Mazhab Secara Terperinci
Hadis ada bermacam-macam darjat Ada hadis Sahih, hadis Mutawatir (ramai perawi yang menyatakan tentang hadis tersebut), hadis Hasan, hadis Dhaif, hadis Maudhu’. Hadis Maudhu’ ini bukan hadis tetapi direka-reka. Hadis Mutawatir adalah hadis yang tidak boleh ditolak, sangat sahih. Hadis Masyhur di bawah Hadis Mutawatir. Ada yang dikatakan Hadis Ahad. Sumbernya satu, satu jalan, satu line atau satu saluran. Setelah dikaji rawi-rawi sampai kepada Sayidina Abu Bakar, perawi itu orang yang sama. Seorang sahaja. Sumber lain tidak ada. Ada hadis yang banyak sumbernya dan banyak saluran.
Begitulah martabat hadis. Jadi hadis dibukukan setelah 300 tahun. Kemudian, ada mazhab. Mengapa timbul mazhab? Saya tidak hendak sebut mazhab-mazhab yang sesat. Sebab dalam Islam lahir 73 mazhab. Dari 73 mazhab itu, 72 mazhab sesat. Hanya satu sahaja yang dikatakan ahli sunnah wal jamaah. Dari situ menjadi 4 mazhab. Inilah mazhab yang sah, yang dianggap satu iaitu ahlisunnah wal jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:
- Mazhab Maliki
- Mazhab Hanafi
- Mazhab Hambali
- Mazhab Syafie
Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan Mazhab ini terkenal dengan Mazhab ahlulhadis. Imam Maliki tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk sahaja di Madinah, jadi dia banyak dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlul hadis.
Mazhab yang 4 ini dianggap satu, yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ahlisunnah wal jamaah. Perbezaannya bab-bab furuq, bukan bab pokok. Bukan soal-soal aqidah, bukan soal usuluddin. Hanya bab furuq seperti feqah dan syariat. Ada kelainan sedikit-sedikit. Perbezaan tidak payah saya katakan, takut panjang sangat. Cuma saya hendak cerita mengapa boleh timbul perbezaan. Perlu. Ia ada banyak sebab.
Perbezaan-perbezaan timbul kerana:
1. IQ Imam Mazhab tidak sama
2. Hadis belum dibukukan untuk jadi rujukan
3. Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama
4.Berbeza penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran
5. Berbeza pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan Hadis
Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit kelainan antara satu perkara. Ada Mazhab lain yang tidak perlu saya ceritakan, yang semuanya ada ilmu, yang ada kaitan dengan Islam.
Kedatangan pakar-pakar hadis adalah selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab di lahir di kurun yang pertama. Pakar-pakar hadis di kurun yang ke 3. Tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di kalangan pakar hadis itu yang buat mazhab. Kerana itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Mereka itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Padahal hadis di kepala mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Quran. Ertinya tempat rujuk ada pada mereka. Sepatutnya mereka boleh dan mampu buat mazhab tetapi mereka tidak buat. Mereka bermazhab dengan mazhab Syafie. Mengapa A sebut hal ini? Kerana sekarang ini, orang mudah sangat hendak tolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk pada Mazhab Syafie. Jadi jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Takkan kita pula tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak boleh hendak faham. Inikan pula beribu-ribu hadis. Saya rasa cukuplah setakat itu. Cukuplah untuk kita boleh jawab secara ringkas kalau ada orang bertanya. Sekian.
Leave a Reply