Tag Archives: anak yatim SIMPATI
Kisah Teladan Untuk Dijadikan Panduan!
Pada suatu hari ketika Abdullah Bin Mubarak sedang mengerjakan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram.Dia bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit.Lalu malaikat yang pertama berkata kepada maalikat yang kedua, “Berapa ramaikah orang yang menunaikan haji pada tahun ini?”
“Enam ratus ribu” jawab malaikat yang kedua
“Berapa ramaikah yang diterima hajinya?”tanya malaikat yang pertama
“Tidak seorang pun yang diterima hajinya melainkan hanya seorang tukang jahit kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq.Dia tidak dapat berhaji pada tahun ini ,tetapi hajinya diterima sehingga semua yang mengerjakan haji pada tahun itu diterima hajinya disebabkan haji Muwaffaq itu…”
Ketika itu Abdullah Bin Mubarak terjaga dari tidurnya.Kemudian dia pun bergegas menuju ke damsyik untuk mencari orang yang bernama Muwaffaq itu.
Setelah mengetahui tempat tinggal Muwaffaq,Abdullah Bin Mubaraq segera ke rumahnya.Dia mengetuk pintu rumah itu, kemudian keluarlah seorang lelaki,Abdullah pun bertanyakan tentang nama lelaki itu,orang itu menjawab “Ya, saya Muwaffaq”
Lalu Abdullah Bin Mubaraq berkata “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan wahai Muwaffaq,sehingga engkau dapat menyelamatkan haji seluruh para haji pada tahun ini, sedangkan engkau tidak mengerjakan haji?”
“Sebenarnya aku ingin mengerjakan haji tetapi tidak dapat kerana sekarang aku tidak ada duit, Suatu ketika aku mendapat duit tiga ratus dirham hasil dari pekerjaanku iaitu menampal dan menjahit kasut, aku pun berniat untuk mengerjakan haji sedangkan isteriku sedang hamil, Suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan mengidam makanan itu,Aku segera pergi ke rumah jiranku untuk menyampaikan hasratku itu.
Jiranku menjawab “Aku terpaksa membuka rahsiaku,anak-anak yatimku sudah tiga hari tidak makan.Akhirnya aku keluar mencari makanan untuk anak-anak yatimku itu.Tiba-tiba aku terjumpa bangkai seekor keldai di suatu tempat,Lalu aku potong sebahagian dan bawa pulang untuk dimasak.Makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagi kamu…”
Mendengar hal tersebut aku segera pulang ke rumah untuk mengambil duit tiga ratus dirham itu, Aku berikan semuanya kepada jiranku untuk membelanja keperluan anak-anak yatimnya itu
“Sebenarnya hajiku hanya didepan pintu rumahku” kata Muwaffaq
#Renung-renungkanlah kisah ini untuk dijadikan pengajaran kite bersama
MULIANYA ANAK YATIM DIHADAPAN ALLAH SWT
Antara hadits-hadits Nabi saw yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim diantaranya sabda beliau :
“Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya”
Diriwayatkan dari Abu Hurairoh r.a. hadits yang berbunyi : seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata: “Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin”
Demikianlah, ajaran Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada anak yatim dengan memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat baik dan memuliakan mereka. . Kemudian memberi balasan pahala yang besar bagi org yang benar-benar menjalankannya. Bahkan pada jaman Nabi saw dan para Sahabatnya, anak-anak yatim diperlakukan sangat istimewa, kepentingan mereka diutamakan dari pada kepentingan pribadi atau keluarga sendiri.