Tag Archives: Anak yatim berjiwa Anak yatim membahagiakan

Jadikanlah “ISLAM” itu sebagai pakaian diri….

 ANAK-ANAK PUSAT LATIHAN REMAJA CEMERLANG

                                                                                   (PLRC)

Islam itu tidak dapat ditegakkan dengan muktamar
Islam tidak akan dapat didaulatkan dengan semata-mata seminar
Islam tidak akan dapat diamalkan dengan semata-mata membanyakkan buku
Islam tidak akan dapat dilaksanakan semata-mata dengan selogan
Islam tidak akan dapat dibina semata-mata dengan organisasi
Atau majlis-majlis forum di merata-merata negeri
Atau majlis-majlis dialog dan diskusi

Islam itu pakaian peribadi
Kemudian menjadi konsep di dalam keluarga sendiri
Setelah itu menjadi lisanul-hal kepada kawan-kawan simpati
Untuk dicontohi

Selepas itu akan menyusul kepada masyarakat yang lebih luas lagi
Akhirnya akan berdaulatlah di negara sendiri
Itulah yang digambarkan oleh Tuhan di dalam kitab suci

Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Ilahi

Itulah dia syurga di dunia
sementara menunggu syurga yang abadi…..

#Senang kita untuk dikongsi bersama#

Kisah Teladan Untuk Dijadikan Panduan!

rumah amal Limpahan kasih

Pada suatu hari ketika  Abdullah Bin Mubarak sedang mengerjakan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram.Dia bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit.Lalu malaikat yang pertama berkata kepada maalikat yang kedua, “Berapa ramaikah orang yang menunaikan haji pada tahun ini?”

“Enam ratus ribu” jawab malaikat yang kedua

“Berapa ramaikah yang diterima hajinya?”tanya malaikat yang pertama

“Tidak seorang pun yang diterima hajinya melainkan hanya seorang tukang jahit kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq.Dia tidak dapat berhaji pada tahun ini ,tetapi hajinya diterima sehingga semua yang mengerjakan haji pada tahun itu diterima hajinya disebabkan haji Muwaffaq itu…”

Ketika itu Abdullah Bin Mubarak terjaga dari tidurnya.Kemudian dia pun bergegas menuju ke damsyik untuk mencari orang yang bernama Muwaffaq itu.

Setelah mengetahui tempat tinggal Muwaffaq,Abdullah Bin Mubaraq segera ke rumahnya.Dia mengetuk pintu rumah itu, kemudian keluarlah seorang lelaki,Abdullah pun bertanyakan tentang nama lelaki itu,orang itu menjawab “Ya, saya Muwaffaq”

Lalu Abdullah Bin Mubaraq berkata “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan wahai Muwaffaq,sehingga engkau dapat menyelamatkan haji seluruh para haji pada tahun ini, sedangkan engkau tidak mengerjakan haji?”

“Sebenarnya aku ingin mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana sekarang aku tidak ada duit, Suatu ketika aku mendapat duit tiga ratus dirham hasil dari pekerjaanku iaitu menampal dan menjahit kasut, aku pun berniat untuk mengerjakan haji sedangkan isteriku sedang hamil, Suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan mengidam makanan itu,Aku segera pergi ke rumah jiranku untuk menyampaikan hasratku itu.

Jiranku menjawab “Aku terpaksa membuka rahsiaku,anak-anak yatimku sudah tiga hari tidak makan.Akhirnya aku keluar mencari makanan untuk anak-anak yatimku itu.Tiba-tiba aku terjumpa bangkai seekor keldai di suatu tempat,Lalu aku potong sebahagian dan bawa pulang untuk dimasak.Makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagi kamu…”

Mendengar hal tersebut aku segera pulang ke rumah untuk mengambil duit tiga ratus dirham itu, Aku berikan semuanya kepada jiranku untuk membelanja keperluan anak-anak yatimnya itu

“Sebenarnya hajiku hanya didepan pintu rumahku” kata Muwaffaq

#Renung-renungkanlah kisah ini untuk dijadikan pengajaran kite bersama

 

ALLAH ADALAH SUMBER BAHAGIA

ALLAH ADALAH SUMBER BAHAGIA

Allah Taala adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa sedap
Sekalipun belum tentu dikabulkan doa

Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
Sudah terasa lazatnya
Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya

Allah Taala terasa dekat
Tapi tidak berantara dan bercara
Ia terasa ada di mana-mana
Tapi tidak ada di sana
Kita terasa sangat Ia bersama kita

Semuanya tidak bercara
Tuhan dirasakan sangat diperlukan
Masya-Allah indahnya bertuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata

Setiap detik dia mengurniakan
Allah! Allah! Allah!
Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita

Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan!


 

 

” Marilah perjuangkan Tuhan Dan Kasih sayang “


Marilah kita perjuangkan Tuhan
Tuhan telah dilupakan oleh kebanyakkan orang
Perjuangkan semula Tuhan
Hingga Tuhan menjadi kawan di dalam kehidupan

Kita jadikan Tuhan kawan yang setia
Tuhan sangat diperlukan oleh setiap insan
Marilah juga kita perjuangkan kasih sayang dikalangan manusia
Kini kasih sayang telah hilang

Pada hal kasih sayang semua manusia memerlukan
Tidak ada kasih sayang, tidak adalah perpaduan
Tidak ada kasih sayang, hilang satu kekuatan
Tidak ada kasih sayang, mudah sahaja timbul perbalahan

Marilah kita perjuangkan kedua-duanya
Perjuangkan Tuhan dan kasih sayang di dalam kehidupan
Kedua-duanya sangat diperlukan oleh setiap insan
Kehilangan Tuhan dan kasih sayang manusia menderita…..

Call Now
Directions