Tag Archives: anak yatim berprinsip

Anak-anak RALK dijemput berbuka puasa bersama Datin Lara😘

Assalmualaikum & salam ramadhan para pembaca sekalian πŸ™Œ

Datin Lara bersama guru-guru pengiring

Alhamdulillah dengan keberkatan bulan ramadhan, anak-anak Limpahan Kasih dijemput menghadiri satu program berbuka puasa bersama Datin Lara & kawan-kawannya pada 23 Mei 2019 yang lepas.. 😊

Segala kebaikan & layanan pihak Datin Lara untuk anak-anak kami, amat dihargai.. Moga-moga Allah membalasi segala kebaikannya …

Senyum … Terima kasih semuanya πŸ™‚
Terima kasih, kerana sudi jemput kami untuk bernasyid

Projek Kemahiran Anak-anak Limpahan Kasih😊

Jahitan Limpahan Kasih, disini Anak-anak di kenalkan dengan melatih dan mengajar mereka dalam kemahiran menjahit pakaian seperti tudung kanak-kanak, kardigen, jubah kanak-kanak dan dewasa. Untuk latihan permulaan.

ada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan 4time untuk mengajar anak-anak belajar baju lelaki dan perempuan di alu-alukan
antara contoh tudung untuk Anak-anak kecil
antara contoh kardigen, bermacam warna

Madah Hati πŸ’ž II

Madah Hati πŸ’ž I

MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2019

MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN

Dengan ini di maklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2.         Pelajar di sini seramai 120 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki yang berusia 13 sehingga 19 tahun, terdiri dari kalangan anak-anak yatim dan anak keluarga asnaf. Pada awal penubuhan RALK pada tahun 2006 pelajar di sini hanya sekitar 30 orang sahaja.

3.         Untuk makluman para penyumbang RALK masih tiada penyumbang tetap dari mana-mana pihak syarikat kerajaan atau swasta  mahupun individu. Kerana itu kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menaja baju raya buat anak-anak di sini.

4.         Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan moga mendapat sebaik-baik kebaikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan Allah.

Terima kasih, salam Ramadhan.

Call Now
Directions