Tag Archives: anak yatim dan asnaf limpahan kasih
Infak Dan Sedekah
Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.
Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.
Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.
Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)
Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)
Sedekah juga mempunyai makna yang umum. Sedekah boleh jadi infak atau zakat, malah sedekah boleh melibatkan apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan, sama ada melibatkan pemberian harta ataupun tidak melibatkan harta.
Tanggapan yang mengatakan sedekah adalah pemberian sunat semata-mata tidak tepat. Hakikatnya sedekah boleh jatuh hukum wajib dan boleh jatuh hukum sunat.
Hal ini berlaku demikian kerana ada ayat-ayat al-Quran yang memberi makna zakat pada perkataan sedekah. (rujuk firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60)
Dalil untuk sedekah yang sunat pula adalah hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma daripada usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Susah orang susah kita, Senang kita di kongsi bersama RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH 🙂
📌kami Rumah Amal Limpahan Kasih, lot 115A, lorong bistari 3, kg seri aman, bt 13, Puchong.. menaungi anak2 yatim, golongan asnaf zakat, ibu tunggal dan warga emas seramai 140 orang.
❣Kami sedang mencari dana keperluan harian dan bulanan yang diperlukan oleh penghuni di sini. Untuk makluman semua, pihak kami amat memerlukan :
♦ Keperluan Harian 2019
- Beras
- Gula
- Tepung Gandum
- Ikan bilis / udang geragau
- Telur
- Sardin adabi
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Biskut
- Milo
- Susu pekat
- Susu tepung
- Minyak Masak (produk muslim)
♦ Keperluan Semasa 2019 - Sabun basuh baju
- Sabun mandi (shower cream)
- Ubat gigi
- Berus gigi
- Shampoo rambut
- Sabun basuh pinggan
- Clorox
- Pad(Tuala wanita)
- Pampers s,M,L,xL
- Tuala Mandi
♦ Keperluan Sekolah sesi 2019 - Bag sekolah seragam x 140 org
- Kertas A4
- Marker pen whitboard (biru, hitam dan merah)
- Marker pen Permanent (biru, hitam dan merah)
- Pen (biru, hitam dan merah)
- Buku latihan 20 buah x 140 orang
- Tilam single 15 unit x 7 buah bilik = 105 unit
- Toto
♦ Keperluan Mendatang 2019 - Mesin basuh auto 10kg
- Mesin basuh semi auto 7kg
- Periuk nasi 1.8liter
- Blander
- Microwave
- Peti Sejuk 2 pintu x 1
- Freezer (sejuk beku)
❣Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan mendapat sebanyak2 ganjaran dan kemuliaan dari Allah kerana membantu golongan yang memerlukan.
❣Untuk pertanyaan boleh terus hubungi kami di :
Pn Yani : 018-9191658
Pn aiman : 011-37037672
Pn Khadijah : 011-28200319
❣sumbangan juga boleh dibuat secara online di Maybank –
🔺Limpahan Kasih Solutions – 5627 7722 0661
Kami dahului dengan ucapan terima kasih ☺