🌻 KISAH TELADAN AKHLAK RASULULLAH 🌻

🌻 KISAH TELADAN AKHLAK RASULULLAH 🌻

SALAM MAULIDURRASUL 1446 H Assalamualaikum semua, dihari yang penuh mulia ini mari kita menambah kan rasa rindu kepada baginda RSAW junjungan yang mulia dengan mengingati dan menghayati kisah2 kehidupan baginda rasul. 1)Kisah Teruskan »

🇲🇾SALAM KEMERDEKAAN🇲🇾

🇲🇾SALAM KEMERDEKAAN🇲🇾

💞🇲🇾🇲🇾🇲🇾SALAM KEMERDEKAAN YG KE-67🇲🇾🇲🇾🇲🇾💞 Daripada : Anak2 Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Puchong 🤗🤗 Semoga di hari kemerdekaan ini, kita bukan sekadar merdeka dari penjajah negara malah merdeka dari penjajah diri iaitu nafsu Teruskan »

🤲🏻😇KEPERLUAN BULANAN(OGOS)🤲🏻

🤲🏻😇KEPERLUAN BULANAN(OGOS)🤲🏻

KEPERLUAN PENGHUNI RUMAH LIMPAHAN KASIH Almari baju (IKEA) Blander heavy duty Rak kasut bertutup Bakul baju Troli Baju Bedak muka Sikat Minyak rambut Sikat kutu Ubat kutu Ubat gigi Shampoo Sabun badan Teruskan »

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

PUASA ASYURA عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ Teruskan »

KISAH TELADAN DARI AMALAN SEDEKAH

KISAH TELADAN DARI AMALAN SEDEKAH

1) Tukang Batu dan Doa Seorang Abid Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s pernah berjalan di sebuah desa. Di desa itu hidup seorang tukang batu. Berkatalah penghuni desa itu kepada Nabi Isa a.s: Teruskan »

MEMBURU SAHAM AKHIRAT

MEMBURU SAHAM AKHIRAT

💝Assalamualaikum wbt. ☘️Selamat sejahtera kepada tuan/puan yang dikasihi. 🌺Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan keredhoan Allah juga para kekasihNya. ☘️Kami dari Pusat Jagaan Limpahan Kasih ingin kongsikan keperluan anak- anak untuk Teruskan »

SAHAM AKHIRAT DI BULAN ZULHIJJAH

SAHAM AKHIRAT DI BULAN ZULHIJJAH

💫SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H / 2024M 💫 🌹BERBAKI LAGI 4 HARI🌹 💝Assalamualaikum Dato’/Datin/Tuan/Puan YDK.. apa khabar semua .. 🤗🤗Semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan Dato’/Datin/Tuan/Puan Teruskan »

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

Assalamualaikum,Kepada Yang Dihormati, Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, kami masih membuka peluang dengan menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan / 17 Teruskan »

BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN

BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ Teruskan »

KISAH IMAM BESAR

KISAH IMAM BESAR

Tulisan ini sungguh panjang… Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka… Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN… Teruskan »

 

MEMBURU SAHAM AKHIRAT

💝Assalamualaikum wbt.
☘️Selamat sejahtera kepada tuan/puan yang dikasihi.
🌺Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan keredhoan Allah juga para kekasihNya.
☘️Kami dari Pusat Jagaan Limpahan Kasih ingin kongsikan keperluan anak- anak untuk bulan ini.
🌺Pihak kami sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat sama-sama membantu anak-anak di sini di samping menjadi amal jariah tuan/puan di akhirat nanti.
☘️Semoga segala bentuk sumbangan dari tuan/puan yang dermawan dapat meringankan beban pengurusan di sini. Juga kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati hendakNya.
🌺 Semoga anak-anak PPJLK menjadi generasi yang bertaqwa dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara di masa depan.
Aamiiin ya rabbal ‘alamiin..🤲🏻🤲🏻

1️⃣ Keperluan dapur seperti :

  • Beras
  • Bihun
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • Ikan bilis
  • Tepung gandum
  • Biskut / roti
  • Telur
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Kordial air
  • Teh/kopi/vico
  • Santan kotak
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Susu tepung dewasa
  • dll

2️⃣ Keperluan mandian dan cucian seperti :

  • Sabun mandi
  • Sabun basuh baju
  • Ubat gigi
  • Pewangi pakaian
  • Pencuci lantai
  • Clorox

3️⃣ Bayaran bil TNB : (BILLER CODE – 5454)

