MENGISI KEMERDEKAAN

Marilah kita mengisi kemerdekaan kita dengan kebaikan
Untuk dunia kita lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat sana
Kita gunakan segala kekuatan yang ada pada kita
Untuk menghiasnya dengan ilmu, dengan harta
dan dengan seluruh jiwa raga
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menyumbang membina Negara
mengikut taraf mengikut kedudukan dan mengikut kemampuan yang ada
Saham setiap masa terbuka senantiasa terbuka
Siapa yang dapat ikut menyumbang
Ia adalah warga Negara yang setia
Malaysia perlukan kekuatan ekonomi
Agar boleh berdiri sendiri
Malaysia perlukan syariat
Untuk keselamatan dunia dan akhirat
Malaysia perlukan ilmu pengetahuan untuk kemajuan
Malaysia perlukan perpaduan untuk kekuatan dan kehormatan
Marilah menyumbang untuk Negara
Jangan tangguh-tangguh lagi
Marilah membina agama untuk kemuliaan Malaysia
Hindarkanlah kepentingan diri demi agama,bangsa dan Negara
Bila Negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati
Berkata-kata kita janganlah tersilap
Hindarkanlah kezaliman
Perangilah politik wang dan rasuah
Buanglah sifat fitnah memfitnah dan adu domba serta dadah
Jauhilah zina, arak judi dan berfoya-foya
Membuang masa yang sia-sia
Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta
Mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki
Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti
Kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali
Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti
Di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita
Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa
Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka
Bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia
Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan
Yang Maha Pencipta
Yang dunia ini adalah milikNya
Dan kita juga kepunyaanNya
Kemerdekaan ekonomi, tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan.
Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman
Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata
Mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.
Kemerdekaan fikiran, semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran
Tidak ada ketakutan dan kebimbangan memberi pandangan
Kemerdekaan kebudayaan setiap bangsa ada identiti yang tersendiri
Di sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi
Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka sendiri
Bukan ditiru dan budaya luar yang asing sekali
Kemerdekaan pendidikan, semua rakyat diberi peluang menerima pelajaran
Setiap orang diberi galakan menerima pengetahuan mengikut bidang
Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang
Tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang
Kemerdekaan agama, setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan
Tidak boleh menghina, tidak boleh memusuhi
antara satu sama lain, kerana agama
Tapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran
Agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang
Kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dan Tuhan

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang
Kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan
Padahal dia penentu kebahagiaan
dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia
Bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka
Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?
Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia
Merosakkan din sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda
laitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah
Kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan
Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah,
jatuh menjatuhkan yang memusnah
Merdeka daripada dendam kesumat,
bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas
Ria’, megah, mencari nama, ingin glamour,
yang ramai orang tersinggung dibuatnya.
Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari
Jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama,
maaf bermaafan sebagai budaya
lkhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati
Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
lnilah dia yang dikatakan ‘Kemerdekaan Sejati’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions