Tag Archives: anak yatim dalam islam

HAMBA PENCINTA TUHANNYA

“Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.”

Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.

Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”

Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.

Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.

Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”

Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;

“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”

Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”

Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.

Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”

Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.

“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu bin Hasyim di dalamnya.

Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.

“Betul… namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.

Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.

Dia menangis semahunya.

“Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.

Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.

Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”

“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.

Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah.

Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.

Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?

Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari.

Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
“TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?
Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
Allah SWT:
SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.
Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. —Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)—

Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain… maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya.
Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia
(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

Saudaraku,

Pentingnya Silaturrahim.

Aamiin…

JOM BERAMAL (RAMADHAN AL MUBARAK)

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut

SURAT TAJAAN RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

DOSA TETAP DOSA…

rumah amal Limpahan kasih

* Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan,
Dosa tetap dosa
Dosa tetap dianggap derhaka
Dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka…

* Orang yang sentiasa bergelumang dengan dosa, tidak merasa berdosa lagi. Tapi orang yang beriman, tidak berdosa pun dia merasa berdosa.

 “Seorang mukmin melihat dosanya seperti sebuah gunung yang menggantung di atas kepalanya dan merasa takut akan menjatuhinya. Sedangkan seorang munafik melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap dihidungnya, lalu ia berusaha mengusirnya agar terbang meninggalkannya” – HR Bukhari

JIWA AKAN MENJADI LIAR APABILA TIDAK KENAL TUHAN!

Jika lemah iman atau tidak kenal Tuhan dengan sempurna jiwa kita menjadi liar.

Liarnya jiwa itu satu penderitaan.

Penderitaan jiwa menjadikan hilang kebahagiaan.

Apa maksud jiwa kita yang liar?

Apabila mendapat sedikit ujian seperti kesusahan jiwa menderita hingga tidak sabar.

Apabila mendapat kesenangan berbunga pula jiwa, lupa daratan.

Dinasihat atau dikata orang jiwa rasa berang, mungkin sampai menyerang.

Jika orang lebih sedikit sakit pula hati, menimbul hasad dengki.

Apabila orang mendapat penderitaan jiwa rasa senang.

Jika kehendak tidak dikabul aduh jiwa keluh-kesah dan gelisah.

Jika hajat dapat berbunga pula jiwa mungkin menghina orang.

Begitulah jika iman lemah atau tidak kenal Tuhan, jiwa tidak stabil.

Berubah keadaan yang menimpa berubah pula jiwa.

Berlainan suasana berlainan pula perasaannya.

Jiwa sentiasa berombak dan bergelombang.

Macam lautan yang tidak pernah rehat dari gelora.

Kalau begitu mana hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

Kerana jiwa mudah saja tergugat oleh kejadian.

Padahal peristiwa ada dalam kehidupan mana ada renti-rentinya.

Dia datang silih berganti berbagai-bagai keadaan.

Orang mukmin jiwanya sentiasa tenang.

Mazhab Secara Terperinci

Hadis ada bermacam-macam darjat Ada hadis Sahih, hadis Mutawatir (ramai perawi yang menyatakan tentang hadis tersebut), hadis Hasan, hadis Dhaif, hadis Maudhu’. Hadis Maudhu’ ini bukan hadis tetapi direka-reka. Hadis Mutawatir adalah hadis yang tidak boleh ditolak, sangat sahih. Hadis Masyhur di bawah Hadis Mutawatir. Ada yang dikatakan Hadis Ahad. Sumbernya satu, satu jalan, satu line atau satu saluran. Setelah dikaji rawi-rawi sampai kepada Sayidina Abu Bakar, perawi itu orang yang sama. Seorang sahaja. Sumber lain tidak ada. Ada hadis yang banyak sumbernya dan banyak saluran.

Begitulah martabat hadis. Jadi hadis dibukukan setelah 300 tahun. Kemudian, ada mazhab. Mengapa timbul mazhab? Saya tidak hendak sebut mazhab-mazhab yang sesat. Sebab dalam Islam lahir 73 mazhab. Dari 73 mazhab itu, 72 mazhab sesat. Hanya satu sahaja yang dikatakan ahli sunnah wal jamaah. Dari situ menjadi 4 mazhab. Inilah mazhab yang sah, yang dianggap satu iaitu ahlisunnah wal  jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:

  1. Mazhab Maliki
  2. Mazhab Hanafi
  3. Mazhab Hambali
  4. Mazhab Syafie

Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan Mazhab ini terkenal dengan Mazhab ahlulhadis. Imam Maliki tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk sahaja di Madinah, jadi dia banyak dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlul hadis.

Mazhab yang 4 ini dianggap satu, yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ahlisunnah wal jamaah. Perbezaannya bab-bab furuq, bukan bab pokok. Bukan soal-soal aqidah, bukan soal usuluddin. Hanya bab furuq seperti feqah dan syariat. Ada kelainan sedikit-sedikit. Perbezaan tidak payah saya katakan, takut panjang sangat. Cuma saya hendak cerita mengapa boleh timbul perbezaan. Perlu. Ia ada banyak sebab.

Perbezaan-perbezaan timbul kerana:

1. IQ Imam Mazhab tidak sama

2. Hadis belum dibukukan untuk jadi rujukan

3. Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama

4.Berbeza penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran

5. Berbeza pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan Hadis

Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit kelainan antara satu perkara. Ada Mazhab lain yang tidak perlu saya ceritakan, yang semuanya ada ilmu, yang ada kaitan dengan Islam.

Kedatangan pakar-pakar hadis adalah selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab di lahir di kurun yang pertama. Pakar-pakar hadis di kurun yang ke 3. Tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di kalangan pakar hadis itu yang buat mazhab. Kerana itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Mereka itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Padahal hadis di kepala mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Quran. Ertinya tempat rujuk ada pada mereka. Sepatutnya mereka boleh dan mampu buat mazhab tetapi mereka tidak buat. Mereka bermazhab dengan mazhab Syafie. Mengapa A sebut hal ini? Kerana sekarang ini, orang mudah sangat hendak tolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk pada Mazhab Syafie. Jadi jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Takkan kita pula tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak boleh hendak faham. Inikan pula beribu-ribu hadis. Saya rasa cukuplah setakat itu. Cukuplah untuk kita boleh jawab secara ringkas kalau ada orang bertanya. Sekian.

Call Now
Directions