BERSAMA MASYARAKAT

Bermasyarakat perlu bekerjasama

Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama

Berkorban tenaga, menyumbang harta

Ikhlasnya hati waktu bekerja

Kemungkaran sama-sama membasmi dan mencegahnya

Jangan biarkan ia bertapak di dalam kehidupan

Kerana ia perosak perpaduan

Kena tumpaskan waktu ia bermula

Bertolak ansur di dalam pergaulan

Sabarlah menerima ujian

Lupakanlah kesalahan kawan

Maaf-bermaafan perlu ada

Kesalahan kita jangan dilupakan

Memohon maaf kenalah ada

Sikap itu sangatlah mulia

Allah Taala suka, manusia juga suka

Panjatkanlah doa kepada Tuhan

Memohon pertolongan kepada-Nya

Usaha kita tiada berkesan

Bantuan Tuhan perlu ada

Anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih dijemput hadir ke majlis bersama para pelatih Kolej Antarabangsa Kirby, Cyber Jaya – Sesi taklimat

 

Suasana program bersama Kolej Kirby

 

Anak-anak RALK membuat persembahan dihujung majlis di Kolej Kirby.

 

Para tetamu dari Macdonald yang singgah di RALK pada pagi Ahad

 

Wakil Macdonald Puchong, seramai 10 orang yang menziarahi RALK

@ sup bonser restoran..yasin dan tahlil

Anak-anak RALK dijemput hadir ke majlis bacaan Tahlil dan Yasin di Restoran Sup Bonser

 

Anak-anak RALK yang diberi peluang mengikuti eksplorasi sains di UKM Bangi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions