Category Archives: Berita
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
Sesi Taklimat Khas Untuk Ibubapa
Bagaimana nak tahu anak anda sudah pandai menipu anda? Bagaimana mahu memantau pergerakan dan pergaulan anak remaja anda semasa anda tiada di rumah? Mengapa anak anda tidak mahu berkongsi masalahnya dengan anda? Apa akan berlaku jika rakan atau teman anak anda mula mengajak anak anda keluar tanpa pengetahuan anda?
Kuncinya ialah pada didikan dan tarbiyah untuk anak anda. Bagaimana proses tarbiyah ini boleh dilakukan oleh ibubapa yang sibuk. Bahkan ada ibubapa merasakan diri mereka tidak mampu menjadi pendidik yang baik untuk anak-anak mereka…. Semuanya perlukan jawapan.
Untuk itu anda perlu berusaha hadir mengikuti sesi taklimat khas untuk ibubapa. Semua yang datang menghantar anak mereka bagi mengikuti KEM MOTIVASI ALA MADRASAH di Puchong pada 8 Disember nanti akan berpeluang mendapatkan jawapan serta teknik yang perlu dilakukan. Banyak pendekatan rohaniah dan lahiriah yang hanya akan diketahui daripada tokoh-tokoh yang terbukti telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Mereka akan menceritakan pengalaman mereka.
Inilah yang akan kami kongsikan bersama para ibubapa nanti. Selamat datang ke KEM MOTIVASI ALA MADRASAH..
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat KEM : Sek. Men. Islam Zadut Taqwa (Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor
Tarikh : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin – Sabtu)
Umur Peserta : 10 – 13 tahun / 14 – 16 tahun / 17 tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI : Ustaz Mokhtar: 01121949613 / Ust Haji Johari: 019-6226183 / Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
– Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK
2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
– Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk
3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
– Kaedah tasmik harian selama 6 hari.
4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai – Tazkirah yang diutamakan; tidak rasmi
5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran – Proses “RECALL” / muhasabah diri
6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
– Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.
7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
– Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.
8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) – Senaman berirama nasyid
9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) – Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program
10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
– Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama
11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
– Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama
12. Ekspedisi khas dan rehlah dengan bas ke Putrajaya dan Lembah Kelang
– Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi
13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
– Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran
membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.
14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
– Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.
15. Program taklimat khas untuk ibubapa
– Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.
________________________________________________________________________________
SUMBANGAN (6HARI 5 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang hanya RM500)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661
MAJLIS AIDILFITRI 2014 DI RALK
Pada Ahad 10hb Ogos 2014 yang lalu, Pentadbiran dan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri diiringi dengan Mini Karnival Kesihatan / Keusahawanan anjuran bersama UNIKL dan CARE UPM.
Acara telah berlangsung dari 8.00 pagi hingga jam 11.00 malam. Pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma telah diaturkan untuk para pengunjung. Di sebelah malam, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan oleh Generasi Harapan.
ANAK-ANAK RALK DI BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan rahmat Allah segala-galanya terbuka luas
Berkatnya terbuka luas di mana-mana
Keredhaan-Nya terbuka sepanjang Ramadhan
Keampunan-Nya terbuka siang dan malamnya
Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat
Ia diganda-gandakan dibandingkan di bulan biasa
Rahmatnya melimpah ruah
Kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
Tapi mampukah kita memperolehi itu semua?
Layakkah kita mendapatkannya?
Kitakah orangnya yang memperolehi keistimewaan itu?
Kalaulah di bulan Ramadhan itu lahir kita sahaja yang meriah
Disambut pula dengan pesta makan minum
Fikiran dan jiwa kita tidak pun berubah
Maka keistimewaan Ramadhan bukan untuk kita
Keistimewaan itu adalah untuk orang yang bertaqwa
30.12.1998 Selepas Asar
APi CHARITY WORK : Lawatan Ke Rumah Amal Limpahan Kasih
Last week APi crew went to an orphanage home located in Batu13 Puchong to visit the kids in there. The kids range from as young as 3 right up to 18 and some of them went to school and classes. The kids thoroughly enjoyed themselves on the day that we went, we brought the kids some daily supplies that they needed.
Below are the details of the orphanage home we went :
AP Charity : Lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih (8 photos)
Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri Aman, Bt13, Puchong, Selangor Darul Ehsan
Pusat Kebajikan Yang Menaungi :
1) Anak-Anak Yatim
2) Fakir Miskin
3) Asnaf Zakat
4) Ibu Tunggal
Akaun Bank : Maybank 562777200627 – Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
Website : www.rumahamallimpahankasih.com
MENGHIDUPKAN SUNNAH NABI
Anak adalah anugerah Allah SWT yang berharga di dunia ini. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melaungkan azan di telinga bayi, melakukan ibadat aqiqah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan iaitu amalan tahnik.
