MEMOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM, MISKIN DAN ASNAF
Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 180 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu- pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
2. Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka. Anak-anak dari usia 13 sehingga 19 tahun, terdiri dari kalangan anak-anak yatim, miskin dan anak asnaf.
3. Untuk makluman para penyumbang RALK tiada penyumbang tetap dari mana-mana pihak syarikat kerajaan atau swasta mahupun individu. Kerana itu kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Jakel Trading dapat menaja baju raya buat anak-anak dan staf di sini.
4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak. Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan moga mendapat sebaik-baik kebaikan.
🛍 Tajaan Baju Raya anak-anak RALK –Anak-anak Lelaki (Jubah @ Kurta) & Anak-anak Perempuan (Jubah)
🛍 Tajaan Baju Raya sukarelawan RALK -Ustaz & Ustazah (Jubah)
Rumah Amal Limpahan Kasih
Lot 115 A, Lorong Bistari 3,
Jalan Jurutera, Kampung Seri Aman,
Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-80618050 / 03-80523814 /
Call & WhatsApp RALK : 011-69889829
Leave a Reply