Tag Archives: Anak yatim berjiwa Anak yatim membahagiakan

4 HUKUM BERSEDEKAH MENGIKUT SYARIAT ISLAM

WAJIB :Ketika bertemu dengan orang yang memerlukan.

-HARAM :Apabila barang yang disedekah akan digunakan untuk kejahatan atau maksiat.

-SUNNAT :Ummat islam sentiasa digalakkan untuk bersedekah

-MAKRUH :Apabila barang yang akan disedekahkan itu sudah buruk dan tidak boleh dimanfaatkan lagi.

AWAS! NIKMAT ALLAH ITU SANGAT DEKAT DENGAN NERAKA…

“Takutilah azabku yang amat pedih!!!”

Ada 25 kali kalimah nikmat disebut dalam Al Quran. Hampir semua kalimah nikmat dalam Quran dikaitkan dangan Allah, Pemberi Nikmat. Agar manusia tidak lupa Pemberi nikmat apabila berhadapan dengan nikmat. Agar manusia jangan membesarkan nikmat lebih dari Pemberi nikmat. Agar manusia kekal rasa sebagai hamba, tidak punya apa-apa kecuali apa yang Allah rezkikan padanya.

Kalau manusia ingkar atau kufur nikmat, Allah ancam dengan azabnya. Akal pun tak boleh menerima seorang anak yang tidak menghormati ibunya yang melahirkan dan membesarkannya. Lebih-lebih lagi hati nurani. Betapa lagi terhadap Allah yang menghidupkan kita semua dan memberi kita nikmat lahir dan batin.

Sebab itu di dalam doa makan kita diajak meminta perlindungan Allah dari azab api neraka. Dengan sebab makan orang boleh tergelincir ke dalam neraka.

1. Kalau makan rezki Allah tapi tak bersyukur dengan Allah, masuk neraka.

2. Kalau makan rezki Allah, tak jaga halal haram, syubhat; main langgar je, boleh masuk neraka.

3. Kalau makan rezki Allah, tak jaga kesucian, contohnya telur tak basuh, adunan kek bercampur arak, boleh masuk neraka.

4. Kalau makan rezki Allah, sampai kekenyangan, sedangkan jiran-jiran kelaparan kerana kemiskinan, Allah murka kerana mementingkan diri boleh masuk neraka.

5. Kalau makan rezki Allah, tinggalkan sedikit, sengaja tak habiskan, amalkan pembaziran samada kerana menjaga status atau lainnya, haram hukumnya dan boleh masuk ke neraka.

Banyaknya sebab untuk kita masuk neraka Allah kalau dalam berhadapan dengan nikmat Allah, kita tidak membawa hati HAMBA. Ingatlah, nikmat-nikmat itu terlalu dekat dengan neraka. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan nikmat Allah.

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Susah orang susah kita, Senang kita di kongsi bersama RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH ๐Ÿ™‚

๐Ÿ“Œkami Rumah Amal Limpahan Kasih, lot 115A, lorong bistari 3, kg seri aman, bt 13, Puchong.. menaungi anak2 yatim, golongan asnaf zakat, ibu tunggal dan warga emas seramai 140 orang.
โฃKami sedang mencari dana keperluan harian dan bulanan yang diperlukan oleh penghuni di sini. Untuk makluman semua, pihak kami amat memerlukan :
โ™ฆ Keperluan Harian 2019

  1. Beras
  2. Gula
  3. Tepung Gandum
  4. Ikan bilis / udang geragau
  5. Telur
  6. Sardin adabi
  7. Bawang merah
  8. Bawang putih
  9. Cili kering
  10. Biskut
  11. Milo
  12. Susu pekat
  13. Susu tepung
  14. Minyak Masak (produk muslim)
    โ™ฆ Keperluan Semasa 2019
  15. Sabun basuh baju
  16. Sabun mandi (shower cream)
  17. Ubat gigi
  18. Berus gigi
  19. Shampoo rambut
  20. Sabun basuh pinggan
  21. Clorox
  22. Pad(Tuala wanita)
  23. Pampers s,M,L,xL
  24. Tuala Mandi
    โ™ฆ Keperluan Sekolah sesi 2019
  25. Bag sekolah seragam x 140 org
  26. Kertas A4
  27. Marker pen whitboard (biru, hitam dan merah)
  28. Marker pen Permanent (biru, hitam dan merah)
  29. Pen (biru, hitam dan merah)
  30. Buku latihan 20 buah x 140 orang
  31. Tilam single 15 unit x 7 buah bilik = 105 unit
  32. Toto
    โ™ฆ Keperluan Mendatang 2019
  33. Mesin basuh auto 10kg
  34. Mesin basuh semi auto 7kg
  35. Periuk nasi 1.8liter
  36. Blander
  37. Microwave
  38. Peti Sejuk 2 pintu x 1
  39. Freezer (sejuk beku)

โฃSemoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan mendapat sebanyak2 ganjaran dan kemuliaan dari Allah kerana membantu golongan yang memerlukan.
โฃUntuk pertanyaan boleh terus hubungi kami di :
Pn Yani : 018-9191658
Pn aiman : 011-37037672

Pn Khadijah : 011-28200319
โฃsumbangan juga boleh dibuat secara online di Maybank –
๐Ÿ”บLimpahan Kasih Solutions – 5627 7722 0661
Kami dahului dengan ucapan terima kasih โ˜บ

Kisah yg mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.
Pengemis itu berkata:
“saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah.”
Rasulullah bersabda:
“Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu”.
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
“Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? “
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi.
Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
“Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU”.
MaaSyaa Allahโ€ฆ
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullahโ€ฆ pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku”. Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
“Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita”.
Subhanallahโ€ฆ

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala SHADAQAH itu ada 5 macam:

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุซูŽูˆูŽุงุจูŽ ุงู„ุตูŽู‘ุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฎูŽู…ู’ุณูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ูˆูŽุงุนู : ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุนูŽุดู’ุฑูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุตูŽุญููŠู’ุญู ุงู„ู’ุฌูุณู’ู…ู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุจู’ุชูŽู„ูŽู‰ ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนูู…ูุงุฆูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐููŠ ู‚ูŽุฑูŽุงุจูŽุฉู ู…ูุญู’ุชูŽุงุฌู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูู…ูุงุฆูŽุฉู ุฃูŽู„ู’ูู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุจูŽูˆูŽูŠู’ู†ู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนูู…ูุงุฆูŽุฉู ุฃูŽู„ู’ูู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽุงู„ูู…ู ุฃูŽูˆู’ ููŽู‚ููŠู’ู‡ู ุงู‡ู€
(ูƒุชุงุจ ุจุบูŠุฉ ุงู„ู…ุณุชุฑุดุฏูŠู†)

“Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

  1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
  2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
  3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
  4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
  5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiinโ€ฆ

@Habib Ali Zainal Abidin.

NASIHAT PAGI INI…

#SENANG KITA PERLU DIKONGSI BERSAMA-SAMA#
Call Now
Directions