MARUAH ITULAH HARGA DIRI

Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagaimana menjaga maruah? Apa jadinya kalau hidup tanpa maruah? Iulah persoalan yang ingin dikupas dalam tajuk ini. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai maruah yang tersendiri dan kita mesti mempertahankannya.

Maruah ialah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri – izzatunnafsi – yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa. Maruah itulah yang menentukan harga diri seseorang atau sesuatu bangsa itu. Tanpa maruah, seseorang atau satu bangsa dianggap tidak ada harga diri, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi. Ada tapi hakikatnya tidak ada. Sudah tidak dipandang dan tidak diperhitungkan. Hina dan tidak dihormati lagl.

Begitulah pentingnya maruah dan kerana itu setiap orang sangat menjaga maruahnya. Cuma soalnya, nilai maruah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tidak sama antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Ia tergantung pada suatu ketentuan yang dibuat oleh masing-masing kelompok tentang apa itu maruah, mengikut apa yang didasari oleh akidah masing-masing.

Ada yang menganggap bergaul bebas antara lelaki dan perempuan itu menjatuhkan maruah, tapi ada pula yang mengatakan hal itu tidak menghilangkan maruah. Begitulah seterusnya .
Umat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seorang Islam. Supaya kita dapat menjaga maruah diri dan agama kita sama-sama menghormati, mempertahankan dan memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah nilai diri kita dan hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannya bahkan dengan darah dan nyawa sekalipun. Maruah tidak boleh digadai. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa boleh menjadi tebusannya. Begitulah tingginya nilai maruah pada manusia. Manusia sanggup buat apa saja demi memelihara dan mempertahankan maruah dirinya, agama, bangsa dan lain-lain.

Maruah atau kemuliaan diri atau izzatunnafsi bagi umat Islam ialah imannya. Kedua, ke-lslamannya, yakni hukum-hukum yang lima yang tertegak dalam dirinya baik hukum wajib, sunat, makruh, haram atau mubah. Yang termasuk maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga, ialah akhlak yang mulia yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi.

Demikianlah tiga ciri-ciri penting tentang maruah seorang muslim. Inilah harga diri seorang Islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya umat Islam ialah apabila mereka mempunyai ketiga faktor ini. Yaitu memiliki maruah diri. Tanpa iman Islam dan akhlak, umat Islam akan hilang maruah yakni hilang kemuliaan, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina, tidak bahagia dan tidak dipedulikan. Ada, tapi seperti tidak ada, tidak diperhitungkan. Sebab itu seorang Islam yang tahu dan sedar akan hal ini akan berbuat apa saja demi mendapatkan dan mempertahankan maruahnya selaku seorang Islam. Maruah akan diperjuangkan sebagai hidup matinya. Tidak ada tawar menawar dan jual beli dalam urusan memelihara maruah. Kalau maruah tercemar, dia akan sanggup menggadai darah dan nyawa demi mengembalikam kesuciannya. Dan apabila maruah itu terlepas dari dirinya, dia akan rela mati sesudahnya. Begitulah sikap muslim sejati, dirinya menjadi tebusan agama dan akhlaknya. Dan dia tidak takut pada apapun ancaman dalam mempertahankam agamanya itu. Dan dia juga tidak boleh dipujuk dengan apa saja sebagai penukar maruahnya. Harta, jawatan atau wanita cantik terlalu kecil dibandingkan dengan maruah diri. Sebab itu tidak akan terkorban maruahnya sebagai seorang Islam hanya kerana diumpan dengan wang, jawatan dan perempuan.

Bahkan muslim sejati akan sanggup mengorbankan wang, jawatan dan apapun juga sampai darah dan nyawa sekalipun demi mempertahankan maruahnya. Dia berpegang teguh pada satu ingatan, kata-kata sakti : Hidup mulia atau mati syahid.Dengan kata lain ia ingin hidupnya mempunyai maruah dan demi mempertahankam maruah dia rela mati. Seperti inikah keadaan umat Islam hari ini dalam soal menjaga maruah diri selaku seorang Islam? Dengan mudah kita dapat menjawab, tidak!

Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri sebagai seorang muslim. Bahkan tidak serius dalam menjaganya. Yang lebih dahsyat dari itu, ada umat yang merasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman, mengamalkan hukum-hukum yang wajib dan sumat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang muslim. Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud apabila mereka benar-benar mengamalkan Islam.

