RENUNG-RENUNGKANLAH…
Ketahanan Jiwa
Ketahanan diri adalah hatinya bukan kekuatan fizikalnya.
Jati diri itu adalah kekuatan jiwanya bukan besar badannya.
Keteguhan hati itulah kekuatan seseorang bukan anggota lahirnya.
Kekuatan jiwa bukan dengan harta benda.
Adakalanya ia melemahkan jiwa.
Keteguhan hati bukan dengan sebab banyak ilmunya.
Jati diri itu tidak juga pangkatnya.
Hati yang teguh, jiwa yang kuat itulah kekuatan manusia.
Itulah juga jati diri manusia.
Tidak ada jati diri, ketahanan diri tidak ada.
Ketahanan diri tidak ada,bermacam-macam sifat yang negatif akan masuk di hatinya.
Yang baik atau yang buruk datang, semuanya jadi buruk.
Bagaimana membangunkan jati diri?
Jati diri dibangunkan dengan ilmu, iman dan taqwa.
Tidak ada ketiga-tiga itu, tidak ada jati diri.
Tidak ada jati diri, pertahanan diri tidak ada.
Dengan kata-kata yang lain, jati diri dibangunkan dengan takut dan cintakan Allah.
Syariat diamalkan dan dihayati hingga berkesan pada jiwa.
Apabila jati diri tidak ada, terdedah kepada segala yang negatif.
Dibawa beberapa contoh di sini jika jati diri tidak ada.
Dapat pangkat, ada ilmu sombong pula.
Ada harta dan kekayaan, megah dan bakhil tiba.
Jika miskin meminta-minta dan mencuri pula.
Dapat kesusahan dan ujian bala, tidak sabar menerimanya.
Ada untung peribadi, sanggup langgar agama.
Apa yang dapat tidak seperti yang dicita-cita, tidak redha pula.
Apabila disogok, rasuah pula.
Apabila orang senang, hasad dengki datang.
Pantang dicabar, jiwa meradang.
Inilah di antara tanda-tanda ketahanan diri tidak ada.
Apa yang datang semuanya merosakkan jiwa.
Datang yang baik, rosak, tiba yang buruk, juga rosak jiwa.
Kerana pertahanan diri sudah tidak ada.
Jati diri telah rapuh dan reput.
Terasnya tidak ada.
Jiwa terdedah dengan bahaya.
Itulah yang sedang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia.
Ketahanan diri sudah tidak ada.
Sebab itulah perpaduan sudah tidak ada.
Hidup mementingkan diri sendiri jadi budaya.
Kerana jati diri sudah tidak ada.
Disebabkan jiwa sudah tidak ada pertahanannya.
Maka cinta dunia pun menguasai jiwa.
Kerana cinta dunia, jual agama, jual negara.
Bagaimanalah negara hendak kuat.
Leave a Reply