Hanya Kerana Sedekah Sekupang

“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.

“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen kepadanya.

Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,

“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.

“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

  • Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions