PENYAKIT YANG MENULAR…

Ujian demi ujian ataupun bala bencana alam yang Allah swt turunkan sebenarnya mengajak manusia untuk semakin takut dengan Allah swt. Semakin takut denagn yang Maha Kuasa dan Maha Hebatnya Allah swt. Sehingga manusia dapat mengubah cara hidupnya yang jahil atau yang jahat kembali kepada-Nya.

Respon manusia dalam menerima ujian dari setiap orang sangat berbeza. Kejadian ini yang seharusnya membuatkan kita takut dengan Allah swt, semakin rasa memerlukan Allah swt, semakin lebih serius untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Seharusnya kita semakin bimbang, cemas dan merasa takut setakut-takutnya. Tetapi semuanya itu tidak terjadi

Lambat laun akan terjadilah penyakit seperti putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa yang berpanjangan, fikiran tidak menentu, jiwa semakin kosong dan kering.Penyakit ini akan semakin parah jika bercampur dengan penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, dendam, cepat marah, buruk sangka, sombong, riya’, ujub dan berbagai macam lagi penyakit- penyakit hati yang akan semakin memporak perandakan keadaan.

Walaupun penyakit-penyakit ini tidak dapat dilihat oleh mata, tetapi bahayanya lebih parah dibandingkan dengan penyakit-penyakit lahiriah yang brasa kita dengar, contohny seperti sakit jantung, barah yang pelbagai jenis, sakit yang tidak diketahui puncanya, jarang kita dengar ada pesakit yang berpenyakit parah, orang itu tidak sanggup menahan sakit tersebut kemudian terus bunuh diri. Tetapi bagi pesakit yang berpenyakit hati seperti dendam, hasad dengki, dan lain-lain lagi dapat membuat orang tersebut bertindak bunuh diri attua membunuh orang lain.

Oleh kerana itu pesakit yang berpenyakit batiniah (hati) ini lebih memerlukan rawatan dan perhatian yang lebih serius dari semua pihak. Sebab akibatnya akan lebih parah dan dapat merebak dengan lebih cepat dan pantas. Kalau tidak dicegah dengan segera ia akan menyebabkan kekacauan dan pelbagai krisis dimana-mana dan ia akan berlarutan dan berpanjangan. Bukan hanya merosakkan pesakit itu, terapi data merosakkan sesebuah negara. Akan hancurlah sesebuah bangsa itu lebih-lebih lagi agamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions