TERIMA KE BAJU TERPAKAI?

Nak bagi baju terpkai aje,tak ada apa nak bagi,terima ke?”

“Maaflah ini je yang saya boleh bagi.Sumbangan duit,gaji akak tak masuk lagi”

“Tak banyak maaflah,ada yang cantik-cantik tu nanti pilihlah”

Kata-kata  yang sering kami terima jika ada yang hendak menghantar pakaian terpakai. Jangan risau RUMAH  LIMPAHAN KASIH (RLK) sangat mengalu-alukan apa jua pakaian atau barangan terpakai.Ini adalah salah satu usaha dana pencaraian kami untuk perbelanjaan harian yang sangat tinggi.Memandangkan ekonomi sekarang sangat tinggi ditambah dengan pelbagai jenis cukai dan kos sara hidup sehingga ada kategori miskin bandar.

Rumah Limpahan Kasih (RLK) tidak hanya mengharap bantuan kewangan,kami berdikari disamping melatih anak-anak dalam pelbagai bidang kemahiran. Salah satu aktiviti mereka akan bersama-sama berlatih menjadi peniaga dan belajar untuk melayan pelanggan dengan kata-kata yang menarik hati. Ragam pelanggan yang perlu dihadapi itu semua untuk melatih mereka menghadapi ragam manusia apabila mereka tamat belajar di sini kelak. Hati juga turut dilatih supaya pandai berhubung dengan Allah.Merintih agar didatangkan pelanggan yang sudi membeli untuk sama-sama membantu Rumah Limpahan Kasih.

Sekiranya ada pertanyaan berkenaan perkara ini, boleh hubungi Di talian :-

Terima kasih atas perhatian Tuan/Puan.
Semoga Allah merahmati dan melapangkan rezeki Tuan/Puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions