Tag Archives: anak yatim piatu
MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2019
MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN
Dengan ini di maklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
2. Pelajar di sini seramai 120 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki yang berusia 13 sehingga 19 tahun, terdiri dari kalangan anak-anak yatim dan anak keluarga asnaf. Pada awal penubuhan RALK pada tahun 2006 pelajar di sini hanya sekitar 30 orang sahaja.
3. Untuk makluman para penyumbang RALK masih tiada penyumbang tetap dari mana-mana pihak syarikat kerajaan atau swasta mahupun individu. Kerana itu kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menaja baju raya buat anak-anak di sini.
4. Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan moga mendapat sebaik-baik kebaikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan Allah.
Terima kasih, salam Ramadhan.
BAZAAR RAMADHAN LIMPAHAN KASIH
RAMADHAN 1440 H
JOM KITA MEMBELI SAMBIL BERAMAL
HARI PERTAMA DAN HARI KEDUA / 1 & 2 RAMADHAN / 6.5.2019 & 7.5.2019
PELBAGAI MENU KUIH MUIH
✿ RAMADHAN BULAN RAHMAT & BERKAT ✿
❖❖RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBA❖❖
JEMPUTAN IFTAR
✿ RAMADHAN BULAN RAHMAT & BERKAT ✿
❖❖RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBA❖❖
IFTAR RAMADHAN 😊
CYBERVIEW RESORT & SPA / PADA TARIKH 8.05.2019 – RABU
Terima Kasih CYBERVIEW RESORT & SPA atas jemputan iftar Anak-anak Rumah Amal Limaphan Kasih.
MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN….
Yang Dikasihi Tuan/Puan,
MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarangialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.
3. Justeru itu, bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba-NYA yang soleh. RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.
4. Berikut disenaraikan keperluan dapur basah/kering penghuni RALK untuk tuan/puan menyumbang dengan seikhlas hati.
- SAYUR-SAYURAN
- IKAN,UDANG.SOTONG,KETAM DLL
- BUAH-BUAHAN
- (Juga sayur-sayuran,buah-buahan,ikan dan sebagainya yang sudah tidak boleh dijual lagi)
4. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.
Pejabat : 03-8061 8050/ 03-80523814
011-37037672 Puan Aiman / 019-4537853 Puan Fatimah
5. Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha yang baik dan murni dari tuan/puan diberkati Tuhan.
Sekian, terima kasih.
Rashidah Binti Abdullah
(Pengurus RALK)