Tag Archives: anak yatim puchong

BERKONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN 2020 BERSAMA RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH 🏠

Assalamualaikum wbt.

RALK membuka peluang tajaan:

đŸœ- SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAH HARI dan MAKAN MALAM setiap hari/1 minggu 2 kali @ SEBULAN 1 kali

– Barangan asas dapur basah/kering

💳- Bayaran bil utiliti dan sewa

💎- Sumbangan zakat perniagaan dll, sedekah dan lain-lain

🛍- Persiapan Tahun baru baju sekolah,kasut sekolah hitam, buku tulis dan alatan sekolah untuk 120 pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki.

untuk pertanyaan lanjut hubungi :

☎Pejabat RALK 03-80618050 / 80523814
đŸ“±Pn.Fatimah 018-6645973
đŸ“±Pn.Aiman 011-37037672
đŸ“±WhatsApp RALK 011-69889829

Maybank – Pusat Pendidikan Limpahan Kasih -562777200627 @ Maybank – Limpahan Kasih Solution – 562777220661

Kisah Teladan Pengemis Yang Dermawanï»ż…..

Kisah Teladan Pengemis Yang Dermawan ~ Kaum Bani Israil pernah mengalami musim kemarau bertahun-tahun, sehingga ramai yang menderita kelaparan. Pada saat seperti itu, datanglah seorang peminta sedekah mengetuk pintu rumah seorang saudagar yang kaya. Pakaiannya lusuh, badannya kurus, dan matanya cekung.

Dengan suara lirih dia memohon, “Wahai keluarga berada, bersedekahlah karena Allah. Berilah aku sepotong roti”. Mendengar suara peminta sedekah itu, keluarlah seorang gadis belia dan memberikan sepotong roti yang masih hangat. Gadis tersebut adalah anak seorang saudagar tersebut. Mengetahui perbuatan anak gadisnya, saudagar yang terkenal dengan sirat kedekut itu marah dan tanpa berfikir panjang dia memotong tangan kanan anak gadisnya.

Allah Yang Maha Adil segera mengubah nasib saudagar yang kaya raya itu. Dia jatuh miskin, hidupnya menjadi terbiar dan akhirnya meninggal  dalam keadaan yang menyedihkan dan gadis belia yang dermawan itu terus menjadi pengemis. Setiap hari dia berjalan dan meminta-minta dari pintu ke pintu untuk mendapatkan sepotong roti.

Suatu hari, sampailah sang gadis di rumah seorang janda yang dermawan. Ketika sang gadis mengetuk pintu, keluarlah sang janda dan menemuinya. Melihat kecantikan sang gadis, terlintas dalam benak sang janda untuk mengambilnya sebagai menantu. Singkat cerita, rasmilah sang gadis menjadi menantu sang janda dengen dinikahi oley anaknya.

Upacara pernikahan dilangsungkan dan pada malam harinya dia pergi jamuan makan bersama sang suami. Ketika menyantap makanan, wanita cantik ini menggunakan tangan kiri. Sang suami yang melihatnya menjadi kesal. Dengan nada marah dan menyindir ia berkata : “Aku pernah mendengar berita bahwa orang fakir yang hidupnya serba kekurangan itu selain miskin juga tidak tahu etika, bahkan ketika makan pun tidak malu langsung menggunakan tangan kiri”. Mendengar sindiran suaminya itu, dia hanya terdiam dan melanjutkan makan dengan tangan kiri.

Acara jamuan makan masih berlangsung, tiba-tiba terdengar suara dari sudut ruangan : “Wahai hamba-Ku yang baik budi, keluarkanlah tangan kananmu. Sungguh sebelum ini kamu pernah mendermakan sepotong roti kepada hamba-Ku yang memerlukannya. Hal itu kamu lakukan semata-mata mengharap redha-Ku. Maka tiada alasan bagi-Ku untuk tidak mengembalikan tangan kananmu yang gemar menderma karena aku”.

Mendengar suara itu, wanita jelita tersebut cuba membuktikan kebenarannya dan ternyata benar.Dikeluarkan, tangan kanannya itu seperti sediakala. Itulah anugerah Allah terhadap hamba-Nya yang suka berderma karena Allah.

PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN RASULULLAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan berkat Rasulullah SAW. Inilah singkapan sejarah hidup seagung-agung manusia di atas muka bumi ini. Kelahirannya telah mengubah kehidupan manusia daripada memperhambakan diri kepada makhluk kepada memperhambakan diri kepada Pencipta segala makhluk. Dia telah memperkenalkan Tuhan kepada manusia. Lahir dari didikannya segolongan manusia yang telah dapat mengenali Tuhan seterusnya cinta dan takut kepada Tuhan itu. Merekalah sebaik-baik ummah yang pernah dilahirkan ke dunia ini. 

Untuk memulakan sejarah ini wajarlah kita semak dahulu peristiwa sebelumnya agar kita juga dapat mengetahui sejarah bangsa-bangsa ketika itu. Nanti kita akan dapat melihat perbezaan mereka sebelum dan selepas kedatangan Rasulullah SAW. Kedatangan pemimpin daripada Tuhan itu telah merubah Jaziratul Arabiah dan dunia. Dalam masa hanya dua puluh tiga tahun, Rasul itu telah berjaya membawa bangsanya daripada sebuah bangsa yang diperhambakan kepada sebuah bangsa yang disegani lawan dan kawan. Semua itu hanyalah kerana mereka telah diperkenalkan kepada Allah SWT. Akhirnya mereka jatuh cinta kepada Zat Yang Maha Agung itu. Lalu mereka sangat takut terhadap-Nya. Akhirnya mereka telah layak menjadi pemimpin dan penyelamat kemanusiaan. Demikianlah rahmat besar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Benarlah kedatanganmu adalah rahmat, wahai Rasulullah SAW.

Allah Memerintahkan Nabi Ibrahim Membina Ka’bah 
Allah I telah memerintahkan Nabi Ibrahim membawa isteri dan anak kecil kesayangannya Nabi Ismail untuk ditinggalkan di Mekah. Mekah ketika itu hanyalah sebuah wadi gersang dan kering-kontang. Namun di situlah Ka’bah dibina oleh Nabi Ibrahim . Di situlah Rumah Allah dan tanahnya dimuliakan sebagai Tanah Haram. Demi menunaikan perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim telah meninggalkan isteri dan anaknya Nabi Ismail 
di situ. Siti Hajar merasa terkejut kerana di kawasan itu tidak ada air dan makanan bahkan tiada manusia dan kehidupan sama sekali. Namun dia akan ditinggalkan bersama seorang bayi kecil. 

Ketika Nabi Ibrahim ingin meninggalkan tempat itu, Siti Hajar mengekorinya sambil bertanya kepada suaminya mengapa dia ditinggalkan sendirian di situ. Namun Nabi Ibrahim tidak mengendahkannya. Akhirnya Siti Hajar bertanya, “Apakah Allah yang memerintahkan agar aku ditinggalkan di sini?” Nabi Ibrahim menjawab, “Benar wahai isteriku.” Mendengarkan itu, Siti Hajar dengan hati yang beriman kepada Allah berkata, “Kalau begitu, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan kita.” Dia yakin, pasti akan ada pembelaan dari Allah, Tuhan yang Maha Baik itu. Tinggallah Siti Hajar di situ sendirian bertemankan si anak kecil. 

Si anak menangis kehausan kerana susu Siti Hajar sudah mulai kering. Tiada yang boleh dilakukan olehnya melainkan meminta kepada Allah SWT. Sambil meminta kepada Tuhannya, Siti Hajar berlari ke bukit Safa. Dari Bukit Safa, dia berlari pula ke bukit Marwa dengan harapan ada orang lalu di situ. Namun tiada sesiapa yang ditemuinya. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang sangat yakin bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakannya, Allah telah menghantar Malaikat Jibril menyingkap telaga Zam-zam dengan hujung sayapnya. Lalu terpancarlah air itu dari hentakan kaki anak kecilnya, bakal seorang Nabi. Inilah sejarah Zam-zam yang kekal hingga ke hari ini. 

Peristiwa ini berlaku selepas sebuah empangan besar di Yaman yang dikenali dengan nama Sad Ma’rib pecah. Ia adalah sebuah empangan besar yang menjadi sumber air dan sumber kehidupan kepada rakyat Yaman. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba’ yang terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini untuk menampung air hujan yang akan dimanfaatkan untuk keperluan harian dan pertanian mereka. Apabila mereka kufur terhadap nikmat-Nya, Allah SWT telah menghukum mereka dengan dipecahkan empangan itu menyebabkan berlakunya banjir besar. Akhirnya penduduk Yaman yang merupakan bangsa Arab terpaksa berpindah mencari kehidupan dan tempat tinggal yang baru. Sejak itu, bertebaranlah bangsa Arab ke seluruh Semenanjung Arab mencari kehidupan baru. Bani Tsaqif telah berpindah ke Taif, Bani Aus dan Bani Khazraj berpindah ke Madinah, Bani Ghasasinah berhijrah ke Syam, manakala Bani Manazirah pula berhijrah ke sempadan Iraq.

Tidak berapa lama selepas peristiwa Zam-zam itu, berlaku suatu lagi ketentuan Tuhan. Bani Jurhum sedang dalam perjalanan mencari tempat tinggal baru. Ketika lalu berhampiran lembah Mekah, mereka kehairanan apabila melihat kawanan burung berterbangan di kawasan itu. Kewujudan burung-burung itu menandakan adanya air di kawasan itu sedangkan mereka sangat tahu di kawasan itu tidak ada sumber air. 

Apabila diperiksa, ternyata memang ada air di situ. Malah mereka mendapati ada seorang wanita bersama anak kecilnya di mata air itu. Bani Jurhum yang terkenal dengan sifat baik itu, tidak merampas Zam-zam daripada Siti Hajar. Mereka telah meminta kebenaran untuk berkongsi air dengannya. Malah mereka sanggup membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar. Demikianlah Allah yang Maha Baik tidak mensia-siakan hamba-Nya yang bergantung sepenuhnya dengan rahmat-Nya. 

Ini juga keberkatan doa dan rintihan hati seorang Nabi. Nabi Ibrahim , kerana perintah Allah SWT dengan hati yang lurus kepada Tuhan telah meninggalkan isteri dan anak kesayangannya di tempat yang mustahil untuk manusia hidup. Namun inilah keyakinan seorang Nabi kepada Tuhannya. 

Petikan Dari : http://kisahsuriteladan.blogspot.com

TERIMA KASIH WAHAI NABI.

Terima kasih wahai Nabi 
Baiknya Allah kerana
memberikanku seorang Nabi 

Nabi itulah dia yang terlalu menyayangi 
Dan menginginkan keselamatan untuk ku 
Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku 

Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku 
Tuhan mencipta, Tuhan owner 
Sedangkan Nabi pelaksana 
untuk menyalamatkan aku 

Nabikulah doktorku 
Nabikulah guruku 
Nabikulah pemimpinku 
Nabikulah ibu ayah rohku

Ya Rasulullah , 
Nabi akhir zaman 
Sampai hati mereka memisahkan aku darimu 
Kata mereka kenabianmu 
sudah tiada lagi, 
seelok kewafatanmu 
Maka sekian lamanya 
aku ketiadaanmu 

Oh betapa sesatnya fikiran, 
perasaan dan fizikalku 
sehinggalah Allah yang
Maha Baik menemukan aku kembali dengan Nabiku 

Nabikulah kerrinduan 
Nabikulah kekasih 
Nabikulah junjunganku 
Nabikulah hidup matiku 

Maka perjuangan Rasulullahy yang ku perjuangkan ini 
Sebagai perjuangan yang di janjikan
Tuhanku dan Nabiku 
Tidaklah akan kalah-kalah lagi 
Kerana bersamaku Nabi, 

Dia tidak akan datang 
melainkan untuk menang 
Maka kemenangan demi kemenangan 
yang aku alami 


Butir Mutiara 💞 XXII

Call Now
Directions