Tag Archives: anak yatim dan asnaf limpahan kasih
YATIM YANG SEBENAR ADALAH YATIM ILMU DAN AKHLAK…
- TERDAPAT SEBUAH SYAIR YANG DINISBAHKAN KEPADA SAIDINA ALI BIN ABI THALIB BERKENAAN KEMULIAAN ILMU DAN ADABNYA YANG BERMAKSUD;
“Bala’ yang datang pada hari ini bukanlah sesuatu yang menakjubkan, sesungguhnya kecantikan yang sebenar itu adalah kecantikan ilmu yang diperolehi dan akhlak yang menjadi pakaian dirinya….,
Sesungguhnya ‘Si Yatim’ yang sebenar itu ialah seseorang yang yatim dari segi ilmu dan akhlaknya…..Bukanlah ‘Si Yatim’ itu apabila seseorang itu kematian ibu atau bapanya (pada hakikatnya)”
8 BENTUK REZEKI DARI ALLAH…
- REZEKI YANG TELAH DIJAMIN
- REZEKI KERANA USAHA
- REZEKI KERANA BERSYUKUR
- REZEKI YANG TIDAK DIDUGA
- REZEKI KERANA BANYAK BERISTIGHFAR
- REZEKI REZEKI KERANA BERKAHWIN
- REZEKI KERANA ANAK
- REZEKI KERANA BERSEDEKAH
DARI HAKIM BIN HIZAM RA, DARI NADI SAW BERSABDA:
“Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta), dahulukanlah orang yang menjadi tanggungjawabmu…”
4 AMALAN YANG MENGUNDANG TERBUKANYA PINTU REZEKI !!!
- SOLAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud boleh dilakukan pada 1/3 malam, boleh juga ditengah malam atau pada malam yang terakhir, dengan syarat sudah tidur terlebih dahulu. Namun yang lebih utama dan lebih afdhal mengundang rezeki adalah solat tahajud yang dilakukan pada 1/3 malam yang terakhir. Jadi, tahajud itu juga menjadi sarana bangun pagi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:
“Ketika kalian tidur, syetan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, “Malam masih panjang, tidurlah!” Jika ia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mengerjakan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas.” (HR. Al Bukhari)
- BERDOA DIPAGI HARI Setelah shalat tahajud, seorang muslim perlu memanfaatkan waktu 1/3 malamnya untuk berdoa. Doa juga adalah senjata bagi orang yang beriman. Apatah lagi doa diwaktu 1/3 malam yang terakhir, insya Allah ia lebih mustajabah. Lebih didengar dan dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:
“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
- BERSEDEKAH Sedekah boleh dilakukan bila-bila saja dan salah satu keutamaannya adalah dilipat gandakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun, sedekah di waktu pagi lebih istimewa lagi. Sebab setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang bersedekah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:
“Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang berinfak” Sedangkan malaikat yang satunya berdoa, “Ya Allah, berikanlah kesusahan bagi yang enggan bersedekah” (HR. Al Bukhari dan Musli
- SOLAT DHUHA Solat Dhuha adalah salah satu amalan pagi yang boleh mengundang rezeki. Waktu solat dhuha dimulai sejak matahari sepenggelahan naik (kira-kira satu tombak) hingga menjelang ke tengah di atas kepala (kira-kira 15 menit sebelum Dzuhur).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti:
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan habuk yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
1 MATLAMAT DAN CITA-CITA
Bersatu dalam Islam ialah bersatu dalam menuju matlamat yang sama.
Jalannya luas dan banyak. Selagi dalam syariat maka ia dibenarkan. Sepertilah mazhab-mazhab yang membantu menyelesaikan masalah umat.
Yang rasa susah bila tak dapat terima dan berlapang dada dengan kelebihan atau kekurangan yang lain. Lagi merosakkan, jika tidak mengikut cara dan fahamannya, itu salah dan silap. Caranya dan fahamannya sahaja yang betul.
Matlamat kita ialah negeri Akhirat, dan kita diminta persiapkan bekalan. Dan sebaik-baik bekalan ialah Taqwa. Jika bekalan ini betul dan matlamatnya sama, tiada masalah di mana pun kita berada…