Mereka turut membenarkan fitnah-fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalan zaman. Mereka tidak yakin bahwa dengan Islamlah umat Islam akan benar-benar menjadi maju dan berhasil di dunia dan akhirat. Mereka tidak faham bahwa tamadun Islam yang agung, yang telah pemah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas iman, Islam dan akhlak. Itulah yang diajarkan oleh Allah dan Rasul. Dan itu jugalah yang dikatakan maruah tadi. Mereka tidak sedar bahwa umat Islam pada abad kedua puluh ini sebenarnya tersisih dan terhina di bumi sendiri. Sampai makanan yang disuap ke mulut pun bukan buatan sendiri, terpaksa menadahkan tangan pada hasil buatan orang kafir. Pakaian yang digayakan sebagai ciri kemodenan pun diambil dari kilang orang lain, bukan dari kilang umat Islam. Bukan hasil kemajuan umat Islam. Demikian juga halnya dalam berbagai aspek kehidupan lainnya, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak ada identiti sendiri. Umat Is!am tidak ada maruah sendiri. Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan yang hingga kerana Itu umat Islam rela menggadai maruah agama, menggadai iman dan Islam?.

Jelas sekali, umat Islam hari ini kerana menginginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, dan wanita cantik telah menggadaikan maruah sebagai umat Islam. Mereka membelakangkan iman dan hukum-hukum Allah semata-mata kerana memburu apa yang mereka istilahkan kemajuan tadi. Mereka kira dengan cara itu mereka lebih mulia, terhormat dan terpuji. Mereka menjual sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya. Mereka lupakan Allah dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang dicari makin hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan oleh dunia, malah tiada harga. Ada, seperti tidak ada. Yang tinggal hanyalah nama, sedangkan kemuliaan, keagungan dan kegemilangan Islam dan umat Islam telah terlepas dari manusia-manusia yang bernama muslim!

Yang sebenarnya, untuk Jadi bangsa yang benar-benar maju, mempunyai peradaban dan moden, kita mesti kembali kepada identiti dan maruah diri sebagai umat Islam. Iman, Islam dan akhlak yang dikehendaki oleh Al Qur’an dan Sunnah mesti menjadi pakaian diri kita. Kerana di sanalah kemuliaam, kehormatan dan kehebatan kita sebenarnya. Iman adalah kekuatan atau tenaga penggerak untuk menegakkan kemajuan atau tamadun Islam. Hukum-hukum Allah atau syariat itu sebagai perkara yang hendak dibangunkan yang menjadi syiar kemuliaan, kehebatan serta ketinggian Islam. Manakala akhlak Islam itu adalah hiasan yang jadi daya tarik pada dunia tentang betapa besar dan indahnya Islam. Harta dan negara adalah alat dalam mempertahankan maruah. Sebab itu harta dan negara juga termasuk maruah yang mesti dipertahankan.

Begitulah secara ringkas, bagaimana maruah Islam itu akan mengangkat umat Islam ke mercu kejayaan dan kegemilangannya. Sekarang, oleh kerana maruah itu tidak ada, maka umat Islam kekosongan tenaga kerja untuk membina kemajuan dalam ertikata yang sebenarnya. Umat Islam tidak ada maruah diri kerana mereka tidak faham Islam atau kalaupun faham tetapi tidak mahu melaksanakannya. Mereka tidak tahu apakah faktor-faktor yang mesti dibangunkan. Dan kerana akhlak itu tidak menghiasi diri, maka tidak kelihatan apa indahnya Islam itu. Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati lagi. Orang sudah tidak malu dengan umat Islam kerana mereka tidak punya maruah dan tamadun sendiri. Mereka hanya sibuk menolong dan membangunkan tamadun orang lain. Orang lain dapat kemajuan, dapat tamadun, dapat menaklukan dunia, umat Islam hanya dapat gaji hasil jadi buruh pada bos-bos mereka. Buruh yang boleh meniru perangai bos-bos mereka. Lihat, dunia kini dalam tawanan Yahudi. Segala sistem berjalan atas dasar yang digariskan oleh musuh-musuh Allah. Umat Islam sedang menolong menjayakanya. Mereka dapat upah yang sangat dibanggakan dan merasakan itulah kemajuan dan maruah.

Bilakah kiranya kehidupan dunia ini akan berjalan di atas syariat Islam? Yang segala sistem itu bersumber pada Al Quran dan Sunnah? Yang umat Islam jadi tuan-tuan, jadi bos, menjadi orang-orang yang berperanan menentukan dasar dan matlamat perjalanan sistem itu. Dengan itu akhlak Islam jadi bunga ummah. Orang lain jadi buruh-buruh yang bekerja menjadi pendukung demi kejayaanya perlembagaan Allah dan Rasul. Jawabnya, ialah apabila umat Islam mahu kembali kepada maruah diri sendiri, dan mahu mempertahankannya sekalipun dengan air mata darah dan nyawa. Sudah sanggup membangun sendiri cara dan sistem Islam dalam kehidupan sekalipun diancam dan dikecam dengan segala tekanan dan ancaman.

Apabila umat Islam sudah jadi begitu, yakni sudah kembali kepada maruah diri, tunggulah, sejarah kegemilangannya akan berulang kembali. Apa yang telah dicapai oleh Rasulullah, para sahabat dan seluruh salafussoleh akan pulang kembali ke tangan kita, insyaAllah. Sebab kejayaan mereka itu sebenarnya adalah kerana mereka ialah umat yang bermaruah tinggi dan sangat serius mempertahankannya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions