Category Archives: Berita
Fertigasi Cili Padi
|
|||
Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.
Kelebihan Sistem Fertigasi
|
Dengan kerjasama RALK dan pihak UITM (CaRE) inilah hasilnya:
Lebih 10kilo hasil cili yang dapat dikutip dari 200 batang pokok cili.
BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN
RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
(PUSAT KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN UNTUK : ANAK YATIM, ANAK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL & GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT) ,
Lot: 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Jln. Jurutera, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03 80618050, 03 80523814
Fax : 03 80607514 Email : limpahankasih2@gmail.com.my
Website: www.rumahamallimpahankasih.org
Ruj Kami : 07/RALK/bil.11/2015
Ruj Tuan :
Ybhg Tuan/Puan,
BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Anak-anak seramai 100 orang yang menjadi penghuni di asrama RALK bersekolah di Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 3 yang terletak di bahagian atas kompleks asrama RALK. Selain mereka, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Anak Yatim Se-Malaysia kelolaan RALK yang mana mereka sering di bawa menyertai aktiviti RALK.
3. Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela mereka.
4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat yang abadi.
• TAJAAN BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
• JEMPUTAN BERBUKA PUASA
• TAJAAN PAKAIAN,KASUT,TUDUNG,SONGKOK
• SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAKah
• SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA
5. Untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian 03-80523814/
03-80618050 (Pn Yani/Pn Aiman) atau di talian 0193838015 (Pn Sumaiyah).
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:
• Maybank Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
• Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
• Public Islamic Bank : Limpahan Kasih Solutions : 3-81236671-7
Sekian, terima kasih.
Yang Memegang Amanah
Sumayyah Mohd Jawas
“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita”
——————————————————————————————————-
BORANG SUMBANGAN/ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
Saya/ Syarikat : ……………………………………………………………………………………………………………………………………
Alamat ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
No Faks :……………………………………………………………………………………………………………………………………….
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
1. Wang Tunai / Cek :
Maybank 562777220661 (Limpahan Kasih Solutions)
Maybank 562777200627 (Pusat Pendidikan Limpahan Kasih)
Public Islamic Bank 3-81236671-7 (Limpahan Kasih Solutions)
2. Zakat : Zakat Simpanan/ Zakat Harta/ Zakat Perniagaan :………………………………………………………..
Sumbangan berikut adalah diniatkan untuk :
• Tajaan berbuka puasa bagi (nyatakan hari dan hari ke …………………….Ramadhan)
• Tajaan jemputan berbuka puasa dan sahur (nyatakan hari dan hari ke…………………..Ramadhan)
• Tajaan pakaian, kasut,tudung, songkok raya untuk :………………….orang : RM……………….
• Tajaan duit raya :RM………………………( wang tunai/cek ) Untuk …………………….orang.
• Sumbangan kuih raya dan jamuan raya : RM………………………………..
*Kami juga menjual pelbagai jenis biskut raya untuk jualan amal RALK. Sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk sendiri atau disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin, boleh hubungi kami di talian 03-80523814/03-80618050 ( Pn Yani/ Pn Aiman) atau 0193838015(Pn Sumaiyah)
Niat Hadiah Pahala :
“Adalah saya dengan ini menghadiahkan pahala sumbangan yang saya lakukan ini, sekiranya ada nilai disisi Allah,untuk arwah :
a) d)
b) e)
c) f)
“Semoga Allah memberkati segala usaha yang diberikan dengan ganjaran yang baik.”
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH KEMBALI LAGI !!!
Tarikh: 16 Mac Hingga 19 Mac 2015 (Isnin – Khamis)
(Cuti Pertengahan Penggal 1/2015)
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS
(03-80523814 / 019-6226183)
Tempat KEM: Sek. Men. Islam Zadut Taqwa
(Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman,
Puchong, Selangor
Umur Peserta: 10 – 13 tahun / 14 – 16 tahun / 17 tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI: Ust Haji Johari: 019-6226183 / Ust Norhan
011-27273314 / Pn Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
– Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK
2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
– Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk
3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
– Kaedah tasmik harian selama 4 hari.
4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai – Tazkirah yang diutamakan; tidak rasmi
5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran – Proses “RECALL” / muhasabah diri
6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
– Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.
7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
– Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.
8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) – Senaman berirama nasyid
9. Hiburan Berpendidikan (Tarbiyah) – Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program
10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami
– Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama
11. Nasyid tema Kem Motivasi Ala Madrasah dan seni kebudayaan Islam
– Terdapat 3 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama
12. Motivasi pembinaan potensi diri
13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
– Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.
14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
– Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.
15. Program taklimat khas untuk ibubapa
– Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.
___________________________________________________
SUMBANGAN (4HARI 3 MALAM): RM197.00
(Penyertaan 4 orang hanya RM497.00)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661
SYARAHAN INAUGURAL PROF DR. LATIFFAH A. LATIFF – CARE UPM
Pada 7 November 2014 telah diadakan satu syarahan inaugural oleh Profesor Dr. Latiffah A. Latiff yang bertajuk “Transformasi Kesihatan Wanita ke Arah Kesejahteraan Komuniti”. Syarahan ini telah diadakan tepat pada pukul 9.45 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Komputer, UPM. Seramai lebih kurang 349 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan UPM, keluarga serta rakan lama Prof. Dr. Latiffah. Majlis pembukaan telah diserikan oleh anak-anak penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.
Sumber: Facebook CaRE UPM
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH 1
Berikut adalah gambar-gambar kenangan di sepanjang program KEM MOTIVASI ALA MADRASAH anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS
Tempat KEM : Sek. Men. Islam Zadut Taqwa (Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor