Tag Archives: anak yatim berkemahiran
JEMPUTAN IFTAR
✿ RAMADHAN BULAN RAHMAT & BERKAT ✿
❖❖RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBA❖❖
IFTAR RAMADHAN 😊
CYBERVIEW RESORT & SPA / PADA TARIKH 8.05.2019 – RABU
Terima Kasih CYBERVIEW RESORT & SPA atas jemputan iftar Anak-anak Rumah Amal Limaphan Kasih.
MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN….
Yang Dikasihi Tuan/Puan,
MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarangialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
3. Justeru itu, bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba-NYA yang soleh. RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.
4. Berikut disenaraikan keperluan dapur basah/kering penghuni RALK untuk tuan/puan menyumbang dengan seikhlas hati.
- SAYUR-SAYURAN
- IKAN,UDANG.SOTONG,KETAM DLL
- BUAH-BUAHAN
- (Juga sayur-sayuran,buah-buahan,ikan dan sebagainya yang sudah tidak boleh dijual lagi)
4. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.
Pejabat : 03-8061 8050/ 03-80523814
011-37037672 Puan Aiman / 019-4537853 Puan Fatimah
5. Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha yang baik dan murni dari tuan/puan diberkati Tuhan.
Sekian, terima kasih.
Rashidah Binti Abdullah
(Pengurus RALK)
PROGRES PEMBANGUNAN I
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi sekalian.. Alhamdulillah dengan kasih sayang & rahmat Tuhan, bangunan ini telah disiapkan dalam 25 % atas hasil dari sumbangan pihak para dermawan sekalian ☺️
Kami sedang mencari dana untuk menyiapkan bangunan yang bermula dari penambakan tanah. Bangunan sebelum ini telah di robohkan kerana stuktur bangunan kayu yg telah usang dan uzur juga dimakan anai-anai. Atas faktor keselamatan dan yg lebih utama dari itu supaya perlaksanaan Islam itu nampak indah. Islam bukan sahaja untuk cakap cakap tapi yg lebih utama dari itu adalah perlaksanaan Islam itu di dalam kehidupan seharian. Oleh itu kami dari Kompleks Pendidikan dan Pusat Latihan Vokasional Limpahan Kasih ingin mengajak semua masyarakat mengambil saham dalam usaha kami yang sangat kecil ini.
PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN & PUSAT LATIHAN VOKASIONAL (MLVK) LIMAPAHAN KASIH “LIL BANAT”
PROGRESS PEMBANGUNAN ATAS SUMBANGAN PARA DERMAWAN
Pembangunan ini masih memerlukan penambahan kos dari masa ke semasa untuk menyiapkan sepenuhnya. Diantaranya:
1.Kafe { lantai + Tile = 27′ x 53′ }
NO | PERKARA | KOS |
1 | Tile | Rm 11,920 |
2 | Simen 40 bag x rm 13 | Rm 520 |
3 | Simen gam 20 bag x rm 20 | Rm 400 |
4 | Susu 3 tong x rm 80 | Rm 240 |
= | Jumlah Keseluruhan | Rm 11,920.00 |
Keadaan bangunan lot kafe ( Lantai/Tile) yang kita perlukan sekarang seperti di atas. Dan target untuk menyiapkan lot kafe selama sebulan mulai pada harı ini dan sangatlah mengharapkan sumbangan daripada para dermawan, dari masa ke semasa. ☺️
PROGRESS PEMBANGUNAN ATAS SUMBANGAN PARA DERMAWAN
- Tile 673 keping
- harga RM16/ keping
- suasana ruangan depan
- suasana dalam
- suasana dalam ke dapur
- ruangan dalam untuk dapur roti canai dan ruangan air
- ruangan dapur (kawasan basah)
- Video suasana ruangan depan dan keseluruhan
2. Bakeri { lantai + Tile = 20′ x 20′ }
NO | PERKARA | KOS |
1 | Tile 200 keping x rm 16 | Rm 3,200 |
2 | Simen 20 bag x rm 13 | Rm 260 |
3 | SG 10 bag x rm 20 | Rm 200 |
4 | Susu 2 tong x rm 80 | Rm 160 |
= | Jumlah Keselurusan | Rm 3,820.00 |
sebelah kanan sekali adalah merupakan lot kedai utk Kafeteria, manakala lot tengah adalah untuk lot Bakeri dan kiri sekali adalah lot Pasar Segar
PROGRESS PEMBANGUNAN ATAS SUMBANGAN PARA DERMAWAN
- Tile 200 keping x rm16
- lot bakeri dijadikan ruangan jualan amal pakaian bundle sebagai ruangan sementara.
Keperluan siling keseluruhan ruangan MLVK Limpahan Kasih ialah 67′ kaki x 82′ kaki
KOS UNTUK SILING
NO | PERKARA (SILING) | KOS |
1 | gypsum (4′ x 8′ x 6mm) 170 keping x Rm 16 | Rm 2,720.00 |
2 | besi siling 700 keping x Rm 1.80 | Rm 1,260.00 |
3 | Flexi 8 bag x Rm 22,60 | Rm 180.80 |
4 | Joint tape 6 roll x Rm 7.50 | Rm 45.00 |
5 | Screw 10 kotak x Rm 12 | Rm 120.00 |
= | Jumlah Keseluruhan | Rm 4,325 |
3. Pasar Segar { lantai + Tile = 20′ x 29′ }
NO | PERKARA | KOS |
1 | Tile 290 keping x rm 16 | RM 4,640 |
2 | Simen 23 bag x rm 13 | RM 299 |
3 | SG 10 bag x rm 20 | RM 200 |
4 | Susu 2tong x rm 80 | RM 160 |
= | Jumlah keseluruhan | RM 5,299 |
Dalam gambar lot yang kedudukan hujung belah kiri , adalah lot untuk pasar segar (KP & PLV MLVK) yang masih dalam proses nutuk menyiapkan lot kafe dan sekarang kita adakan jualan Amal (NASI AYAM HAINAN) di lot pasar segar utuk menunggu lot kafe siap.
PROGRESS PEMBANGUNAN ATAS SUMBANGAN PARA DERMAWAN
- Tile 290 keping x rm 16
- ruangan dalam, lantai untuk tile di lot pasar segar / Bahagian barang-barang kering
- Tile 290 keping x rm 16
- ruangan dalam, lantai untuk tile di lot pasar segar / Bahagian barang-barang basah
4.Kilang Donat { lantai + tile = 720′ x 720′}
NO | PERKARA | KOS |
1 | Tile 360 keping x rm 16 | RM 5,760 |
2 | Simen 15 bag x rm 13 | RM 195 |
3 | SG 7 bag x rm 20 | RM 140 |
4 | Susu 1 tong x rm 80 | RM 80 |
= | Jumlah Keseluruhan | RM 6,175.00 |
Kilang Donut adalah merupakan kilang yg sedang diusahakan dikalangan para remaja lelaki sekitar umur 19 tahun hingga 25 tahun. Kilang ini adalah juga merupakan aktiviti MLVK Limpahan Kasih yg sedang mengusahakan produk Donut Ring dan juga Filling Donut. Sangat ingin disegerakan pemasangan tiles seperti keperluan yg dinyatakan.
- Tile 360 keping x rm 16
- pintu hadapan yang belum sepenuhnya siap
- Tile 290 keeping x rm 16
- ruangan dalam, lantai untuk tile di kilang donat / Bahagian produk donat
- Tile 290 keping x rm 16
- ruangan dalam, lantai untuk tile di kilang donat / Bahagian produk donat
_____________________________________________________________________________
Sumbangan dan sokongan dari pihak Dato/Datin/Tuan/Puan amatlah kami mengalu-alukan.. Semoga Allah memberkati Dato/Datin/Tuan/Puan ☺️
Untuk maklumat lanjut sila hubungi ;
📱 En Abadan : 011 1092 7313 / 📱Pn Aiman : 011 3703 7672 / 📱 Pn Khadijah : 011 2820 0319
☎️ 03 8052 3814 / 03 8061 8050
📨 limpahankasih2@Gmail.com
Akaun bank ;
Limpahan Kasih Solutions (Maybank) 5627 7722 0661
10 Hadis Sahih berkaitan Ramadan
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang..
Disenaraikan beberapa Hadis Sahih yang berkaitan dengan bulan Ramadhan serta ibadat-ibadat yang dikaitkan dengannya. Moga bermanafaat menjadi rujukan, Insya Allah.
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
1. Solat lima waktu… Solat Jumaat ke Jumaat berikutnya DAN Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus untuk dosa antara keduanya selagi mana dia menjauhi dosa besar.
أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي آخِرِ وِتْرِهِ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
2. Sesunggunya Nabi berdoa pada akhir solat witir baginda ;“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung dengan redhaMu berbanding murkaMu, dan aku berlindung dengan ampunanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung padaMu daripadaMu, tidaklah aku mampu memujiMu sebagaimana Engkau Memuji diriMu sendiri”
عن أبي هريرة : قال قال رسول الله : إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ ، صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَاب ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَاب ، وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
3. Artinya : Apabila telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah Syaitan dan Jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu surga, tidak ada satu pintu-pun yang tertutup, lalu terdengarlah seruan ; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadhan)”
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل
4. Rasululllah saw. bersabda, ‘Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam’
عن عائشة رضي الله عنها ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَصَلَّى بِصَلاتِهِ نَاسٌ كَثِيرٌ ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَإِذَا أَصْبَحَ قَالَ : قَدْ رَأَيْتُ الَّذِيَ صَنَعْتُمْ ، فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
5. Dari ‘Aisyah (ia berkata) : Bahwasannya Rasulullah SAW keluar solat di masjid pada suatu malam. Lalu solatlah beberapa orang bersama beliau yang di hari selanjutnya bertambah banyaklah orang (yang solat bermakmum) di belakang beliau. Di malam ketiga atau keempat, mereka berkumpul lagi, namun Rasulullah SAW tidak keluar kepada mereka (untuk solat tarawih sebagaimana malam-malam sebelumnya). Di pagi harinya, beliau SAW bersabda : Sungguh aku telah melihat semangat kalian, dan tidak ada yang menghalangiku untuk keluar (solat tarawih tadi malam) bersamamu kecuali aku takut (ibadah) ini akan diwajibkan bagi kalian”. (Perawi) berkata : “Hal itu terjadi di bulan Ramadhan”
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” نَزَلَتْ صُحُفُ إِبْرَاهِيمَ أَوَّلَ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، وَأُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ لِسِتٍّ مَضَيْنَ مِنْ رَمَضَانَ ، وَأُنْزِلَ الإِنْجِيلُ لِثَلَاثَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ ، وَأُنْزِلَ الزَّبُورُ لِثَمَانِيَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ ، وَأُنْزِلَ الْقُرْآنُ لِأَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ “
6. “Shuhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat diturunkan pada 6 hari pertama bulan Ramadhan, dan Injil diturunkan pada malam ke 13 Ramadhan, dan Zabur diturunkan pada hari ke 18 Ramadhan, dan Al-Qur’an diturunkan pada hari ke 24 Ramadhan.”
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
7. “Binasalah seseorang, yang apabila Namaku disebut di depannya dan ia tidak mengucapkan selawat kepadaku. dan binasalah seseorang, apabila Ramadhan menemuinya namun dia menhabiskannya tanpa mendapatkan keampunan Allah, dan binasalah juga seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun mereka berdua tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga (karena berbuat bakti kepada keduanya).”
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى
8. Rasululllah saw. Bersabda ; Carilah ia pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan, iaitu Lailatul Qadar, pada sembilan yang baki, pada tujuh yang baki, pada lima yang baki…
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا ؟ قَالَ : «قُولِي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
9. Daripada Aisyah RA. “Aku bertanya : Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Beliau bersabda: Berdoalah: [ Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan bersifat Pemaaf, maka ampunilah aku..! ]
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، يَقُولُ الصِّيَامُ : أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ .وَيَقُولُ الْقُرْآنُ : مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ . قَالَ : فَيُشَفَّعَانِ
10. Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, “Wahai Tuhanku sesungguhnya aku menghalanginya dari makan dan syahwat pada siang hari, maka berikanlah syafaat kepadaku untuknya.” Lalu Al-Qur’an pula berkata, ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menghalanginya dari tidur waktu malam hari, maka berikanlah syafaat kepadaku untuknya. Maka keduanya pun memberikan syafaat.”
Allahumma ballignna Ramadhan…
HAMBA PENCINTA TUHANNYA
“Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.”
Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.
Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.
Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”
Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.
Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.
Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”
Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”
Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;
“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”
Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”
Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.
Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”
Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.
“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu bin Hasyim di dalamnya.
Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.
“Betul… namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.
Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.
Dia menangis semahunya.
“Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.
Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.
Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”
“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.
“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.
Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah.
Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.
Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?
Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.
Abu bin Hasyim seperti disambar petir di siang hari.
Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.
JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
“TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?
Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
Allah SWT:
SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.
Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. —Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)—
Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain… maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya.
Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia
(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)
Saudaraku,
Pentingnya Silaturrahim.
Aamiin…