MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN RAMADAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

JOM BERAMAL !!!
RAMADHAN AL MUBARAK 1441 HIJRAH / 2020

Sila Klik Disini

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN RAMADAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

Assalamualaikum,

Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK RAMADHAN DAN SYAWAL 1441 HIJRAH/2020

Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2.         Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.

3.         Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.

  • Tajaan majlis berbuka dan tajaan sahur / Jemputan berbuka puasa @ sahur
  • Tajaan pakaian (JUBAH L & P) , kasut, tudung, songkok dan kelengkapannya
  • Sumbangan duit raya untuk anak-anak dan staf & kelengkapan raya (biskut dan lain-lain)
  • Zakat : zakat simpanan, zakat emas / kenderaan baru @ terpakai
  • Alatan media baru @ terpakai / peralatan elektrik

4.         Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian :- 
* 03-80523814 / 011-69889829 (Pejabat RALK)
* 018-6645973 (Pn Fatimah) / 011-37037672 (Pn Aiman)

5.         Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kami sama ada dalam bentuk tunai mahupun Cek atas nama (MBB) : 

  • Pusat Pendidikan Limpahan Kasih      : 5627 7720 0627
  • Limpahan Kasih Solutions                    : 5627 7722 0661     

Sekian,terim kasih.

“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita” 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions