Category Archives: Pengumuman
MEMBANTU PASTI AKAN DI BANTU😇
Sila Klik link di atas
Assalamualaikum wrt.
Kepada,
Tuan/Puan,
MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN SESI 2020 ANAK-ANAK ASRAMA RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK).
Dengan ini di maklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 120 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
2. Untuk pengetahuan puan buat masa ini, kami masih memerlukan sumbangan untuk melengkapkan keperluan sekolah memandangkan harga barang-barang semakin meningkat samada harga makanan, pakaian dan peralatan sekolah mahupun keperluan-keperluan diri pelajar.
3. Sehubungan dengan itu, RALK amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk membantu usaha membela anak-anak di sini dan menjaga serta mendidik mereka agar menjadi anak yang berjaya di masa hadapan.(Sila lihat lampiran di atas – SILA KLIK)
🏫 MEMBANTU AKAN DIBANTU 😊
#Mohon Share
#Mohon diperpanjang-panjangkan
Assalamualaikum wrt, Dato/Datin/Tuan/Puan yang Allah s.w.t. berkati..
🏫 RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH mengalu-alukan Tajaan/Sumbangan sempena RAMADAN & SYAWAL bersama warga RALK 2020/1441H. RALK membuka peluang tajaan :-
💎 – Sahur, Iftar dan Moreh satu hari/sepanjang RAMADAN
🍇 – Barangan asas dapur basah & kering
💎- Bayaran zakat, fidyah, sedekah dan infaq
💳 – Bayaran bil utiliti dan sewa
🧕🏽-Baju program seragam dan Baju raya
💎 – Persiapan Syawal baju raya,kasut raya,kuih raya dan duit raya untuk 140 pelajar perempuan dan 35 orang pelajar lelaki.
⇒ Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai. Bagi yang berminat untuk menyumbang, untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi.
☎ Pejabat RALK (03-80523814)
📲 Pn.Aiman – 011-37037672
📲 En. Abuzar – 018-571 7490
📲 Pn. Fatimah – 018-664 5973
📲 Call&WhatsApp RALK (011-69889829)
⇒ Atau boleh salurkan sumbangan terus ke alamat atau akaun berikut.
⇒ Alamat ⇉ Lot 115A, Lorong Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg. Seri Aman, Bt. 13, 47100 Puchong Selangor.
⇒ MAPS@WAZE ⇉ Rumah Amal Limpahan Kasih
⇒ Maybank ⇉ PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH – 5627 7720 0627
#Sekian, Terima Kasih.
MEMOHON PERUNTUKAN DANA KOMPLEKS KEMAHIRAN KAFE LIMPAHAN KASIH
Assalamualaikum.
Kepada,
Tuan/Puan.
Dengan ini di maklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 120 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
2. Untuk pengetahuan tuan/puan buat masa ini, kami masih memerlukan sumbangan untuk melengkapkan keperluan kompleks kemahiran kafe limpahan kasih.
3. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.(Sila lihat lampiran di bawah)
Pejabat :
03-8061 8050/ 03-80523814
018 – 6645973 (Puan Fatimah)
011 -37037672 (Puan Aiman)
011 – 69889829 (WhatsApp RALK)
Cek atas nama (MayBank) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 77200627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661
4. Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.Semoga segala usaha yang baik dari puan diberkati Tuhan.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
🙂 PENGENALAN 💞💖
Rumah Amal Limpahan Kasih, adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yg menaungi anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan golongan yang layak menerima zakat(asnaf zakat). Selain 120 org di asrama, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah mereka melebihi 300 org di mana mereka sering dilibatkan dengan pelbagai aktiviti RALK.
Rumah Amal Limpahan Kasih ini memulakan operasi pada Januari 2007 di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubahsuai menjadi asrama dan kelas pengajian. Hasil sumbangan semua pihak. RALK dapat membeli beberapa lot tanah berhampiran dengan harapan dapat membangunkan sebuah kompleks kebajikan dan pendidikan yang agak sempurna. Dengan bangunan sekolah, asrama dan rumah staff yang agak lengkap. Sebuah institusi pendidikan atas nama Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2017. Ianya beroperasi sepenuhnya dengan mengguna pakai Kurikulum Pendidikan Agama dan Bahasa Arab Bahagian Pendidikan JAIS.
Pihak Lembaga Pemegang Amanah RALK sedang berusaha meningkatkan kemudahan, kelengkapan serta prasarana yang sesuai agar dapat memberikan yang terbaik untuk semua penghuni RALK. Justeru kami amat menghargai keperihatinan semua pihak dalam menjayakan hasrat suci ini. Semoga Allah swt menggerakkan lebih ramai golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membahu dalam membela dan membantu proses mendidik anak-anak ini.
Projek Kemahiran & Keusahawanan
RALK membelanjakan sekurang-kurangnya 81K sebulan untuk kos operasi dan pengurusan pusat ini. Justeru RALK mengambil inisiatif menambah sumber pendapatan dengan mewujudkan beberapa projek perniagaan seperti :
1) Kafeteria dan khidmat katering Limpahan Kasih
2) kek dan bakeri – pembuatan dan pengedaran produk Donut, Kek, Bakeri dan produk sejuk beku.
3) khidmat Jahitan dan Barangan Terpakai (Bundle)
4) Menyediakan khidmat penyembelihan ayam mengikut syariat islam
5) Pusat Percambahan Taugeh
6) membela ayam kampung untuk makanan anak-anak dan jualan kepada masyarakat.
Walaupun aktiviti ekonomi ini belum berupaya menampung keperluan yang ada, sekurang-kurangnya ia sudah digerakkan. Alhamdulillah semua sedang semakin meningkat. Selain bertujuan menambah pendapatan RALK, projek-projek tersebut juga diharapkan dapat melatih anak-anak RALK selok belok perniagaan serta memberi pengalaman agar mereka boleh berdikari di masa hadapan. Harapan dan doa kami agar Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang sudi berganding bahu bersama RALK dengan membantu kehidupan insan yang kurang bernasib baik ini. Semoga segala sumbangan dalam mencukupkan keperluan lahiriah dan rohaniah mereka, dibalasi dan diganjari Allah dengan rezeki yang berkatnya melimpah ruah. Aamiin Ya Allah.
Fungsi RALK
- Pusat perlindungan dan asrama untuk anak2 yatim, miskin dan golongan asnaf.
- Pusat pendidikan dan pengajian untuk para penghuninya agar seimbang pada aspek rohaniah dan lahiriah. Rohaniah bermaksud mengusahakan hati yang kuat terhubung dengan Allah swt dan rindu pada Rasulullah saw. Manakala lahiriahnya dibimbing agar berkhidmat sebaik-baiknya untuk sesama manusia.
- Mengagihkan lebihan barangan keperluan asas berupa makanan, pakaian sekolah, alat tulis serta peralatan lain kepada asnaf yang di bawah naungan RALK di sekitarnya.
Prinsip RALK
Kesusahan adalah anak kunci kejayaan dalam pendidikan jiwa anak-anak. Kesusahan melahirkan insan berkualiti manakala kesenangan dan kemewahan adalah racun yang boleh membunuh jiwa mereka. Anak-anak RALK dilatih dengan ketabahan, kekuatan jiwa dan hubungan hati dengan Allah. Mendapatkan rasa takut setakut-takutnya pada Allah dan rindu serindu-rindunya pada Nabi SAW adalah usaha yang digerakkan secara berterusan.
Semuanya didapatkan melalui disiplin ibadah solat, selawat dan aktiviti kerohanian. Juga melalui kerja-kerja usrah yang dapat mengasah bakat kepimpinan, rasa tanggungjawab, meningkatkan kemahiran hidup dan keyakinan diri. Anak-anak RALK dilatih ke arah menjadi anak-anak soleh dan solehah, yang luar biasa, berketerampilan , peka dan kreatif serta sentiasa berbuat yang terbaik untuk menggembirakan orang lain.
