Daily Archives: September 23, 2020

Derma Kilat Pembayaran SYABAS

Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PEMBAYARAN BIL SYABAS RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK) 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah sebuah Pusat Kebajikan yang menaungi anak yatim, anak fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat. Sehubungan itu, Pusat Kebajikan kami sedang mencari dana bagi menyelesaikan keperluan Bil Syabas yang tinggi tunggakkannya. Oleh itu, RALK memohon kepada pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik sudilah membantu dalam menyelesaikan bil syabas kami seperti maklumat di bawah, 

1. No Akaun Bil : 0497721000
= Tunggakan : RM 1, 656.00
= Semasa : RM 300.00
2. No Akaun Bil : 6238721000
= Tunggakan : RM 12,029.20
= Semasa : RM 1,950.85
3. No Akaun Bil : 2238721000
= Tunggakan : RM 1,032.75
= Semasa : RM 134.85

3. Untuk pengetahuan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik, bil syabas yang tertunggak adalah kerana pusat kebajikan ini tiada penyumbang tetap yang dapat membantu kos bulanan yang tinggi, dan faktor penghuni yang ramai menyebabkan kadar kegunaan air bangunan asrama juga tinggi. Kami sertakan sekali bil syabas untuk rujukan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik.

4. Sehubungan itu, saya mewakili RALK memohon jasa baik Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik, dapat menghulurkan bantuan kewangan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pihak kami. Semoga sumbangan yang bakal dihulurkan mendapat Rahmat dari Ilahi.

Pembayaran juga boleh dibuat terus ke JomPAY Online

BILLER CODE : 4200
👉
  • Sumbangan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik, amatlah dihargai. Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh menghubungi.

Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.Semoga segala usaha yang baik dari puan diberkati Tuhan

Sekian, Terima kasih.

Call Now
Directions