KEMAMPUAN MANUSIA TERBATAS
Kemampuan manusia serba terbatas
Pengetahuan, pendengaran, penglihatannya terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui
Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi
Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan, mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas
Berlainan sekali Tuhan, segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci daripada bandingan itu yang berfungsi
Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar
Kerana sifat Tuhan walaupun banyak tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat
Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa itulah yang berperanan mempunyai berbagai-bagai sifat yang telah disebutkan tadi
Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai sifat segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna, yang tidak perlu disempurnakan lagi
Manusia, setiap anggotanya mempunyai fungsi yang tersendiri atau berbeza-beza
Ada yang mendengar sahaja, ada yang mengetahui sahaja, ada yang melihat sahaja
Tuhan tidak begitu, Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita, Zat-Nya yang berperanan yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak, ia tetap satu
Zat-Nyalah yang mendengar, Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat, Zat-Nyalah yang berkuasa
Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa, masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar, masa itulah Dia melihat
Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci dan serba Maha
Leave a Reply