📍1.Kawasan :- Asrama, Surau & Bilik Sakit
No Akaun :- 220099317807
Caj Semasa :- RM 2,222.55
Tertunggak :- RM 2,067.55
📍2.Kawasan :- Dapur & dewan makan
No Akaun :- 220111892801
Caj Semasa :- RM 1,048.99
Tertunggak :- RM 1,145.90

📌Maybank
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627

📌Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
011-6988 9829 (Pejabat) 014-765 6275 (Puan Hajar)

SAHAM AKHIRAT DI BULAN ZULHIJJAH

💫SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H / 2024M 💫

🌹BERBAKI LAGI 4 HARI🌹

💝Assalamualaikum Dato’/Datin/Tuan/Puan YDK.. apa khabar semua .. 🤗🤗Semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan Dato’/Datin/Tuan/Puan oleh Allah swt.🤲🏻🤲🏻

😇Maaf Dato’/Datin/Tuan/Puan, bersempena dgn raya Aidiladha yg bakal menjelang, kmi anak2 rumah limpahan kasih sedang mencari freezer 2 pintu utk mengisi daging2 korban yg akan disembelih dan diterima nnti..
Freezer yg ada skrg risau tak mampu nak menampung penyimpanan daging2 korban ini.
Berharap kepada dato’/datin/tuan/puan yang ingin bersama mengambil saham akhirat utk memberi sedikit sumbangan bagi keperluan tersebut..☺️☺️
Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan Dato’/Datin/Tuan/Puan diberkati dan dirahmati Allah selalu… Amiin ya rabbel ‘alamiin🤲🏻🤲🏻🤲🏻

MBB
5627 7720 0627
PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH

📌Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
01169889829 – pejabat

📌 Maklumat PPJLK :

https://www.tiktok.com/@limpahankasih?_t=8n1dMyDm5HF&_r=1

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

📌 Contoh keperluan freezer : https://shopee.com.my/-FREE-SHIPPING-Haier-Chest-Freezer-(750L)-BD-788HP-i.154039251.2493688613?xptdk=b7fc3d94-af40-4fb3-9b60-819c8641b38c

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, kami masih membuka peluang dengan menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan / 17 hb Jun 2024 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.

2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut : 

1.Harga satu bahagian daripada seekor lembuRM 860.00
2.Harga untuk seekor lembuRM 6,000.00
3.Harga untuk seekor kambing RM 1,200.00

3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Limpahan Kasih (RLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut :

  • Whatsapp RLK : 011-69889829
  • En Zahid : 011-28504073
  • Pn Hajar : 014-7656275

4. Akhir kata RLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.

Sekian, terima kasih.

(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).

Yang berusaha, 
(En. Zahid B Azhar)
PENGETUA

Mari sama-sama kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata;

“Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)

“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”

BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf’. Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.’ (HR Bukhari No: 5563) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menjadi insan yang berguna, sentiasa memberi bukan mengharap pemberian.

2.  Pemberian tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Sumbangan boleh dalam bentuk tenaga, harta, ilmu, kemahiran, nasihat yang berguna, buah fikiran yang baik, kepakaran yang dimiliki dan sebagainya.

3.  Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan menyumbang untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

4.  Bersedekah dan menyumbang menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah atau menyumbang sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

5.  Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain dalam bentuk harta, menjadi sedekah juga bagi kita apabila dapat  menyuruh kepada kebaikan.

6.  Jika tidak ada apa-apa yang boleh diberikan untuk kebaikan orang lain, maka tahan diri dari melakukan sebarang kejahatan. Kejahatan amat luas pengetiannya. Ia merangkumi kezaliman dengan mencerobohi nyawa, maruah, harta orang lain sama ada dengan perbuatan, perkataan, memek muka, tulisan, gambar, atau menyimpan dendam serta buruk sangka terhadap sesama manusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda “tahan dirimu dari kejahatan” bererti mendidik diri agar menjauhi kejahatan lahir dan batin.

7.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab dan akhlak mulia. Diajukan kepadanya soalan bertubi-tubi, namun setiap satunya dilayani dan dijawab dengan tenang tanpa mengherdik atau merendah-rendahkan si penanya.

KISAH IMAM BESAR

Tulisan ini sungguh panjang…
Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka…
Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN…
Sungguh Menyentuh Hati, Sebenarnya Imam Syafi’i memiliki Murid “Slow Learner” dan Begini Cara Beliau Mengajarnya.
__
Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.
Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.
Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.
Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.
Rabi’ rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi’i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.
Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.
Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?
Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”
Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.
Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.
Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.
Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?
Terima kasih utk ingatan ini.
Call Now
Directions