Tag Archives: anak yatim ada visi dan misi
Ramadhan yang mulia
Assalamulaikum
Alhamdulillah dengan keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini Rumah Amal Limpahan Kasih, mendapat sumbangan sekali lagi dalam bentuk barangan elekterik seperti mesin basuh, kipas dinding dan juga blender, pada hari khamis bersamaan 25 Ramadhan, Daripada Persatuan Alumni 99Ners SMSTJ
Saya ucapkan jutaan Terima Kasih kepada yang berjasa dalam usaha ingin membantu RALK khususnya kepada Pn. Olin dan En Nazri dan rakan-rakan 99Ners SMSTJ. Moga-moga apa yang disalurkan kepada RALK di nilai sebagai ibadah oleh Allah S.W.T dan diberikan rezeki yang berlipat ganda, segala urusan lahir dan batin dalam keluarga dipermudahkan Allah S.W.T, dan segala hajat dan doa Allah S.W.T kabulkan dengan keberkatan para kekasihNya.
Penghujung Ramadhan, ampunkan kami Tuhan..😔 #moga-moga kita semua mendapat ramadhan yang hakiki
❖❖RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBA❖❖
TERIMA KASIH, Tadika Amazing Seed 💞
Terima kasih atas kedatangan Tadika Amazing Seed Puchong Prima pada bulan lepas bersamaan 13/4/2019 yang lalu, atas ikatan kasih sayang dan silaturrahim atas nama Allah dan RasulNya. Pihak Tadika Amazing Seed sudi menyumbang dan menjadi sponsor alat elektrik yang berbentuk penapis air SK Magic pada RALK.
Alhamdulillah pada 23 RAMADHAN bersamaan dengan 28/5/2019, anak-anak RALK mendapat sumbangan daripada Tadika Amazing Seed Puchong Prima yang menyumbang penapis air untuk Rumah Amal Limpahan Kasih.
# moga-moga kita semua mendapat Ramadhan yang hakiki
❖❖RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBA❖❖
Berbuka puasa bersama syarikat Cordova Properties
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca yang dirahmati Allah sekalian…
Alhamdulillah, pada 25 Mei 2019 bersamaan dengan 20 Ramadhan.. anak-anak Limpahan Kasih telah, dijemput untuk berbuka puasa bersama syarikat Cordova Holding SDN BHD di SIME DARBY CONVENTION CENTER MONT KIARA..
Terima kasih atas sumbangan & layanan yang diberikan oleh pihak Dato’, Datin, Tuan, Puan sekalian.. Semoga Allah memcucuri Rahmat & Berkat-NYA keatas diri & keluarga Dato’, Datin..☺️☺️☺️