Anggaran Perbelanjaan RALK 2020
NO | JENIS PERBELANJAAN | KOS |
1. | MAKANAN – ( 120 x RM 12 x 30 HARI ) | RM 43,200.00 |
2. | SEWA RUMAH | RM 5,800.00 |
3. | KENDERAAN (ANSURAN VAN, PETROL & TOL) | RM 4,000.00 |
4. | BIL AIR | RM 3,500.00 |
5. | BIL ELEKTRIK | RM 5,000.00 |
6. | BIL TELEFON | RM 360.00 |
7. | RAWATAN KESIHATAN | RM 1,500.00 |
8. | SAGUHATI SUKARELAWAN (30 ORANG) | RM 12,000.00 |
9. | ALAT MANDIAN | RM 500.00 |
10. | PENYELENGGARAAN | RM 2,000.00 |
11. | LAIN-LAIN PERBELANJAAN SAMPINGAN | RM 1,000.00 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM 78,860.00 |
No. Telelefon untuk Di hubungi :
- No telefon pejabat RAlK : 03-80523814 / 03-80618050
- Puan Fatimah – 018 6645973
- Puan Aiman – 011 37037672
- Call & WhatsApp RALK – 011 69889829
SUMBANGAN ONLINE
IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF 2019
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1440H bersamaan / 11hb Ogos 2019 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.
2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :
1. | Harga satu bahagian daripada seekor lembu | RM 630.00 |
2. | Harga untuk seekor lembu | RM 4,500.00 |
3. | Harga untuk seekor kambing | RM 900.00 |
3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan silalah hubungi di talian berik
- En Abu Zar : 018-571 7490
- En Usamah : 012-6453582
- Pn Aiman : 011-37037672
- Whatsapp : 018-2827910
4. Akhir kata RALK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.
Sekian, terima kasih.
(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).
Yang berusaha,
(En. Zahid B Azhar)
Pengetua - (Sekolah Islam Zadut Taqwa)
(Pn. Rashidah Bt Abdullah)
Pengurus - (Rumah Amal Limpahan Kasih)
“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”
BORANG IBADAH QURBAN AMAL :
Dengan ini dimaklumkan bahawa saya
____________________________________________________________________________ .
Alamat :
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________ .
No Telefon : __________________ . No H/P : ______________________ .
No I/C : ________________________________________bersetuju untuk menyertai Ibadah Qurban Amal ini.
Saya sertakan bayaran dan nama-nama seperti berikut :
Nama-nama peserta :
1.______________________________________ .
2.______________________________________ .
3.______________________________________ .
4.______________________________________ .
5.______________________________________ .
6.______________________________________ .
7.______________________________________ .
Pakej pilihan :
1. Membeli lembu untuk diqurbankan di tempat sendiri (dagingnya diagih-agihkan sendiri).
2. Membeli lembu untuk diqurbankan di tempat sendiri (dagingnya pihak penganjur akan ambil untuk diagih-agihkan).
3. Membayar harga seekor lembu / bahagian, saya / kami wakilkan pihak pengajur menguruskan penyembelihan dan mengagihkan dagingnya kepada golongan yang tersebut di atas :
1. | Harga untuk satu bahagian / nama | RM650.00 |
2. | Harga untuk seekor lembu | RM 4,300.00 |
3. | Harga untuk seekor kambing | RM 850.00 |
Wang tunai / cek ( cek atas nama Pusat Pendidikan Limpahan Kasih ) berjumlah : RM ___________________________ . No akaun : 562777200627 ( Maybank ).
Semoga sumbangan ini akan dapat membantu menjayakan serta melancarkan lagi kerja-kerja amal yang diusahakan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________________________ .
Nama: ________________________ .
“Orang Yang Baik Itu, Semakin Banyak Dia Melakukan Amal Kebaikan, Semakin Dia Rasa Seolah-Olah Belum Berbuat Apa-Apa Kebaikan”