Daily Archives: December 25, 2023

APAKAH MAKSUD RAMADAN

1. DARI segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش

“(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus.” (Tafsir al-Qurtubi)

2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan “ramada” yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

“Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas” (HR Muslim)

3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Kata beliau:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

“Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh.” (Tafsir al-Qurtubi)

Semoga Kita di rezekikan ramadan yang sangat berkat pada tahun hadapan yang hanya berbaki lagi 76 Hari🤲🏻🤲🏻🤲🏻

RAMADAN BERBAKI LAGI 76 HARI

Petikan dari

https://www.indahnyaislam.my/apakah-maksud-ramadan/
Call Now
Directions