Tag Archives: anak yatim 2019
PENGENALAN RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
🙂 PENGENALAN 💞💖
Rumah Amal Limpahan Kasih, adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yg menaungi anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan golongan yang layak menerima zakat(asnaf zakat). Selain 120 org di asrama, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah mereka melebihi 300 org di mana mereka sering dilibatkan dengan pelbagai aktiviti RALK.
Rumah Amal Limpahan Kasih ini memulakan operasi pada Januari 2007 di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubahsuai menjadi asrama dan kelas pengajian. Hasil sumbangan semua pihak. RALK dapat membeli beberapa lot tanah berhampiran dengan harapan dapat membangunkan sebuah kompleks kebajikan dan pendidikan yang agak sempurna. Dengan bangunan sekolah, asrama dan rumah staff yang agak lengkap. Sebuah institusi pendidikan atas nama Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2017. Ianya beroperasi sepenuhnya dengan mengguna pakai Kurikulum Pendidikan Agama dan Bahasa Arab Bahagian Pendidikan JAIS.
Pihak Lembaga Pemegang Amanah RALK sedang berusaha meningkatkan kemudahan, kelengkapan serta prasarana yang sesuai agar dapat memberikan yang terbaik untuk semua penghuni RALK. Justeru kami amat menghargai keperihatinan semua pihak dalam menjayakan hasrat suci ini. Semoga Allah swt menggerakkan lebih ramai golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membahu dalam membela dan membantu proses mendidik anak-anak ini.
Projek Kemahiran & Keusahawanan
RALK membelanjakan sekurang-kurangnya 81K sebulan untuk kos operasi dan pengurusan pusat ini. Justeru RALK mengambil inisiatif menambah sumber pendapatan dengan mewujudkan beberapa projek perniagaan seperti :
1) Kafeteria dan khidmat katering Limpahan Kasih
2) kek dan bakeri – pembuatan dan pengedaran produk Donut, Kek, Bakeri dan produk sejuk beku.
3) khidmat Jahitan dan Barangan Terpakai (Bundle)
4) Menyediakan khidmat penyembelihan ayam mengikut syariat islam
5) Pusat Percambahan Taugeh
6) membela ayam kampung untuk makanan anak-anak dan jualan kepada masyarakat.
Walaupun aktiviti ekonomi ini belum berupaya menampung keperluan yang ada, sekurang-kurangnya ia sudah digerakkan. Alhamdulillah semua sedang semakin meningkat. Selain bertujuan menambah pendapatan RALK, projek-projek tersebut juga diharapkan dapat melatih anak-anak RALK selok belok perniagaan serta memberi pengalaman agar mereka boleh berdikari di masa hadapan. Harapan dan doa kami agar Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang sudi berganding bahu bersama RALK dengan membantu kehidupan insan yang kurang bernasib baik ini. Semoga segala sumbangan dalam mencukupkan keperluan lahiriah dan rohaniah mereka, dibalasi dan diganjari Allah dengan rezeki yang berkatnya melimpah ruah. Aamiin Ya Allah.
Fungsi RALK
- Pusat perlindungan dan asrama untuk anak2 yatim, miskin dan golongan asnaf.
- Pusat pendidikan dan pengajian untuk para penghuninya agar seimbang pada aspek rohaniah dan lahiriah. Rohaniah bermaksud mengusahakan hati yang kuat terhubung dengan Allah swt dan rindu pada Rasulullah saw. Manakala lahiriahnya dibimbing agar berkhidmat sebaik-baiknya untuk sesama manusia.
- Mengagihkan lebihan barangan keperluan asas berupa makanan, pakaian sekolah, alat tulis serta peralatan lain kepada asnaf yang di bawah naungan RALK di sekitarnya.
Prinsip RALK
Kesusahan adalah anak kunci kejayaan dalam pendidikan jiwa anak-anak. Kesusahan melahirkan insan berkualiti manakala kesenangan dan kemewahan adalah racun yang boleh membunuh jiwa mereka. Anak-anak RALK dilatih dengan ketabahan, kekuatan jiwa dan hubungan hati dengan Allah. Mendapatkan rasa takut setakut-takutnya pada Allah dan rindu serindu-rindunya pada Nabi SAW adalah usaha yang digerakkan secara berterusan.
Semuanya didapatkan melalui disiplin ibadah solat, selawat dan aktiviti kerohanian. Juga melalui kerja-kerja usrah yang dapat mengasah bakat kepimpinan, rasa tanggungjawab, meningkatkan kemahiran hidup dan keyakinan diri. Anak-anak RALK dilatih ke arah menjadi anak-anak soleh dan solehah, yang luar biasa, berketerampilan , peka dan kreatif serta sentiasa berbuat yang terbaik untuk menggembirakan orang lain.
