Category Archives: Berita

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah ibubapa yang mempunyai anak-anak tidak mendengar cakap, malas dan tidak fokus. Apa yang terjadi ketika ini, ibubapa hanya mampu menangis, sedih dan kecewa melihatkan anak-anak di depan mata mereka berubah sedikit demi sedikit menjadi anak yang hilang potensi diri, bermasalah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif.

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS tampil menawarkan usaha ikhtiar mengubah anak-anak agar sedar tentang potensi diri, bersikap serius mengenai solat 5 waktu, cintakan ilmu, menyayangi ibubapa dan guru-guru, berakhlak mulia serta memulakan usaha membaiki / meningkatkan diri menjadi anak / remaja yang menyejukkan hati ibubapa / guru!!

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS menawarkan:

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!
(Tempat Terhad – Daftar segera untuk masa depan anak anda!!)

Moto Kem ini ialah “Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!”
Ianya Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan

Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS – (03-80523814 / 019-6226183)

Tempat KEM:
Sek. Men. Islam Zadut Taqwa
(Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman,
Puchong, Selangor

Penyertaan: Sila pilih tarikh !!!
Tarikh (A): 22 Hingga 26 November 2015 (Ahad – Khamis)
Tarikh (B): 6 Hingga 10 Disember 2015 (Ahad – Khamis)

Umur Peserta:
Kumpulan 1: 10 tahun – 13 tahun
Kumpulan 2: 14 tahun – 16 tahun
Kumpulan 3: 17 tahun ke atas

HUBUNGI :
Ust Haji Johari: 019-6226183
Pn Wan Nor: 013-2576200
Ust Abu Zar: 018-5717490

Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:

1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
– Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK

2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
– Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk

3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
– Kaedah tasmik harian selama 6 hari.

4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai

5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran –

6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
– Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.

7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
– Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.

8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) – Senaman berirama nasyid

9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) – Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program

10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
– Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama

11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
– Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama

12. Ekspedisi khas – sembang dan lepak
– Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi

13. Program Mengasah Minda & Menyuburkan rohaniah:
– Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran membina
kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
– Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.

15. Program taklimat khas untuk ibubapa
– Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan
apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.

_________________________________________________________________________
SUMBANGAN (5 HARI 4 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang – hanya RM650)
Kami sediakan penginapan, makan-minum, pengisian, aktiviti, kenderaan, t-shirt program, cenderahati dll. (Bawa buku tulis, selimut, bantal, kain basahan, kain pelikat, songkok/kopiah, pakaian (termasuk pakaian riadhah) dan kelengkapan diri)

AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: MAYBANK:562777220661

Jika anda mendaftarkan anak anda bersama anak jiran anda atau bersama anak saudara mara anda SERAMAI 5 ORANG sebelum 7 NOVEMBER 2015, sumbangan penyertaan kesemua mereka ialah hanya: RM690.00

SALAM MAAL HIJRAH 1437 – HATI TEMPAT LETAK PANDANGAN ALLAH

Seluruh warga Rumah Amal Limpahan Kasih ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1437 Hijrah kepada semua para penyumbang dan dermawan serta semua golongan masyarakat yang telah menabur bakti kepada penghuni RALK. Muga-muga Allah memberkati dan merahmati tuan puan dan kami mendoakan agar Allah membalas segala jasa tuan puan sekelian dengan sebaik-baiknya. Aamiin.

HATI TEMPAT LETAK PANDANGAN ALLAH

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya’ ” Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.” Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.” Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.” Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya.

Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, ” Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan. Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Muga-muga Tuhan selamatkan kita semua di dunia dan Akhirat dengan berkat Nabi Muhammad SAW yang tercinta dan para kekasih Allah.

Selamat Hari Raya Aidiladha

IMG-20150924-WA002

Meriahkan Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban / Aidil Adha

Ia lebih besar dari Raya Aidil Fitri

Sambutlah ia dengan takbir dan salam 4 hari

Meriahkan juga dengan sembahyang sunat dua rakaat serta mendengar khutbahnya

Ceriakan lagi dengan takbir dan tahmid di merata-rata tempat

Di jalan-jalanraya, di lorong-lorong, di dalam kereta apatah lagi di masjid

Begitulah sepatutnya mengikut Sunnah Nabi

Agar dengan syiar-syiar itu kita membesarkan Aidil Adha

Jangan lupa ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat handai

Juga kaum Muslimin apatah lagi yang kita kenal

Bersalam-salamanlah dan bermaaf-maafanlah sesama mereka

Agar kasih sayang, rasa ukhwah berbunga semula

Elok juga dibuat rumah terbuka ditetapkan masa

Semua kaum-kaum pelawa datang, tidak mengapa tidak ada salahnya

Agama Islam menggalakkan hidup yang harmoni

Di hari raya elok diambil peluang melahirkan sebab-sebabnya

Ayuh marilah kita meriahkan Aidil Adha dengan takbir dan tahmid

Bukan dengan pergaulan, berjoget-joget dan lawak jenaka

Meriahkan juga dengan ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan

Ditambah lagi menolong fakir miskin dan siapa juga yang mendapat kesusahan

IMG-20150922-WA004_edit

IMG-20150922-WA006

IMG-20150924-WA036

IMG-20150924-WA012

IMG-20150924-WA015

IMG-20150924-WA016

 

IBADAH QURBAN 2015

Image result for image ibadah qurban

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

Semoga Dato / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari berada di dalam rahmat Allah.

Di sini kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, ingin mewar-warkan dan menjemput kepada yang berminat untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di Pusat Kebajikan kami,

1. Seekor lembu bernilai RM3800.
2. Sebahagian lembu bernilai RM550.
3. Seekor kambing bernilai RM900.

Semoga amalan ibadah Qurban kita menjadi jaminan untuk kita ke Syurga-Nya. Amin.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami – Ustaz Usamah Abd Rashid di talian 0126453582..

Sekian, terima kasih.‎

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RALK 29hb JULAI 2015

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Amal Limpahan Kasih telah berlangsung di perkarangan RALK pada hari Rabu 29hb Julai 2015 dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Diucapkan terima kasih kepada semua para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut.

Alhamdulillah segala juadah untuk para tetamu disediakan oleh warga dewasa dan anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih, begitu juga dengan persembahan-persembahan nasyid untuk menghiburkan para hadirin.

IMG-20150729-WA024

IMG-20150729-WA025

IMG-20150729-WA027

IMG-20150729-WA028

IMG-20150729-WA029

IMG-20150729-WA031

IMG-20150729-WA032

IMG-20150729-WA033

IMG-20150729-WA035

IMG-20150729-WA036

IMG-20150729-WA037

IMG-20150729-WA038

IMG-20150729-WA039

IMG-20150729-WA040

IMG-20150729-WA042

IMG-20150729-WA043

IMG-20150729-WA044

IMG-20150729-WA045

IMG-20150729-WA046

IMG-20150729-WA048

IMG-20150729-WA049

IMG-20150729-WA050

IMG-20150729-WA051

IMG-20150729-WA052

IMG-20150729-WA053

IMG-20150729-WA062

IMG-20150729-WA063

Call Now
Directions