Category Archives: Berita
FORUM PERDANA PUTRAJAYA
Baru-baru ini anak-anak remaja SMIGI Puchong / Rumah Amal Limpahan Kasih dijemput hadir ke majlis Forum Perdana di Putrajaya. Mereka di iringi oleh beberapa orang pengajar dan sempat mereka bergambar dengan ahli-ahli Forum sebagai kenangan.
BERSAMA MASYARAKAT
Bermasyarakat perlu bekerjasama
Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama
Berkorban tenaga, menyumbang harta
Ikhlasnya hati waktu bekerja
Kemungkaran sama-sama membasmi dan mencegahnya
Jangan biarkan ia bertapak di dalam kehidupan
Kerana ia perosak perpaduan
Kena tumpaskan waktu ia bermula
Bertolak ansur di dalam pergaulan
Sabarlah menerima ujian
Lupakanlah kesalahan kawan
Maaf-bermaafan perlu ada
Kesalahan kita jangan dilupakan
Memohon maaf kenalah ada
Sikap itu sangatlah mulia
Allah Taala suka, manusia juga suka
Panjatkanlah doa kepada Tuhan
Memohon pertolongan kepada-Nya
Usaha kita tiada berkesan
Bantuan Tuhan perlu ada
AKTIVITI-AKTIVITI DI RALK DIHUJUNG MINGGU
Alhamdulillah, rezeki yang Allah limpahkan kepada anak-anak di Rumah Amal Limpahan Kasih di mana mereka sentiasa mendapat perhatian dari berbagai pihak sama ada mereka dijemput menghadiri berbagai majlis di luar atau menerima kedatangan pengunjung-pengunjung yang menganjurkan aktiviti di RALK sendiri
KURSUS KEPIMPINAN UNTUK ANAK-ANAK RALK
Pada 1-3hb Febrauri 2014 yang lalu beberapa pelajar RALK yang terpilih, diberi peluang mengikuti Kursus Kepimpinan anjuran GISB Holding Sdn Bhd / YKPPM. Mereka diberi pendedahan ilmiah serta penglibatan dalam aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan akal, fizikal dan roh.