SAMBUTAN AIDIL ADHA DI RALK 12 SEPT 2016
Ibadah haji adalah kemuncak ibadah
Bermula daripada pengakuan: Allah adalah Tuhan yang patut disembah, Nabi Muhammad Rasulullah
Kemudian dimulai dengan ibadah sembahyang yang menjadi tiang seri seluruh ibadah
Disusul pula ibadah puasa, kemudian zakat, penutupnya ibadah haji, semuanya menjadi rukun Islam, haji kemuncak ibadah
Tujuan ibadah untuk melahirkan dua perkara yang utama
Menajamkan rasa bertuhan, menebalkan rasa kehambaan
Dua perkara ini ia lazim-melazimi, tidak boleh kedua-duanya bercerai perasaan
Jika rasa bertuhan tajam, rasa kehambaan menebal
Kalau rasa bertuhan tidak ada atau tipis, rasa kehambaan juga ikut sama tidak ada
Dengan kata-kata yang lain jika wujud cintakan Tuhan dari ibadah,
takutkan Tuhan ikut serta
Hasil ibadah itulah yang menjadikan Tuhan redha pada seseorang hamba
Di sini fahamlah kita tujuan ibadah untuk menebalkan rasa bertuhan,
dan untuk menebalkan rasa hamba
Side effectnya: Hamba itu merendah diri, pemurah, bertimbang rasa,
pemaaf dan meminta maaf
Ditambah lagi dengan sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, bertolak ansur,
kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama
Maka sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil, tamak, dengki, mementingkan diri,
dendam dan lain-lain lagi sifat negatif secara otomatik musnah
Di dalam sajak ini fokus kita adalah ibadah haji
Haji ertinya menuju Allah secara rohaniah dan maknawiyah
Ingin mencintai Tuhan yang bersifat kasih sayang kepada manusia
Menuju Allah tafsirannya adalah hendak menebalkan lagi rasa bertuhan
dan sekaligus menebalkan lagi rasa kehambaan
Hasil dari itu dapat memiliki sifat-sifat mahmudah,
sekaligus sifat-sifat mazmumah pun musnah
Kalaulah ibadah dari sembahyang hingga ibadah haji dihayati
Ia sangat berkesan di dalam jiwa dan hati,
akhirnya di dalam kehidupan manusia
Apabila sampai ke ibadah haji ia telah sampai ke kemuncak ibadah
Rohaniahnya juga sepatutnya turut memuncak
Pulang ke tanah air membawa jiwa yang suci murni
Membawa sifat mahmudah yang tinggi,
akhlak yang mulia, peribadi contoh
Memiliki rasa cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan telah sebati menjadi jati diri
Mempunyai sifat dan rasa bertuhan memenuhi hati nurani
Dapat merasa kehambaan menghayati hati sanubari
Mereka pulang membawa sebahagian besar sifat-sifat malaikat berupa manusia
Mereka menjadi role model di kalangan bangsanya untuk ditiru dan dicontohi
Kalaulah mereka setiap pulang dari haji membawa sifat-sifat
dan sikap seperti yang telah digambarkan tadi
Makin ramailah bilangan bangsa itu menjadi role model
untuk diikuti setiap tahun oleh bangsanya
Jangka panjang bangsa itu akan berkasih sayang,
rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu
Lahirlah kemajuan, bangunlah tamadun, bangsa bermoral dan bermaruah tinggi
Semua golongan hidup aman damai dan harmoni
Tapi ini yang terjadi kepada kebanyakan jemaah haji umat Islam seluruh dunia?
Mereka pulang ke tanah air membawa perangai lama juga
Ibadah mereka walaupun sudah sampai ke kemuncaknya iaitu ibadah haji
perubahan sikap tidak ada
Kerana itulah kehidupan umat Islam seluruh dunia berpecah-belah,
mundur, akhlak rosak, hina, hidup porak-peranda
Ibadah mereka tidak membawa erti apa-apa di dalam kehidupan mereka
Kerana ibadah itu dibuat tidak dihayati bahkan sekadar faham tidak ada
Ibadah yang tidak dihayati itu tidak dapat membangunkan jiwa bangsa
seterusnya tidak dapat membangunkan kekuatan bangsa
15.1.2003 � 1
Menjelang tidur
Leave a Reply