Tag Archives: anak yatim Selangor

MEMBURU SAHAM AKHIRAT

💝Assalamualaikum wbt.
☘️Selamat sejahtera kepada tuan/puan yang dikasihi.
🌺Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan keredhoan Allah juga para kekasihNya.
☘️Kami dari Pusat Jagaan Limpahan Kasih ingin kongsikan keperluan anak- anak untuk bulan ini.
🌺Pihak kami sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat sama-sama membantu anak-anak di sini di samping menjadi amal jariah tuan/puan di akhirat nanti.
☘️Semoga segala bentuk sumbangan dari tuan/puan yang dermawan dapat meringankan beban pengurusan di sini. Juga kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati hendakNya.
🌺 Semoga anak-anak PPJLK menjadi generasi yang bertaqwa dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara di masa depan.
Aamiiin ya rabbal ‘alamiin..🤲🏻🤲🏻

1️⃣ Keperluan dapur seperti :

  • Beras
  • Bihun
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • Ikan bilis
  • Tepung gandum
  • Biskut / roti
  • Telur
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Kordial air
  • Teh/kopi/vico
  • Santan kotak
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Susu tepung dewasa
  • dll

2️⃣ Keperluan mandian dan cucian seperti :

  • Sabun mandi
  • Sabun basuh baju
  • Ubat gigi
  • Pewangi pakaian
  • Pencuci lantai
  • Clorox

3️⃣ Bayaran bil TNB : (BILLER CODE – 5454)

📍1.Kawasan :- Asrama, Surau & Bilik Sakit
No Akaun :- 220099317807
Caj Semasa :- RM 2,222.55
Tertunggak :- RM 2,067.55
📍2.Kawasan :- Dapur & dewan makan
No Akaun :- 220111892801
Caj Semasa :- RM 1,048.99
Tertunggak :- RM 1,145.90

📌Maybank
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627

📌Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
011-6988 9829 (Pejabat) 014-765 6275 (Puan Hajar)

SAHAM AKHIRAT DI BULAN ZULHIJJAH

💫SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H / 2024M 💫

🌹BERBAKI LAGI 4 HARI🌹

💝Assalamualaikum Dato’/Datin/Tuan/Puan YDK.. apa khabar semua .. 🤗🤗Semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan Dato’/Datin/Tuan/Puan oleh Allah swt.🤲🏻🤲🏻

😇Maaf Dato’/Datin/Tuan/Puan, bersempena dgn raya Aidiladha yg bakal menjelang, kmi anak2 rumah limpahan kasih sedang mencari freezer 2 pintu utk mengisi daging2 korban yg akan disembelih dan diterima nnti..
Freezer yg ada skrg risau tak mampu nak menampung penyimpanan daging2 korban ini.
Berharap kepada dato’/datin/tuan/puan yang ingin bersama mengambil saham akhirat utk memberi sedikit sumbangan bagi keperluan tersebut..☺️☺️
Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan Dato’/Datin/Tuan/Puan diberkati dan dirahmati Allah selalu… Amiin ya rabbel ‘alamiin🤲🏻🤲🏻🤲🏻

MBB
5627 7720 0627
PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH

📌Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
01169889829 – pejabat

📌 Maklumat PPJLK :

https://www.tiktok.com/@limpahankasih?_t=8n1dMyDm5HF&_r=1

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

📌 Contoh keperluan freezer : https://shopee.com.my/-FREE-SHIPPING-Haier-Chest-Freezer-(750L)-BD-788HP-i.154039251.2493688613?xptdk=b7fc3d94-af40-4fb3-9b60-819c8641b38c

BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf’. Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.’ (HR Bukhari No: 5563) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menjadi insan yang berguna, sentiasa memberi bukan mengharap pemberian.

2.  Pemberian tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Sumbangan boleh dalam bentuk tenaga, harta, ilmu, kemahiran, nasihat yang berguna, buah fikiran yang baik, kepakaran yang dimiliki dan sebagainya.

3.  Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan menyumbang untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

4.  Bersedekah dan menyumbang menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah atau menyumbang sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

5.  Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain dalam bentuk harta, menjadi sedekah juga bagi kita apabila dapat  menyuruh kepada kebaikan.

6.  Jika tidak ada apa-apa yang boleh diberikan untuk kebaikan orang lain, maka tahan diri dari melakukan sebarang kejahatan. Kejahatan amat luas pengetiannya. Ia merangkumi kezaliman dengan mencerobohi nyawa, maruah, harta orang lain sama ada dengan perbuatan, perkataan, memek muka, tulisan, gambar, atau menyimpan dendam serta buruk sangka terhadap sesama manusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda “tahan dirimu dari kejahatan” bererti mendidik diri agar menjauhi kejahatan lahir dan batin.

7.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab dan akhlak mulia. Diajukan kepadanya soalan bertubi-tubi, namun setiap satunya dilayani dan dijawab dengan tenang tanpa mengherdik atau merendah-rendahkan si penanya.

KISAH IMAM BESAR

Tulisan ini sungguh panjang…
Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka…
Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN…
Sungguh Menyentuh Hati, Sebenarnya Imam Syafi’i memiliki Murid “Slow Learner” dan Begini Cara Beliau Mengajarnya.
__
Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.
Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.
Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.
Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.
Rabi’ rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi’i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.
Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.
Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?
Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”
Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.
Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.
Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.
Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?
Terima kasih utk ingatan ini.

BACK TO SCHOOL

🙂Assalamualaikum Wbt.
Salam Rindu,Para Dermawan Tuan/En/Puan/Cik Ydk.💞😇

Kami ingin mengajak dan membuka peluang kepada semua untuk sama-sama MEMBERI (MENANAM) SAHAM AKHIRAT bersama rumah limpahan kasih.🤲🏻

BERKONGSI REZEKI BERSEMPENA TAHUN BARU 2023 BERSAMA ANAK-ANAK LIMPAHAN KASIH🏠.

🤲🏻Pihak pengurusan Limpahan kasih ingin membuka peluang tajaan wang tunai untuk pembelian set seragam sekolah seperti berikut:-

SERAGAM SEKOLAH
  • JUBAH PEREMPUAN & KARDIGEN – 120 HELAI
  • TUDUNG – 120 HELAI
  • KASUT – 120 PASANG
KOSTING SERAGAM SEKOLAH
  • BAJU(JUBAH) – RM40
  • TUDUNG – RM40
  • KARDIGEN – RM30
  • KASUT – RM30
TOTAL UNTUK SEORANG – RM140
KIRAAN :- RM140 x 120org = RM16,800
  • SEORANG – RM140
  • SEMUA – RM16,800

UNTUK PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI :-

📱WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
📱PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR

MAYBANK – PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH -56777200627

Call Now
Directions