Daily Archives: February 6, 2022
🕋RAMADHAN AL MUBARAK🕌
Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK RAMADAN DAN SYAWAL 1443 HIJRAH/2022
Kami dari Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih (PPJLK) menaungi anak-anak Rumah Limpahan Kasih di Kg Sri Aman, Puchong yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di PPJLK sekarangialah seramai 120 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di PPJLK.
2. Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, PPJLK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.
3. Berikut disenaraikan keperluan penghuni PPJLK untuk menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.
- Tajaan majlis berbuka dan tajaan sahur / Jemputan berbuka puasa @ sahur
- Tajaan pakaian (JUBAH L & P) , kasut, tudung, songkok dan kelengkapannya
- Sumbangan duit raya untuk anak-anak dan staf & kelengkapan raya (biskut dan lain-lain)
- Zakat : zakat simpanan, zakat emas / kenderaan baru @ terpakai
- Alatan media baru @ terpakai / peralatan elektrik
4. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian, dan sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kami sama ada dalam bentuk tunai atau cek :-
Cek atas nama (MAYBANK) :-
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661
📲Call&WhatsApp RALK (011-69889829)
wasap.my/601169889829/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih
MENGENALI LEBIH LANJUT {SILA KLIK}
📲 Pn.Hajar (018-3103127)
wasap.my/60183103127/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih