JOM SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL SAHAM
Sila Klik di 👆🏻 Saham Akhirat
Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK RAMADHAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020
Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarangialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
2. Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.
3. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.
- Tajaan majlis berbuka dan tajaan sahur / Jemputan berbuka puasa @ sahur
- Tajaan pakaian (JUBAH L & P) , kasut, tudung, songkok dan kelengkapannya
- Sumbangan duit raya untuk anak-anak dan staf & kelengkapan raya (biskut dan lain-lain)
- Zakat : zakat simpanan, zakat emas / kenderaan baru @ terpakai
- Alatan media baru @ terpakai / peralatan elektrik
4. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian :-
* 03-80523814 / 011-69889829 (Pejabat RALK)
* 018-6645973 (Pn Fatimah) / 011-37037672 (Pn Aiman)
5. Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kami sama ada dalam bentuk tunai mahupun Cek atas nama (MBB) :
- Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
- Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661
Sekian,terim kasih.
“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita”
Leave a Reply