Apa itu tahnik?
Dalam istilah orang kampung, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah Nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa.
Membelah Mulut (Tahnik)
Disunatkan membelah mulut bayi dengan buah kurma sama ada bayi lelaki atau pun perempuan. Dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut kemudian di sapukan pada mulut (lelangit) bayi sehingga masuk sedikit ke dalam mulutnya, kemudian dibuka mulutnya sehingga turun kedalam perut bayi walaupun sedikit. Kalau tidak ada buah kurma maka boleh digunakan sesuatu yang manis. .[1] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2750.
Beberapa Hadits Tentang Tahnik
Dalil sunatnya tahnik ialah:
Al-Imam Bukhari dalam Sahihnya mentakhrijkan hadis dari Asma’ binti Abi Bakr. Dari Asma’ binti Abu Bakr (semoga Allah meredhai keduanya) bahawa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkannya di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah s.a.w. maka Rasulullah s.a.w. meletakkan Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Rasulullah s.a.w. meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian Rasulullah s.a.w. memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalu Rasulullah s.a.w. kemudian Rasulullah s.a.w. mentahniknya, lalu Rasulullah s.a.w. pun mendoakannya dan mendoakan keberkahan kepadanya”.
Dalam sahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) dari Abu Musa Al-Asy’ari, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w. memberinya nama Ibrahim dan kemudian mentahniknya dengan kurma”. Dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka Rasulullah s.a.w. mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku”.
Penjelasan Ilmiah
Sesungguhnya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakin kecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.
Oleh kerana itu, bayi prematur (lahir sebelum dewasa), beratnya kurang dari 2.5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, anak yang lahir dengan berat badan di atas 2.5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml. Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit:
1. Bayi tidak mahu untuk menyusu.
2. Otot-otot melemas.
3. Berhenti secara terus-menerus aktiviti pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan.
4. Kontraksi atau kejang-kejang.
Terkadang boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti:
1. Insomnia.
2. Lemah otak.
3. Gangguan saraf.
4. Gangguan pendengaran, penglihatan, atau keduanya.
Kejang-kejang secara berpanjangan dan kronik.
Apabila hal-hal di atas tidak segera ditangani atau diubati maka boleh menyebabkan kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, iaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, baik dalam mulut, mahupun pembuluh darah.
Perbahasan
Sesungguhnya perbuatan Rasulullah s.a.w. mentahnik bayi-bayi yang baru lahir dengan kurma setelah dilumatkan dan kemudian memasukkannya ke mulut bayi, kemudian mentahniknya (mengolehkan lumatan kurma di lelangit mulut) adalah memiliki hikmah yang agung. Sebab, kurma memiliki kandungan gula “glukosa” dalam jumlah yang banyak, khususnya setelah dilumatkan di mulut sehingga bercampur dengan air liur, dimana air liur mengandungi sejumlah enzim khusus yang boleh mengubah glukosa menjadi gula asli. Air liur juga boleh melumatkan zat-zat gula. Sehingga bayi yang baru lahir dapat mencerna kurma lembut itu dengan baik. Dan karana mejoriti, bahkan semua bayi memerlukankan zat gula dalam bentuk “glukosa” ketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh menjauhkan bayi dengan izin Allah Subhannahu wa Ta’ala dari kekurangan kadar gula yang benyak.
Disunnahkan tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi yang sangat penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad s.a.w. menurut ilmu perubatan di mana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat memerlukan dengan kadar segera, iaitu memberikan zat gula. Sekarang ini juga pihak hospital sudah banyak mengamalkan untuk memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh bayi atau anak kecil setelah lahir, kemudian barulah ibu menyusunya.
Sesungguhnya hadis-hadis Nabi s.a.w. yang mulia berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature. Prematur adalah di antara penyakit yang sangat berbahaya, karana bayi memiliki kandungan glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad s.a.w. secara medik, padahal perkara itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.
Berdasarkan apa yang telah disebutkan ulama bahawa, disunatkan membawa bayi setelah kelahirannya kepada orang soleh dan bertakwa untuk mentahnik mereka dan mendoakan kebaikan dan keberkatan untuk mereka.
Cara-cara tahnik :
Kelengkapan yang diperlukan dalam upacara tahnik:
-Air zam-zam @ air mutlak.
-Air cuci tangan.
-Buah tamar @ kismis.
-Sudu kecil (yang sesuai dengan bayi).