Category Archives: Pengumuman
QURBAN AMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF (1444H)
Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1444H bersamaan / 29hb Jun 2023 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.
2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :
1. | Harga satu bahagian daripada seekor lembu | RM 860.00 |
2. | Harga untuk seekor lembu | RM 6,020.00 |
3. | Harga untuk seekor kambing | RM 1,200.00 |
3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Limpahan Kasih (RLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan silalah hubungi di talian berikut
- Whatsapp RLK : 011-69889829
- En Zahid : 011-28504073
- Pn Hajar : 018-3103127
4. Akhir kata RLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.
Sekian, terima kasih.
(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).
Yang berusaha,
(En. Zahid B Azhar)
PENGETUA
Mari sama-sama kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata;
“Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)
“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”
KEPERLUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2023
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.
3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.
4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661
Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR
5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.
Sekian, terima kasih.
SENARAI KEPERLUAN YANG DI PERLUKAN
BAJU SUKAN (LENGAN PANJANG) | 120 SET |
SELUAR SUKAN | 120 SET |
LENCANA SEKOLAH | 120 SET |
NAME TAG | 120 SET |
KASUT SEKOLAH HITAM | 120 PASANG |
MEJA BELAJAR | 50 SET (KERUSI &MEJA) |
MEJA GURU | 7 SET (MEJA & KERUSI) |
AIRCOND 2.0HP | 7 SET |
WHITEBOARD | 7 SET |
MAGNET WHITE BOARD ERASER | 20 SET |
BEG GALAS SEKOLAH | 120 SET |
KERTAS A4 (70GSM & 80GSM) | 30 REAM x 3 BOX x 2 BULAN |
KOTAK PENSIL | 120 SET |
FAIL (MAKLUMAT SEKOLAH & MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR) | 120 SET |
PEN (BIRU, HITAM & MERAH) | 10 DOZEN |
PEN MARKER (BIRU, HITAM & MERAH) | 10 DOZEN |
PEMBALUT BUKU LATIHAN & BUKU TEKS | 120 SET |
KERTAS LUKISAN | 10 DOZEN |
STAPLER | 10 DOZEN |
PUNCHER | 5 DOZEN |
PENSEL 2B | 10 DOZEN |
PEMADAM | 2 DOZEN |
PEMBARIS PANJANG | 120 SET |
PENGASAH PENSEL (BESAR) | 20 SET |
GAM STICK | 5 DOZEN |
GUNTING | 5 DOZEN |
PENSEL WARNA | 120 SET |
PENSEL BOX (KAIN) | 120 SET |
KRAYON | 120 SET |
BUKU NOTA | 120 SET |
BUKU GARIS PANJANG | 120 SET |
KALER AIR | 120 SET |
BERUS LUKISAN | 120 SET |
BOTOL AIR | 120 SET |
FACE MASK (HITAM / PUTIH) | 120 SET |
FACE MASK EXTENDER | 120 SET |
HAND SANITIZER | 120 SET |
BACK TO SCHOOL
🙂Assalamualaikum Wbt.
Salam Rindu,Para Dermawan Tuan/En/Puan/Cik Ydk.💞😇
Kami ingin mengajak dan membuka peluang kepada semua untuk sama-sama MEMBERI (MENANAM) SAHAM AKHIRAT bersama rumah limpahan kasih.🤲🏻
BERKONGSI REZEKI BERSEMPENA TAHUN BARU 2023 BERSAMA ANAK-ANAK LIMPAHAN KASIH🏠.
🤲🏻Pihak pengurusan Limpahan kasih ingin membuka peluang tajaan wang tunai untuk pembelian set seragam sekolah seperti berikut:-
SERAGAM SEKOLAH
- JUBAH PEREMPUAN & KARDIGEN – 120 HELAI
- TUDUNG – 120 HELAI
- KASUT – 120 PASANG
KOSTING SERAGAM SEKOLAH
- BAJU(JUBAH) – RM40
- TUDUNG – RM40
- KARDIGEN – RM30
- KASUT – RM30
TOTAL UNTUK SEORANG – RM140
KIRAAN :- RM140 x 120org = RM16,800
- SEORANG – RM140
- SEMUA – RM16,800
UNTUK PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI :-
📱WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
📱PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR
MAYBANK – PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH -56777200627
🌹TAHUN BARU 2023🌹
🙂Assalamualaikum Wbt.
Salam Rindu,Para Dermawan Tuan/En/Puan/Cik Ydk.💞😇
Kami ingin mengajak dan membuka peluang kepada semua untuk sama-sama MEMBERI (MENANAM) SAHAM AKHIRAT bersama anak-anak rumah limpahan kasih.🤲🏻
BERKONGSI REZEKI BERSEMPENA TAHUN BARU 2023 BERSAMA ANAK-ANAK LIMPAHAN KASIH🏠.
🤲🏻Pihak pengurusan Limpahan kasih ingin membuka peluang tajaan wang tunai untuk pembelian set seragam sekolah seperti berikut:-
SERAGAM SEKOLAH
JUBAH PEREMPUAN & KARDIGEN | 120 HELAI |
TUDUNG | 120 HELAI |
KASUT | 120 PASANG |
KOSTING SERAGAM SEKOLAH
BAJU (JUBAH) | RM 40 |
TUDUNG | RM 40 |
KARDIGEN | RM 30 |
KASUT | RM 30 |
TOTAL KESELURUHAN UNTUN SEORANG | RM 140 |
TOTAL KESULURUHAN RM 140 x 120 ORANG :- RM 16,800 |