Anggaran Perbelanjaan RALK 2020
NO | JENIS PERBELANJAAN | KOS |
1. | MAKANAN – ( 120 x RM 12 x 30 HARI ) | RM 43,200.00 |
2. | SEWA RUMAH | RM 5,800.00 |
3. | KENDERAAN (ANSURAN VAN, PETROL & TOL) | RM 4,000.00 |
4. | BIL AIR | RM 3,500.00 |
5. | BIL ELEKTRIK | RM 5,000.00 |
6. | BIL TELEFON | RM 360.00 |
7. | RAWATAN KESIHATAN | RM 1,500.00 |
8. | SAGUHATI SUKARELAWAN (30 ORANG) | RM 12,000.00 |
9. | ALAT MANDIAN | RM 500.00 |
10. | PENYELENGGARAAN | RM 2,000.00 |
11. | LAIN-LAIN PERBELANJAAN SAMPINGAN | RM 1,000.00 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM 78,860.00 |
No. Telelefon untuk Di hubungi :
- No telefon pejabat RAlK : 03-80523814 / 03-80618050
- Puan Fatimah – 018 6645973
- Puan Aiman – 011 37037672
- Call & WhatsApp RALK – 011 69889829
SUMBANGAN ONLINE
PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN RASULULLAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan berkat Rasulullah SAW. Inilah singkapan sejarah hidup seagung-agung manusia di atas muka bumi ini. Kelahirannya telah mengubah kehidupan manusia daripada memperhambakan diri kepada makhluk kepada memperhambakan diri kepada Pencipta segala makhluk. Dia telah memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Lahir dari didikannya segolongan manusia yang telah dapat mengenali Tuhan seterusnya cinta dan takut kepada Tuhan itu. Merekalah sebaik-baik ummah yang pernah dilahirkan ke dunia ini.
Untuk memulakan sejarah ini wajarlah kita semak dahulu peristiwa sebelumnya agar kita juga dapat mengetahui sejarah bangsa-bangsa ketika itu. Nanti kita akan dapat melihat perbezaan mereka sebelum dan selepas kedatangan Rasulullah SAW. Kedatangan pemimpin daripada Tuhan itu telah merubah Jaziratul Arabiah dan dunia. Dalam masa hanya dua puluh tiga tahun, Rasul itu telah berjaya membawa bangsanya daripada sebuah bangsa yang diperhambakan kepada sebuah bangsa yang disegani lawan dan kawan. Semua itu hanyalah kerana mereka telah diperkenalkan kepada Allah SWT. Akhirnya mereka jatuh cinta kepada Zat Yang Maha Agung itu. Lalu mereka sangat takut terhadap-Nya. Akhirnya mereka telah layak menjadi pemimpin dan penyelamat kemanusiaan. Demikianlah rahmat besar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Benarlah kedatanganmu adalah rahmat, wahai Rasulullah SAW.
Allah Memerintahkan Nabi Ibrahim Membina Ka’bahÂ
Allah I telah memerintahkan Nabi Ibrahim membawa isteri dan anak kecil kesayangannya Nabi Ismail untuk ditinggalkan di Mekah. Mekah ketika itu hanyalah sebuah wadi gersang dan kering-kontang. Namun di situlah Ka’bah dibina oleh Nabi Ibrahim . Di situlah Rumah Allah dan tanahnya dimuliakan sebagai Tanah Haram. Demi menunaikan perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim telah meninggalkan isteri dan anaknya Nabi IsmailÂ
di situ. Siti Hajar merasa terkejut kerana di kawasan itu tidak ada air dan makanan bahkan tiada manusia dan kehidupan sama sekali. Namun dia akan ditinggalkan bersama seorang bayi kecil.Â
Ketika Nabi Ibrahim ingin meninggalkan tempat itu, Siti Hajar mengekorinya sambil bertanya kepada suaminya mengapa dia ditinggalkan sendirian di situ. Namun Nabi Ibrahim tidak mengendahkannya. Akhirnya Siti Hajar bertanya, “Apakah Allah yang memerintahkan agar aku ditinggalkan di sini?” Nabi Ibrahim menjawab, “Benar wahai isteriku.” Mendengarkan itu, Siti Hajar dengan hati yang beriman kepada Allah berkata, “Kalau begitu, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan kita.” Dia yakin, pasti akan ada pembelaan dari Allah, Tuhan yang Maha Baik itu. Tinggallah Siti Hajar di situ sendirian bertemankan si anak kecil.Â
