Tag Archives: allah kan ada

Jangan Resah Andai Ada yang Membencimu, Itulah Dari Allah Untuk Kamu Dimuliakan

Bersabarlah bila ada yang membencimu, kerana kebencian mereka padamu sebenarnya cara Allah agar hatimu menjadi lebih kuat. Maka, tidak usah merasa gelisah, selagi kamu sedar bahawa dirimu tidak pernah melakukan kesalahan pada mereka.

SETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi,bahkan yang akan terjadi adalah dari kehendak Tuhan Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi, di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi,di alam akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat,alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah,

Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Tuhan pada azali lagi Ia berlaku tepat pada masanya, tepat pada tempatnya,tepat pada keperluan makhluk-Nya,tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya

Bertentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya,pendengaran-Nya, penglihatan-Nya  Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, berlaku dengan kehendak Tuhan, bukan pula Tuhan menimbang-nimbang. Maha Suci Tuhan daripada menimbang-nimbang,kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia

Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Tuhan, berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya pada azali lagi Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali Dengan kehendak Tuhan setiap benda yang terjadi bukan dengan pertimbangan semasa, 

Maha Suci Tuhan Kerana Tuhan sudah sedia tahu setiap masa makhluk-NyaIa terjadi adalah berdasarkan kehendak Tuhan pada azali lagisesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-NyaDengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga

Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan,pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula Kalau kehendak Tuhan ada bermula,sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya

Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula.Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-NyaKehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain,tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-NyaSifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula.

Kalau begitu, satu sifat Tuhan sahaja kita faham, betapa hebatnya.Sungguh Maha Besar, Maha Agung,Maha Tinggi, dan Maha Suci.Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain.Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu sudah terasa agung-Nya Tuhan.Kalau begitu Tuhan patut dicintai, ditakuti,disembah dan dibesarkan.Tidak patutlah selama ini ,kita tidak mempedulikan Tuhan atau tidak ambil tahu tentang Tuhan.

 

5 Safar 1421
Call Now
Directions