limpahan Kasih Solutions :  5627 7722 0661

4. Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.Semoga segala usaha yang baik dari puan diberkati Tuhan.

Sekian, terima kasih.

PEROMOHONAN DANA KOMPLEKS KEMAHIRAN RALK 2020

Call Now
Directions