Tag Archives: anak yatim penyejuk hati

Mazhab Secara Terperinci

Hadis ada bermacam-macam darjat Ada hadis Sahih, hadis Mutawatir (ramai perawi yang menyatakan tentang hadis tersebut), hadis Hasan, hadis Dhaif, hadis Maudhu’. Hadis Maudhu’ ini bukan hadis tetapi direka-reka. Hadis Mutawatir adalah hadis yang tidak boleh ditolak, sangat sahih. Hadis Masyhur di bawah Hadis Mutawatir. Ada yang dikatakan Hadis Ahad. Sumbernya satu, satu jalan, satu line atau satu saluran. Setelah dikaji rawi-rawi sampai kepada Sayidina Abu Bakar, perawi itu orang yang sama. Seorang sahaja. Sumber lain tidak ada. Ada hadis yang banyak sumbernya dan banyak saluran.

Begitulah martabat hadis. Jadi hadis dibukukan setelah 300 tahun. Kemudian, ada mazhab. Mengapa timbul mazhab? Saya tidak hendak sebut mazhab-mazhab yang sesat. Sebab dalam Islam lahir 73 mazhab. Dari 73 mazhab itu, 72 mazhab sesat. Hanya satu sahaja yang dikatakan ahli sunnah wal jamaah. Dari situ menjadi 4 mazhab. Inilah mazhab yang sah, yang dianggap satu iaitu ahlisunnah wal  jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:

  1. Mazhab Maliki
  2. Mazhab Hanafi
  3. Mazhab Hambali
  4. Mazhab Syafie

Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan Mazhab ini terkenal dengan Mazhab ahlulhadis. Imam Maliki tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk sahaja di Madinah, jadi dia banyak dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlul hadis.

Mazhab yang 4 ini dianggap satu, yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ahlisunnah wal jamaah. Perbezaannya bab-bab furuq, bukan bab pokok. Bukan soal-soal aqidah, bukan soal usuluddin. Hanya bab furuq seperti feqah dan syariat. Ada kelainan sedikit-sedikit. Perbezaan tidak payah saya katakan, takut panjang sangat. Cuma saya hendak cerita mengapa boleh timbul perbezaan. Perlu. Ia ada banyak sebab.

Perbezaan-perbezaan timbul kerana:

1. IQ Imam Mazhab tidak sama

2. Hadis belum dibukukan untuk jadi rujukan

3. Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama

4.Berbeza penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran

5. Berbeza pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan Hadis

Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit kelainan antara satu perkara. Ada Mazhab lain yang tidak perlu saya ceritakan, yang semuanya ada ilmu, yang ada kaitan dengan Islam.

Kedatangan pakar-pakar hadis adalah selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab di lahir di kurun yang pertama. Pakar-pakar hadis di kurun yang ke 3. Tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di kalangan pakar hadis itu yang buat mazhab. Kerana itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Mereka itu kebanyakannya bermazhab Syafie. Padahal hadis di kepala mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Quran. Ertinya tempat rujuk ada pada mereka. Sepatutnya mereka boleh dan mampu buat mazhab tetapi mereka tidak buat. Mereka bermazhab dengan mazhab Syafie. Mengapa A sebut hal ini? Kerana sekarang ini, orang mudah sangat hendak tolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk pada Mazhab Syafie. Jadi jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Takkan kita pula tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak boleh hendak faham. Inikan pula beribu-ribu hadis. Saya rasa cukuplah setakat itu. Cukuplah untuk kita boleh jawab secara ringkas kalau ada orang bertanya. Sekian.

Bersedekah lah engkau.

Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.

Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus istri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”

“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.

“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,

“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.

Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya dengan suara yang sedih, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,

“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.

Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.

Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.

“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.

Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.

Lalu ia membacakan firman Allah SWT,

“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,

“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana ‘KEYAKINANMU’ terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

PENGERTIAN SUNNAH DAN SUNAT…

PENGERTIAN SUNNAH

Sunnah biasanya juga disebut hadits. Menurut harfiah kata sunnah berarti adat istiadat. Menurut definisi, sunnah adalah sesuatu yang merupakan perkataan, perbuatan dan taqrir (penetapan) Rasulullah SAW. Merupakan perkataan (qauliyah) yaitu hadits-hadits Nabi SAW yang beliau sabdakan. Disebut sebagai perbuatan (sunnah fi’liyah) yaitu sesuatu yang Nabi SAW kerjakan dan yang merupakan ketetapan (taqririyah) ialah suatu perbuatan yang dikerjakan sahabat di hadapan Nabi SAW atau beliau sendiri mengetahui orang mengerjakan perbuatan tersebut namun beliau SAW berdiam diri.

Di kalangan ulama ada perbedaan pandangan mengenai hadits dan sunnah. Sunnah diartikan pada kenyataan yang berlaku pada masa Rasulullah SAW atau telah menjadi tradisi umat Islam pada waktu itu, menjadi pedoman untuk melakukan ibadah dan mu’amalah. Sedangkan hadits adalah keterangan-keterangan dari Rasulullah SAW yang sampai kepada kita.

Apabila memandang dari segi riwayat penyampaian secara lisan, sesuatu keterangan dari Rasulullah SAW menjadi hadits dengan kualitas yang bertingkat-tingkat. Ada yang kuat dan ada yang lemah. Oleh karena itu hadits belum tentu sunnah, tetapi sunnah adalah hadits.

KEDUDUKAN SUNNAH

Sunnah merupakan sumber kedua setelah Al Qur’an. Ia berkedudukan sebagai juru tafsir atau pedoman untuk pelaksanaan terhadap Al Qur’an.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya. (QS. 59:7)

Ayat tersebut menunjukkan bahwa seorang muslim selain menerima Qur’an juga harus menerima sunnah. Rasulullah SAW Rasulullah SAW bersabda:

Aku tinggalkan padamu dua urusan, sekali-kali kamu tidak akan sesat bila berpegang pada keduanya: Al Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya.”

Tanpa Sunnah, Al Qur’an tidak akan dapat difahami secara praktis. Contohnya, dalam Al Qur’an adanya perintah solat. Sunnah itulah yang menjelaskan praktiknya. Begitu juga zakat, secara terperinci Sunnah yang akan menjelaskan ketentuan-ketentuannya, baik dari segi harta yang harus dikeluarkan ataupun pendistribusiannya. Demikian pula ajaran-ajaran lain dalam Islam. Karena itu mengikuti Kitabullah harus dengan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara mereka. (QS. 4:80)

Selain itu, dari segi pengalaman praktis, Rasulullah SAW merupakan perwujudan dari Al Qur’an. “Akhlaqnya adalah Al Qur’an” (HR Muslim,  Ahmad dan Abu Daud). Beliau SAW merupakan teladan yang baik bagi seluruh manusia.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

Berdasarkan huraian diatas maka jelas antara Al Qur’an dan Sunnah tidak ada perbezaan dalam segi kewajiban taat kepada keduanya. Taat kepada Allah SWT harus taat kepada Rasul. Sebab, Rasulullah tidak akan menyuruh sesuatu perintah kecuali yang diperintahkan Allah SWT.

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara mereka. (QS. 4:80)

PENGERTIAN SUNAT

SUNAT:

Sunat ialah sesuatu yg dituntut drpd seorang mukallaf supaya melakukannya, ttp tuntutan itu boleh dikatakan juga sesuatu yg tidaklah mesti atau sesuatu yg diberikan pujian kpd pelakunya, ttp yg meniggalkannya tidaklah tercela.

HukumCiri -cirinya
WajibJika dikerjakan berpahala, dan jika ditinggalkan berdosa
SunnatJika dikerjakan berpahala, dan jika ditinggalkan tidak berdosa
HarusDikerjakan tidak berpahala, ditinggalkan tidak berdosa
MakruhJika dikerjakan tidak berdosa, dan jika ditinggalkan berpahala
HaramJika dikerjakan berdosa, dan jika ditinggalkan berpahala

Islam Itu Adalah Kehidupan!!!

Agama islan bukan digunakan bermusim, atau tempat-tempat tertentu dan masa-masa yang tertentu

Seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa, bahananya semua orang terkena, barulah mahu rujuk kepada agama

Tetapi islam untuk setiap individu, disebarang masa, disetiap tempat, disemua musim dan ketika dimana sahaja.

Tapi agama islam bukan tuntutan semasa, tetapi kehendak Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Esa.

ANAK-ANAK LIMPAHAN KASIH MENGHADIRI MAJLIS JEMPUTAN

PERBEZAAN ANTARA FAKIR DAN MISKIN…

Sebagian ulama ada yang beranggapan bahwa fakir dan miskin adalah sama padahal keduanya berbeza. Namun, ada perbezaan pendapat di antara ulama dalam membezakan keduanya. Ada yang berpendapat bahawa orang fakir lebih susah berbanding orang miskin, ada pula yang berpendapat sebaliknya. Yang rajih, orang fakir lebih kesusahan daripada orang miskin.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Orang fakir lebih susah daripada orang miskin. Orang miskin adalah orang yang mempunya harta/pendapatan, namun tidak mencukupinya, sedangkan orang fakir tidak punya harta/pendapatan sama sekali. Ini adalah pendapat Imam asy-Syafi’i serta jumhur ahli hadits dan ahli fiqih.” Ini pula pendapat Ibnu Hazm azh-Zhahiri.

Dalil-dalil yang ada menunjukkan secara jelas hakikat fakir dan miskin, serta perbezaan diantara keduanya. Jadi, jika digandingkan maka keduanya sangat berbeza. Namun, perlu diketahui bahwa jika disebutkan kata fakir secara tersendiri, maknanya meliputi miskin. Demikian pula jika dikatakan miskin disebutkan secara tersendiri, maknanya meliputi fakir.

Call Now
Directions