IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024
Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, kami masih membuka peluang dengan menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan / 17 hb Jun 2024 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.
2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :
1. | Harga satu bahagian daripada seekor lembu | RM 860.00 |
2. | Harga untuk seekor lembu | RM 6,000.00 |
3. | Harga untuk seekor kambing | RM 1,200.00 |
3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Limpahan Kasih (RLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut :
- Whatsapp RLK : 011-69889829
- En Zahid : 011-28504073
- Pn Hajar : 014-7656275
4. Akhir kata RLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.
Sekian, terima kasih.
(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).
Yang berusaha,
(En. Zahid B Azhar)
PENGETUA
Mari sama-sama kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata;
“Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)
“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”
Leave a Reply