Tag Archives: anak yatim penderitaan anak yatim dalam islam

KURSUS PENGHAYATAN SOLAT DAN PERHALUSI AKHLAK

Program ini diadakan pada tarikh 3 disember baru-baru ini, untuk melatih anak-anak supaya sentiasa memperbetulkan solat mereka dari segi pergerakan,percakapan lebih-lebih lagi dari segi penghayatannya agar daripada solat yang agung akan melahirkan akhlak atau peribadi yang agung.Antara aktiviti yang dijalankan ialah memperelokkan tajwid pada bacaan solat, memperbetulkan pergerakan solat, menghafal makna setiap bacaan di dalam solat , bula bicara tentang solat dan sebagainya.

 


 


<ANAK -ANAK RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH>

Kisah Teladan Untuk Dijadikan Panduan!

rumah amal Limpahan kasih

Pada suatu hari ketika  Abdullah Bin Mubarak sedang mengerjakan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram.Dia bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit.Lalu malaikat yang pertama berkata kepada maalikat yang kedua, “Berapa ramaikah orang yang menunaikan haji pada tahun ini?”

“Enam ratus ribu” jawab malaikat yang kedua

“Berapa ramaikah yang diterima hajinya?”tanya malaikat yang pertama

“Tidak seorang pun yang diterima hajinya melainkan hanya seorang tukang jahit kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq.Dia tidak dapat berhaji pada tahun ini ,tetapi hajinya diterima sehingga semua yang mengerjakan haji pada tahun itu diterima hajinya disebabkan haji Muwaffaq itu…”

Ketika itu Abdullah Bin Mubarak terjaga dari tidurnya.Kemudian dia pun bergegas menuju ke damsyik untuk mencari orang yang bernama Muwaffaq itu.

Setelah mengetahui tempat tinggal Muwaffaq,Abdullah Bin Mubaraq segera ke rumahnya.Dia mengetuk pintu rumah itu, kemudian keluarlah seorang lelaki,Abdullah pun bertanyakan tentang nama lelaki itu,orang itu menjawab “Ya, saya Muwaffaq”

Lalu Abdullah Bin Mubaraq berkata “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan wahai Muwaffaq,sehingga engkau dapat menyelamatkan haji seluruh para haji pada tahun ini, sedangkan engkau tidak mengerjakan haji?”

“Sebenarnya aku ingin mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana sekarang aku tidak ada duit, Suatu ketika aku mendapat duit tiga ratus dirham hasil dari pekerjaanku iaitu menampal dan menjahit kasut, aku pun berniat untuk mengerjakan haji sedangkan isteriku sedang hamil, Suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan mengidam makanan itu,Aku segera pergi ke rumah jiranku untuk menyampaikan hasratku itu.

Jiranku menjawab “Aku terpaksa membuka rahsiaku,anak-anak yatimku sudah tiga hari tidak makan.Akhirnya aku keluar mencari makanan untuk anak-anak yatimku itu.Tiba-tiba aku terjumpa bangkai seekor keldai di suatu tempat,Lalu aku potong sebahagian dan bawa pulang untuk dimasak.Makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagi kamu…”

Mendengar hal tersebut aku segera pulang ke rumah untuk mengambil duit tiga ratus dirham itu, Aku berikan semuanya kepada jiranku untuk membelanja keperluan anak-anak yatimnya itu

“Sebenarnya hajiku hanya didepan pintu rumahku” kata Muwaffaq

#Renung-renungkanlah kisah ini untuk dijadikan pengajaran kite bersama

 

AKTIVITI SETIAP HARI DAN MINGGU

ANAK- ANAK YANG BERJIWA

SAYANGILAH MEREKA

Cintailah Anak Yatim

ANTARA PROJEK ANAK- ANAK DISINI

 

Menaik taraf Kafe dan Bakeri Limpahan Kasih

Assalamualaikum w.b.t

Kami Rumah Amal Limpahan Kasih sedang membaik pulih Kafe dan Bakeri Limpahan Kasih disini. Ini merupakan salah satu aktiviti kemahiran anak-anak yang dijalankan, untuk melatih anak-anak berdikari dan bertanggungjawab. Moga usaha yang sedikit ini diberkati Allah. Jika ada yang ingin sama-sama mengambil saham untuk sama-sama membantu dari segi :

  • kewangan
  • peralatan pertukangan
  • pasir dan batu
  • peralatan kafe, bakeri dan mini mart

Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.

Pejabat : 03-8061 8050/ 03-80523814

: 018-9191658 Puan Yani / 011-37037672 Puan Aiman

Cek atas nama (MBB) : Pusat Pendidikan Limpahan Kasih  562777200627

Limpahan Kasih Solutions 5627 7722 0661

Terima kasih atas keprihatinan anda ☺️

 

Call Now
Directions