Si anak menangis kehausan kerana susu Siti Hajar sudah mulai kering. Tiada yang boleh dilakukan olehnya melainkan meminta kepada Allah SWT. Sambil meminta kepada Tuhannya, Siti Hajar berlari ke bukit Safa. Dari Bukit Safa, dia berlari pula ke bukit Marwa dengan harapan ada orang lalu di situ. Namun tiada sesiapa yang ditemuinya. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang sangat yakin bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakannya, Allah telah menghantar Malaikat Jibril menyingkap telaga Zam-zam dengan hujung sayapnya. Lalu terpancarlah air itu dari hentakan kaki anak kecilnya, bakal seorang Nabi. Inilah sejarah Zam-zam yang kekal hingga ke hari ini.Â
Peristiwa ini berlaku selepas sebuah empangan besar di Yaman yang dikenali dengan nama Sad Ma’rib pecah. Ia adalah sebuah empangan besar yang menjadi sumber air dan sumber kehidupan kepada rakyat Yaman. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba’ yang terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini untuk menampung air hujan yang akan dimanfaatkan untuk keperluan harian dan pertanian mereka. Apabila mereka kufur terhadap nikmat-Nya, Allah SWT telah menghukum mereka dengan dipecahkan empangan itu menyebabkan berlakunya banjir besar. Akhirnya penduduk Yaman yang merupakan bangsa Arab terpaksa berpindah mencari kehidupan dan tempat tinggal yang baru. Sejak itu, bertebaranlah bangsa Arab ke seluruh Semenanjung Arab mencari kehidupan baru. Bani Tsaqif telah berpindah ke Taif, Bani Aus dan Bani Khazraj berpindah ke Madinah, Bani Ghasasinah berhijrah ke Syam, manakala Bani Manazirah pula berhijrah ke sempadan Iraq.
Tidak berapa lama selepas peristiwa Zam-zam itu, berlaku suatu lagi ketentuan Tuhan. Bani Jurhum sedang dalam perjalanan mencari tempat tinggal baru. Ketika lalu berhampiran lembah Mekah, mereka kehairanan apabila melihat kawanan burung berterbangan di kawasan itu. Kewujudan burung-burung itu menandakan adanya air di kawasan itu sedangkan mereka sangat tahu di kawasan itu tidak ada sumber air.Â
Apabila diperiksa, ternyata memang ada air di situ. Malah mereka mendapati ada seorang wanita bersama anak kecilnya di mata air itu. Bani Jurhum yang terkenal dengan sifat baik itu, tidak merampas Zam-zam daripada Siti Hajar. Mereka telah meminta kebenaran untuk berkongsi air dengannya. Malah mereka sanggup membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar. Demikianlah Allah yang Maha Baik tidak mensia-siakan hamba-Nya yang bergantung sepenuhnya dengan rahmat-Nya.Â
Ini juga keberkatan doa dan rintihan hati seorang Nabi. Nabi Ibrahim , kerana perintah Allah SWT dengan hati yang lurus kepada Tuhan telah meninggalkan isteri dan anak kesayangannya di tempat yang mustahil untuk manusia hidup. Namun inilah keyakinan seorang Nabi kepada Tuhannya.Â
Petikan Dari : http://kisahsuriteladan.blogspot.com
TERIMA KASIH WAHAI NABI.
Terima kasih wahai Nabi
Baiknya Allah kerana
memberikanku seorang Nabi
Nabi itulah dia yang terlalu menyayangi
Dan menginginkan keselamatan untuk ku
Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku
Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku
Tuhan mencipta, Tuhan owner
Sedangkan Nabi pelaksana
untuk menyalamatkan aku
Nabikulah doktorku
Nabikulah guruku
Nabikulah pemimpinku
Nabikulah ibu ayah rohku
Ya Rasulullah ,
Nabi akhir zaman
Sampai hati mereka memisahkan aku darimu
Kata mereka kenabianmu
sudah tiada lagi,
seelok kewafatanmu
Maka sekian lamanya
aku ketiadaanmu
Oh betapa sesatnya fikiran,
perasaan dan fizikalku
sehinggalah Allah yang
Maha Baik menemukan aku kembali dengan Nabiku
Nabikulah kerrinduan
Nabikulah kekasih
Nabikulah junjunganku
Nabikulah hidup matiku
Maka perjuangan Rasulullahy yang ku perjuangkan ini
Sebagai perjuangan yang di janjikan
Tuhanku dan Nabiku
Tidaklah akan kalah-kalah lagi
Kerana bersamaku Nabi,
Dia tidak akan datang
melainkan untuk menang
Maka kemenangan demi kemenangan
yang aku alami